Helikopter terhempas di Baram 2010

Helikopter terhempas di Baram 2010 berlaku pada jam 5.30 pm, 26 Jun 2010 apabila helikopter jenis Sikorsky S64 kepunyaan syarikat pembalakan Erickson Air-Crane (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Miri, terhempas berhampiran Long Pelutan, Baram, utara Sarawak. Juruterbangnya William Charles Scott (51) warga Amerika terbunuh .Seorang pembantu juruterbang warga Amerika, David William Bergin (49) turut pengsan dan cedera. Mayat juruterbang masih tersepit dalam bangkai helikopter.[1]

David William Bergin

Kemalangan itu berlaku ketika memunggah kayu balak di kawasan itu jam 4.50 petang. Tiba-tiba helikopter dipandu David itu berpusing laju dan sukar dikawal. Saya cuba mengawal helikopter itu daripada terhempas namun gagal. Sebaik terhempas, saya masih sedar dan menghubungi isteri di Amerika Syarikat memaklumkan kemalangan ini sebelum pengsan. Kini David dirawat di Hospital Colombia Asia.Beliau berasal dari Oregon , telah setahun berkhidmat dengan syarikat helikopter mengangkut kayu balak di kawasan itu.

Scoot berasal dari Mississippi AS bertugas sebagai pengendali kren. Dia maut selepas terperangkap di dalam kokpit. Helikopter dipandu Bergin itu gagal dikawal akibat cuaca buruk, menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum menjunam ke dalam hutan.[2]

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokthar menyatakan krew yang cedera dihantar ke Hospital swasta Miri. Operasi menyelamat ke Long Pelutan, perlu menggunakan helikopter yang disewa selama sejam penerbangan dari Miri . Alternatif lain ialah jalan balak yang mengambil masa kira-kira 10 jam.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Identiti Juruterbang Helikopter Terhempas Dikenal Pasti
  2. ^ Hanya fikir mati
  3. ^ "Juruterbang maut helikopter terhempas di Baram". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-29. Dicapai pada 2010-06-26.