Dato’ Hajah Hendon Bt. Haji Din (lahir 24 Mac 1925 di Parit Buntar) . Beliau pernah dinobat sebagai Tokoh Guru Negeri Sembilan dan Tokoh JasaMu Dikenang Wilayah Persekutuan.


Kerjaya sunting

Bermula sebagai seorang guru, kemudian sebagai Guru Besar dan akhirnya Penyelia Sekolah-Sekolah Perempuan Melayu di Negeri Sembilan. Kemudian terjun dalam dunia perniagaan . Kini menjadi Pengerusi Eksekutif Syarikat Zet Enterprise dan 21 buah anak syarikat lain.

Pandu Puteri sunting

Beliau menjadi ahli Pandu Puteri sejak di sekolah menengah (13 tahun). Kini menjadi Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia (1973-1983).Pengerusi Jawatankuasa Asia Pasifik dan Persatuan Pandu Puteri Sedunia (WAGGGS) sebagai ahli Olave Baden Powell Sociaty (OBPS). Tahun 2000, beliau dianugerah 'Woman with Outstanding Achiements Award' oleh WAGGGS.

Beliau telah dilantik ke Panel Juvenile Court dan sebagai ahli Senat Universiti Malaya selama 4 tahun..

Anugerah sunting

Hajah Hendon telah dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak.Pingat Jasa Kebaktian dari Kerajaan Negeri Sembilan, Pingat A.M.N dan J.S.M oleh Kerajaan Malaysia.

Kemudian dinobat sebagai Tokoh Guru Negeri Sembilan dan Tokoh JasaMu Dikenang Wilayah Persekutuan.

Keluarga sunting

Anaknya ramai iaitu 13 orang dengan kerjaya seperti jurutera, hakim, arkitek, pensyarah, pakar runding, tokoh jururawat dan setiausaha syarikat.

[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 2011-10-14.