Hellas Verona F.C.

Hellas Verona Football Club (atau mudah disebut sebagai Verona atau Hellas) merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpusat di Verona, Veneto di Itali. Pasukan ini mencipta sejarah meraih kejuaraan Serie A pada musim 1984–85. Kini, Hellas Verona beraksi di Serie B.

Verona
Fail:Hellas Verona FC logo.svg
Nama penuhHellas Verona Football Club
GelaranGialloblu (Sang Kuning Biru)
Mastini (Mastiffs)
gli Scaligeri (Scaliger)
i butei ("budak lelaki" dalam dialek Verona)
Diasaskan1903; 121 tahun yang lalu (1903)
StadiumStadio Marc'Antonio Bentegodi, Verona
(Kapasiti: 39,371[1])
PresidenMaurizio Setti
Ketua jurulatihFabio Pecchia
LigaSerie B
2015-16Serie A, ke-20 (tersingkir)
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Sejarah sunting

Tahun-tahun awal sunting

Hellas Verona ditubuhkan pada tahun 1903 oleh sekumpulan pelajar sekolah tinggi. Kelab ini dinamakan Hellas (perkataan dari bahasa Yunani yang membawa maksud Greece). Pada masa itu, perlawanan bola sepak hanya berlangsung di bandar-bandar besar di bahagian barat laut Itali dan kebanyakannya penduduk Verona tidak bermain sukan bola sepak. Namun pada tahun 1906, mereka memilih amfiater Rom sebagai arena untuk mengatur perlawanan bola sepak.

Pada tahun-tahun awalnya, Hellas merupakan salah satu daripada tiga atau empat pasukan yang beraksi di peringkat kota. Mereka menentang pesaing dari bandar yang sama, Bentegodi dan Hellas menjadi kelab terbaik di bandar tersebut. Pada musim 1907-08 Hellas bersaing menentang Vicenza Calcio dan menandakan permulaan pertembungan sengit kedua-dua pasukan ini sehingga kini.

Dari tahun 1898 hingga 1926, bola sepak Itali mula diaturkan ke dalam kumpulan-kumpulan daerah. Pada masa ini, Hellas menjadi salah satu ahli penubuh liga ini dan menjadi pasukan pilihan. Pada tahun 1911, pihak bandar Verona membantu Hellas memindahkan gelanggang ke lebih sesuai dan selesa. Ini membenarkan pasukan ini mengambil bahagian dalam kejohanan daerah pertama sehinggalah tahun 1926 dan layak ke peringkat untuk merebut gelaran nasional.

Pada tahun 1919, setelah kejohanan bola sepak di seluruh negara Itali ditunda oleh kerana dilanda Perang Dunia Pertama, Hellas bergabung dengan pesaing terdekatnya, Verona dan mengubah namanya menjadi Hellas Verona. Antara tahun 1926 hingga 1929, divisyen elit "Campionato Nazionale" menerima penyertaan pasukan-pasukan dari berbagai-bagai kumpulan daerah dan kelab ini termasuk di dalamnya.

Serie A yang distruktur sehingga ke hari ini bermula pada tahun 1929 apabila Campionato Nazionale beralih menjadi liga profesional. Walaupun masih menjadi sebuah pasukan amatur, Hellas bergabung dengan dua lagi kelab Verona, Bentegodi dan Scaligera untuk membentuk AC Verona. Pasukan ini mula bermain di Serie B pada tahun 1928. Namun,gialloblu perlu mengambil masa kira-kira 28 tahun untuk mencapai matlamatnya. Selepas memperoleh kenaikan Serie A hanya buat satu musim semasa musim 1957–58, pasukan ini bergabung lagi dengan kelab dari bandar yang sama dan menukar nama kepada Hellas Verona AC pada tahun 1959.

Kejayaan manis sunting

Hellas dibimbing jurulatih Nils Liedholm kembali ke Serie A pada tahun 1968 dan kekal di situ sehinggalah pada 1990. Sepanjang menghuni divisyen teratas Itali itu, kelab ini mencatat beberapa kejayaan manis antaranya melakar kemenangan 5-3 ke atas Milan sewaktu musim 1972-73.

Pada musim 1973–74, Hellas menamatkan musim di empat tangga tercorot dan betul-betul hampir di zon penyingkiran tetapi kelab ini disingkirkan serta merta ke Serie B ketika musim panas apabila presiden Saverio Garonzi terlibat dalam skandal bola sepak. Hanya setahun "bermukim" di Serie B, Hellas kembali semula ke Serie A.

Pada musim 1975–76, kelab ini melakar prestasi baik di kejuaraan Coppa Italia apabila menyingkirkan beberapa pasukan ternama seperti Torino, Cagliari dan Internazionale dari kejohanan. Walau bagaimanapun, Hellas dibelasah 4-0 oleh Napoli pada perlawanan akhir.

Di bawah kepimpinan jurulatih Osvaldo Bagnoli, Hellas menduduki tempat keempat di Serie A pada musim 1982–83 (kedudukan tertinggi kelab pada masa itu) selain melangkah ke perlawanan akhir Coppa Italia sekali lagi. Selepas menang 2-0 di tempat sendiri, Hellas kemudian bertandang ke Turin untuk menentang Juventus sebelum kecundang 3-0 selepas masa tambahan.

Kekecewaan diteruskan lagi pada musim 1983-84 apabila kelab ini sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir Coppa Italia sebelum tewas pada hujung minit perlawanan kedua kepada juara liga, Roma.

Pasukan ini melakukan kemunculan pertamanya di kejohanan Eropah pada aksi Piala UEFA 1983-84 dan disingkrkan pada pusingan kedua kejohanan oleh wakil Austria, Sturm Graz. Hellas juga tersingkir dari pusingan kedua Piala Eropah 1985–86 oleh juara bertahan dan wakil dari negara yang sama, Juventus.

Pada tahun 1988, pasukan ini mencatat pencapaian terbaiknya di peringkat antarabangsa apabila melangkah ke peringkat suku akhir Piala UEFA bersama empat kemenangan dan tiga kali seri. Mereka akhirnya tewas muktamad kepada Werder Bremen.

Scudetto dalam genggaman sunting

Walaupun skuad Hellas sewaktu musim 1984–85 diwujudkan melalui pemain-pemain baru dan matang, pada permulaan musim hingga pengakhirannya, siapa sangka pasukan sebegini mampu membina kejayaan dan melakar kejutan. Tambahan lagi, Hans-Peter Briegel ditambah di bahagian pemain tengah dan penyerang Denmark, Preben Elkjær mengetuai jentera serangan yang dibantu oleh pemain sayap Pietro Fanna, kebolehan Antonio Di Gennaro dan sentuhan berbisa Giuseppe Galderisi.

Beberapa perlawanan yang diingati dalam perjalanan mereka merebut scudetto adalah kemenangan mutlak mereka sewaktu membenam Juventus (2–0) melalui gol cantik Elkjær dari luar kotak penalti. Kemenangan menundukkan Udinese di tempat lawanan (5–3) mengakhiri spekulasi bahawa pasukan ini akan merosot pada pertengahan kejohanan berlangsung. Tiga kemenangan berturut-turut ini menandakan pasukan ini fokus dalam perburuan scudetto. Perlawanan terakhir yang akhirnya berkesudahan seri 1-1 bertemu Atalanta bagi menandakan atau memastikan Hellas merangkul kejuaraan scudetto pertama mereka sepanjang sejarah kelab.

Hellas Verona menamatkan musim Serie A dengan rekod 15 kemenangan 15 kemenangan, 13 seri dan 2 kekalahan bersama 43 mata. Empat mata di atas Torino dan bersama-sama Inter dan Sampdoria bagi menduduki kedudukan empat teratas. Sementara itu, pasukan pilihan seperti Juventus dan Roma yang menamatkan musim di kedudukan yang lebih rendah berbanding yang diharapkan. Musim 1984-1985 merupakan satu-satunya musim di mana pengadil telah ditugaskan untuk mengadili perlawanan melalui cabutan secara rawak. Sebelum itu setiap pengadil sentiasa ditugaskan untuk perlawanan tertentu dengan sebuah suruhanjaya khas pengadil (designatori arbitrali). Setelah skandal perjudian Totonero pada awal 1980, ia telah diputuskan untuk menjaga imej bola sepak Itali dengan memberikan pengadil secara rawak dan bukannya memilih mereka, untuk menghindarkan semua syak wasangka dan tuduhan yang sentiasa membayangi kehidupan bola sepak Itali. Hal ini menyebabkan kejhanan lebih sepi dan kedudukan terakhir yang tidak disangka.

Pada tahun 2006, skandal "calciopoli" mendedahkan bahawa kelab-kelab tertentu secara haram telah mempengaruhi proses pemilihan pengadil dalam usaha untuk memastikan bahawa pengadil tertentu telah ditugaskan untuk perlawanan mereka.

Turun naik sunting

Selepas melalui zaman kegemilangan, kelab ini mula terhumban ke kesulitan kewangan. Pada tahun 1991, kelab ini dibubarkan dan menubuh semula Verona FC yang berbolak-balik beraksi di Serie A dan Serie B selama beberapa musim. Pada tahun 1995, nama kelab ini diubah secara rasmi menjadi Hellas Verona FC.

Selepas tiga tahun menghuni Serie A, mereka akhirnya berdepan penyingkiran pada 2002. Pada musim itu menyaksikan Hellas Verona dibarisi beberapa pemain berbakat dan bertaraf dunia seperti Adrian Mutu, Mauro Camoranesi, Alberto Gilardino, Martin Laursen, Massimo Oddo, Marco Cassetti dan jurulatih Alberto Malesani namun gagal untuk memulakan permulaan cemerlang dan segera jatuh ke zon penyingkiran dan gagal mengelakkan penyingkiran.

Kemerosotan sunting

Berikutan penyingkiran ke Serie B pada tahun 2002, nasib kelab ini terus menjunam dari semasa ke semasa. Pada musim 2003–04, Hellas Verona bergelut di Serie B dan banyak beraksi sehinggakan untuk mengelakkan penyingkiran ke Serie C1 (divisyen ketiga Itali). Namun, penyokong tetap setia menyokong kelab ini sehingga pada penghujung musim. Kira-kira 5,000 daripada mereka mengikuti Hellas ke Como pada hari terakhir musim untuk meraikan kejayaan berjaya mengelakkan penyingkiran.

Pada musim 2004–05, Hellas dilihat tampak berubah berbanding musim sebelumnya. Sewaktu memulakan musim dengan baik, Hellas melonjak ke tengga ketiga liga. Gialloblù terus memegang posisi itu sehinggalah Januari 2005 apabila jendela perpindahan dibuka yang menyaksikan Hellas kehilangan beberapa tonggak utama dan mereka gagal untuk merebut tempat ke Serie A pada hari terakhir musim.

Musim 2006-07 kelihatan baik selepas kelab ini diambil alih oleh pemilik baharu, Pietro Arvedi D'Emilei yang menamatkan tempoh jawatan pengerusi di bawah Gianbattista Pastorello yang tampaknya ditentang oleh penyokong-penyokong Hellas. Walau bagaimanapun, Hellas terus terlibat dalam pergelutan penyingkiran dan tempat jurulatih Massimo Ficcadenti digantikan oleh Giampiero Ventura pada Disember 2006. Walaupun berjaya mencatat beberapa keputusan lebih baik, Verona menamatkan musim di tempat ke-18 dan terpaksa beraksi pada perlawanan play-off penyingkiran menentang Spezia untuk kekal di Serie B. Akhirnya, Verona tewas 2-1 pada agregat dan Verona disingkirkan ke Serie C1 buat kali pertama selepas 64 tahun beraksi di dua divisyen teratas Itali.

Verona melantik jurulatih berpengalaman, Franco Colomba bagi menghadapi musim baru dengan harapan kembali ke Serie B secepat mungkin. Walau bagaimanapun, walaupun kelab ini dilabel sebagai pasukan pilihan divisyen, gialloblù menamatkan musim hampir di tempat terakhir. Selepas tujuh perlawanan, pihak pengurusan kelab memecat Colomba pada awal Oktober dan menggantikannya dengan jurulatih pasukan remaja dan juga bekas pemain Hellas, Davide Pellegrini. Kelab ini melantik Giovanni Galli sebagai pengarah baharu dan Maurizio Sarri sebagai ketua jurulatih baru pada bulan Disember. Menerusi musim 2007–08, pasukan ini tetap berada di tangga tercorot Serie C1 dan berisiko berdepan penyingkiran ke Serie C2. Atas sebab itu, pihak pengurusan kelab memecat Sarri dan membawa masuk Pellegrini. Pada lewat musim, scaligeri berjaya mengelakkan penyingkiran terus dan perlu bersaing dalam play-off penyingkiran dan jika tewas, Hellas akan beraksi di Lega Pro Seconda Divisione pada musim hadapan. Hellas menewaskan Pro Patria 2–1 pada agregat. Walau bagaimanapun, walaupun prestasi kelab ini semakin merosot, kedatangan penonton dan penjualan tiket secara puratanya menjangkau sehingga 15,000.

Bagi menghadapi musim 2008–09, Verona melantik bekas jurulatih Sassuolo dan Piacenza, Gian Marco Remondina sebagai ketua jurulatih baru untuk memperoleh kenaikan ke Serie B. Walau bagaimanapun, permulaan musim yang ditunjukkan pasukan tidak seperti iharapkan dan Verona tidak dapat menghuni kedudukan play-off ke Serie B pada pertengahan musim. Pengerusi kelab, Pietro Arvedi D'Emilei mengalami koma selepas terlibat dalam nahas kemalangan kereta dalam perjalanan pulang dari perlawanan liga pada Disember 2008. Arvedi meninggal pada Mac 2009, dua bulan selepas kelab ini dibeli oleh pemilik baharu, Giovanni Martinelli.

Musim berikutnya lebih memuaskan. Pemain-pemain baru dibawa masuk dan peminat-peminat lebih teruja menonton perubahan kelab kesukaan mereka. Tiket yang dijual menaik sehingga 10,000 dijual dan meletakkan Verona di hadapan pasukan-pasukan Serie A dan pasukan Serie B kecuali Torino yang menerima kedatangan penonoton tertinggi. Hellas Verona menjadi pendahulu lagi pada mulanya dengan tujuh mata mendahului pada musim bunga. Walau bagaimanapun, Verona turun ke tangga kedua pada hari terakhir musim dan memperoleh peluang untuk merebut kembali tempat pertama pada perlawanan terakhir menentang Portogruaro di tempat sendiri. Akhirnya, Verona mengecewakan 25,000 peminatnya apabila tewas dan menjunam ke tangga ketiga dan perlu beraksi pada pusingan play-off ke Serie B. Beberapa jawatan pengurusan ditukar yang menyaksikan penyingkiran Remondina dan ketibaan Giovanni Vavassori. Selepas menyingkirkan Rimini pada peringkat separuh akhir (1–0; 0–0), Verona tewas pada aksi final kepada Pescara (2–2 di tempat sendiri 0–1 pada perlawanan timbang balik) dan telah dihukum buat empat tahun berturut-turut di divisyen ketiga Itali itu.

Kembali ke Serie A sunting

Bekas tonggak Piala Dunia 1990, Giuseppe Giannini (terkenal kerana peranannya sebagai kapten pasukan Roma but beberapa tahun) menandatangani kontrak sebagai pengurus untuk kempen 2010-11. Sekali lagi, pasukan itu hampir keseluruhannya dirombak semasa musim perpindahan. Giannini akhirnya dipecat dan digantikan oleh bekas pertahanan Internazionale, Andrea Mandorlini yang berjaya menganjurkan permainan pasukan dan membawa disiplin di dalam dan di luar padang. Pada separuh kedua musim, Hellas melonjak ke tangga kelima liga dari tempat tercorot pada hari terakhir musim dan layak ke pusingan play-off ke Serie B. Pasukan ini layak ke perlawanan akhir play-off selepas menyingkirkan Sorrento 3–1 pada agregat. Verona akhirnya memastikan mereka kembali ke Serie B apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Salernitana pada 19 Jun 2011 selepas empat tahun beraksi di divisyen ketiga Itali itu.

Pada 18 Mei 2013, Verona menamatkan musim di tempat kedua di Serie B dan mara ke Serie A selepas sebelas tahun meninggalkan divisyen pertama negara itu. Pada separuh musim pertamanya di Serie A, Hellas menduduki tempat keenam liga dan di belakang sebelas mata bagi menghampiri slot ke Liga Juara-Juara Eropah selain mereka turut seri dengan Internazionale untuk tempat ke Liga Europa UEFA. Walau bagaimanapun, Hellas menamatkan musim di tangga kesepuluh liga.

Ketika musim 2015–16, Verona tidak mencatat sebarang kemenangan sejak bermulanya kempen liga itu sehinggalah mereka menundukkan Atalanta 2–1 pada 3 Februari 2016 di tempat sendiri dan mengakhiri badi 22 perlawanan tanpa kemenangan. Akhirnya, Hellas ditimpa penyingkiran pada penghujung musim.

Imej sunting

Warna-warna ini pasukan ini ialah kuning dan biru yang membawa maksud gialloblu dalam bahasa Itali dan banyak digunakan bagi menggambarkan nama samaran kelab ini. Warna-warna ini bagi mewakili lambang dan bandar Verona (sebuah salib berwarna kuning di dalam perisai biru) tampil dalam pakaian pasukan. Dua lagi nama samaran pasukan ialah Mastini (mastif) dan Scaligeri yang merujuk kepada Mastino I della Scala dari keluarga bangsawan Scaliger yang memerintah bandar ini sewaktu abad ke-13 dan ke-14 dahulu.

Jata keluarga Scala digambarkan dalam jersi pasukan. Pada dasarnya, istilah "Scaligeri" amat sinonim dengan Verona dan oleh itu ia boleh menggambarkan apa-apa atau sesiapa sahaja mengenai Verona (contohnya, ChievoVerona, pasukan lain yang mempunyai hubungan dengan keluarga Scala – terutamanya Cangrande I della Scala).

Stadium sunting

Sejak tahun 1963, kelab ini beraksi di gelanggang Stadio Marc'Antonio Bentegodi yang mempunyai kapasiti 39,211. Gelanggang ini turut dikongsi oleh musuh tradisi Hellas, ChievoVerona. Selain itu, stadium ini turut dipilih sebagai salah satu venue Piala Dunia 1990.

Pesaing sunting

Pertembungan antara Hellas Verona dan Chievo Verona dikenali sebagai "Derby della Scala." Nama pertembngan ini merujuk kepada Scaligeri, iaitu sebuah keluarga bangsawan yang memerintah bandar Verona sewaktu Zaman Pertengahan dan awal Zaman Pembaharuan. Pada musim 2001–02, kedua-dua pasukan ini beraksi di Serie A. Pertembungan pertama Verona di Serie A berlangsung pada 18 November 2001 apabila kedua-dua pasukan ini menduduki empat tangga teratas liga. Kemenangan berpihak kepada Hellas, 3–2. Chievo membalas dendam pada perlawanan seterusnya pada musim bunga 2002 dengan kemenangan 2–1. Verona menjadi bandar kelima di Itali selepas Milan, Rom, Turin dan Genoa untuk mengatur pertembungan kelab satu bandar di Serie A.[2]

Pemain sunting

Skuad semasa sunting

Sehingga 31 Ogos 2016.

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   Nícolas
2 MF   Rômulo
3 DF   Eros Pisano
4 DF   Matteo Bianchetti
5 DF   Deian Boldor (dipinjam dari Bologna)
6 DF   Michelangelo Albertazzi
7 FW   Gennaro Troianiello (dipinjam dari Salernitana)
8 MF   Marco Fossati (dipinjam dari Cagliari)
9 FW   Simone Ganz (dipinjam dari Juventus)
10 FW   Davide Luppi
11 FW   Giampaolo Pazzini
12 GK   Ferdinando Coppola
13 DF   Nicolò Cherubin
14 MF   Franco Zuculini
No. Pos. Negara Pemain
16 MF   Enzo Maresca
18 DF   Samuel Souprayen
19 MF   Leandro Greco
20 MF   Mattia Zaccagni
21 FW   Juanito Gómez
23 FW   Mohamed Fares
24 MF   Daniel Bessa
25 FW   Pierluigi Cappelluzzo
26 FW   Luca Siligardi
27 MF   Mattia Valoti
30 DF   Antonio Caracciolo

Dipinjam sunting

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
DF   Alejandro González (di Avellino)
FW   Amadou Samb (di Floriana)
MF   Simone Calvano (di Reggiana)
FW   Enrico Bearzotti (di Arezzo)
No. Pos. Negara Pemain
MF   Paweł Wszołek (di Queens Park Rangers)
MF   Luca Checchin (di Prato)
MF   Federico Viviani (di Bologna)
FW   Ernesto Torregrossa (di Brescia)

Senarai pengurus sunting

Pencapaian sunting

Domestik sunting

Penaja sunting

Pengeluar jersi sunting

  • 1980–87: Adidas
  • 1987–89: Hummel
  • 1989–91: Adidas
  • 1991–95: Uhlsport
  • 1995–00: Errea
  • 2000–03: Lotto
  • 2003–06: Legea
  • 2006–13: Asics
  • 2013–kini: Nike

Penaja rasmi sunting

  • 1982–86: Canon
  • 1986–89: Ricoh
  • 1989–96: Rana
  • 1996–97: Ferroli
  • 1997–98: ZG Camini Inox
  • 1998–99: Atreyu Immobiliare
  • 1999–00: Salumi Marsilli
  • 2000–01: Net Business
  • 2001–02: Amica Chips
  • 2002–06: Clerman
  • 2006–07: Unika
  • 2007–08: Tiada penaja
  • 2008–10: Giallo
  • 2010–11: Banca Di Verona/Sicurint Group, Protec/Consorzio Asimov
  • 2011–12: AGSM/Sicurint Group, Protec/Leaderform
  • 2012–13: AGSM, Leaderform
  • 2013–14: Franklin & Marshall/Manila Grace, AGSM/Leaderform
  • 2014–15: Franklin & Marshall, AGSM/Leaderform
  • 2015–kini: Metano Nord, Leaderform

Catatan sunting

  1. ^ "Stadio Marcantonio Bentegodi". hellasverona.it.
  2. ^ "Verona derby top dogs". BBC Sport. 19 November 2001.

Pautan luar sunting

Templat:Serie B