Heng Seai Kie
Datuk Heng Seai Kie merupakan Bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Jun 2010 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009.
Senator Datuk Heng Seai Kie DMSM (Melaka) | |
---|---|
Timbalan Menteri Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Malaysia | |
Dalam jawatan 4 Jun 2010 – 15 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Chew Mei Fun |
Digantikan oleh | Azizah Mohd Dun |
Butiran peribadi | |
Pekerjaan | Timbalan Menteri |
JawatanSunting
- Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (10 April 2009)
- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1 Jun 2010)
Isu dan kontroversiSunting
Pada Oktober 2012, Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggalakkan rogol ke atas wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat [1]. Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Pusat, Aiman Athirah al-Jundi kesal dengan dakwaan semberono itu. . Wanita PAS sedia menganjurkan sidang meja bulat bagi membincangkan soal aurat wanita, isu rogol dan zina dari perspektif Islam. Kemungkinan Heng tidak memahami seni bahasa Melayu (mantik) yang digunakan oleh Nik Aziz. Tuduhan Heng disokong pula oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek semasa Perhimpunan Agung MCA 2012. [2]