Henokh (nenek moyang Nuh)

Henokh atau Enoch (/ˈnək/ ( dengar), EE-nuhk)[a] adalah dari zaman prabanjir Nabi Nuh dalam Kitab Bible Ibrani. Henokh merupakan anak lelaki Yared dan ayah kepada Metusalah. Henokh ini tidak dikelirukan dengan anak lelaki Kain, Henokh (Genesis 4:17).

Enoch the Patriach (Bapa Henokh)
Tuhan mengambil Henokh, seperti dalam Kejadian 5:24: "Oleh sebab Henokh selalu hidup akrab dengan Allah, dia menghilang kerana diambil oleh Allah" Diambil dan tiba 27 Julai (Takwim kini)(Bertanda lahir bintik bulat di lengan kanan bahagian sebelah dalam, di siku kiri) (JP),[1] ilustradi dari 1728 Figures de la Bible; diilustrasi oleh Gerard Hoet
Antediluvian Patriarch (Bapa Zaman Prabanjir)
Dihormati olehGereja Katolik Armenia
Gereja Katolik Habsyah
Gereja Roman Katolik
Ortodoks Timur
taifah Kristian Henokhian (lihat John Dee)
Islam
Agama Yahudi Rabbi Zaman Pertengahan
Bahá'í
Beberapa kultus Zaman Baru mengabdikan kepada angelologi
Hari perayaan30 Julai, 22 Januari dalam Gereja Qibti, 19 Julai (masuk syurga hidupnya dalam Gereja Qibti), 3 Januari (Bollandist)[2]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Teks Kitab Kejadian mengatakan Henokh tinggal 365 tahun sebelum diambil oleh Tuhan. Tertulis Henokh "hidup akrab dengan Allah: dia menghilang kerana diambil oleh Allah" (Kej 5:21–24), di mana beberapa penganut Kristian mentafsirkan Henokh masuk Syurga hidup-hidup.

Henokh ialah perkara dalam banyak ajaran Yahudi dan Kristian. Baginda dianggap penulis Kitab Henokh[3] dan juga memanggil Henokh katib penghakiman.[4] Wasiat Baru menyebut tiga kali Henokh dari keturunan Set (Lukas 3:37, Ibrani 11:5, Yudas 1:14–15).

Henokh dalam Islam sunting

Dalam Islam, Henokh (Arab: أَخْنُوخ, rumi: ʼAkhnūkh [dalam Islam]: ʼIdrīs إِِدْرِيس)) dikenal pasti dengan Nabi Idris a.s., sebagai contoh oleh tafsiran Sejarah Al-Tabari dan Padang Emas.[5] Al-Quran menyebut Nabi Idris dua kali; dalam Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) ayat 85, dan dalam Surah Maryam ayat 56–57:

  • (Al-Anbiyaa’, 21:85): "Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar."
  • (Maryam 19:56–57): "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya".

Nabi Idris dikait rapat dalam ajaran Islam dengan asal usul penulisan dan seni kemahiran yang lain dalam ketamadunan,[6] termasuk kajian fenomena astronomi, kedua-duanya Henokh dipuji dalam Wasiat Ibrahim.[6] Namun begitu, walaupun beberapa penganut Islam memandang Hanukh dan Idris nabi yang sama manakala yang lain tidak mempercayai mereka dua sama, ramai orang Islam masih menghormati Henokh sebagai salah satu nabi terawal, tanpa mengira kepercayaan mereka.[7]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Templat:Hebrew name; Yunani: Ἑνώχ Henṓkh; Arab: أَخْنُوخ ʼAkhnūkh, [biasa dalam al-Quran]: إِدْرِيس ʼIdrīs

Rujukan sunting

  1. ^ Kejadian 5:18–24
  2. ^ https://catholicsaints.info/enoch-the-patriarch/
  3. ^ August Dillmann and R. Charles (1893). The Book of Enoch, translation from Geez.
  4. ^ 1Enoch, chap. 12
  5. ^ Alexander Philip S. Biblical Figures Outside the Bible p.118 ed. Michael E. Stone, Theodore A. Bergren 2002 p118 "twice in the Qur'an.. was commonly identified by Muslim scholars with the biblical Enoch, and that this identification opened the way for importing into Islam a substantial body of postbiblical Jewish legend about the character and ...."
  6. ^ a b History of Prophets in Islam and Judaism, B. M. Wheeler, Enoch
  7. ^ Lives of the Prophets, L. Azzam, S. Academy Publishing

Pautan luar sunting

Templat:Muslim saints Templat:Adam to David