Henry Kissinger

diplomat dan negarawan Amerika Syarikat

Henry Alfred Kissinger ([kis-sin-jer], nama lahir: Heinz Alfred Kissinger [haɪnts ˈalfʁɛt ˈkɪsɪŋɐ], 27 Mei 1923 – 29 November 2023) ialah seorang diplomat dan ahli sains politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara dan Penasihat Keselamatan negara tersebut di bawah pemerintahan kedua presiden Richard Nixon dan Gerald Ford.

Henry Kissinger
Potret rasmi, 1973
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-56
Dalam jawatan
22 September 1973 – 20 Januari 1977
PresidenRichard Nixon
Gerald Ford
TimbalanKenneth Rush
Robert Ingersoll
Charles Robinson
Didahului olehWilliam Rogers
Digantikan olehCyrus Vance
Penasihat Keselamatan Negara ke-8
Dalam jawatan
20 Januari 1969 – 3 November 1975
PresidenRichard Nixon
Gerald Ford
TimbalanRichard Allen
Alexander Haig
Brent Scowcroft
Didahului olehWalt Rostow
Digantikan olehBrent Scowcroft
Butiran peribadi
LahirHeinz Alfred Kissinger
(1923-05-27)27 Mei 1923
Fürth, Bavaria, Jerman
Meninggal dunia29 November 2023(2023-11-29) (umur 100)
Kent, Connecticut, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganAnn Fleischer (k. 1949; c. 1964)
Nancy Maginnes (k. 1974)
Anak-anak2
PendidikanCity College of New York
Universiti Harvard
(BA, MA, PhD)
AnugerahHadiah Keamanan Nobel
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Templat:Country data Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1943–1946
Pangkat Sarjan
UnitKor Risik Balas ke-970 (970th Counter Intelligence Corps)
PertempuranPerang Dunia Kedua

Ringkasan hidup sunting

Keluarga beliau merupakan keturunan Yahudi yang melarikan diri daripada pemerintahan Jerman Nazi pada tahun 1938. Beliau menjadi Penasihat Keselamatan Negara pada tahun 1969 dan kemudiannya serentak Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada tahun 1973. Kissinger dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1973 untuk tindakan penuh kontroversinya merundingkan gencatan senjata di Vietnam,[1] dengan dua anggota komiti mengundurkan diri sebagai tanda protes. Beliau kemudiannya cuba untuk mengembalikan hadiah itu selepas gencatan senjata tersebut gagal namun tidak berjaya membuat demikian.[2][3]

Kissinger memainkan peranan penting di dasar luar negeri Amerika Syarikat antara tahun 1969 dan 1977 dengan pengamalan Realpolitiknya. Dalam tempoh ini, dia mempelopori dasar détente dengan Kesatuan Soviet dan merundingkan Perjanjian Damai Paris yang mengakhiri penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam. Beliau turut dikaitkan dengan dasar-dasar yang penuh kontroversi seperti penglibatan Amerika Syarikat dalam kudeta di Chile serta sokongan negara tersebut kepada Pakistan dalam Perang Kemerdekaan Bangladesh meskipun ia melibatkan pembunuhan beramai-ramai.[4] Setelah meninggalkan jawatannya dalam pemerintah, beliau membentuk sebuah firma perunding antarabangsa iaitu Kissinger Associates. Beliau turut menulis sebanyak satu dozen buku sejarah diplomatik sejarah dan hubungan antarabangsa.

Pendapat umum mengenai Henry Kissinger sangat dipertelingkahkan. Beberapa wartawan, aktivis dan peguam hak asasi manusia peguam telah mengutuk beliau sebagai seorang penjenayah perang,[5][6][7] manakala beberapa ilmuwan pula menganggapnya sebagai Setiausaha Negara A.S yang paling berkesan sejak tahun 1965.[8] Sejak memegang jawatannya yang terkenal itu, nasihatnya sangat dikehendaki para pemimpin dunia, termasuklah Presiden-Presiden Amerika Syarikat yang berikutnya.

Rujukan sunting

  1. ^ Feldman, Burton (2001). The Nobel Prize: A History Of Genius, Controversy, and Prestige. Arcade Publishing. m/s. 16. ISBN 978-1-55970-537-0.
  2. ^ Dommen, Arthur (2002). The Indochinese Experience of the French and the Americans: Nationalism and Communism in Cambodia, Laos, and Vietnam. Indiana University Press. m/s. 878. ISBN 9780253109255.
  3. ^ Takeyh, Ray (13 Jun 2016). "The Perils of Secret Diplomacy". The Weekly Standard. Dicapai pada 28 Jun 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Bass, Gary (21 September 2013). "Blood Meridian". The Economist. Dicapai pada 13 Februari 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Rohter, Larry (28 Mac 2002). "As Door Opens for Legal Actions in Chilean Coup, Kissinger Is Numbered Among the Hunted". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 14 Disember 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Protesters Heckle Kissinger, Denounce Him for 'War Crimes'". The Times of Israel. 30 Januari 2015. Dicapai pada 14 Disember 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Nevius, James (13 Februari 2016). "Does Hillary Clinton see that invoking Henry Kissinger harms her campaign?". The Guardian. Dicapai pada 23 Oktober 2016. […] many consider Kissinger a war criminal, most famously Christopher Hitchens, who, in a lengthy two-part article for Harper’s in 2001 (later expanded into the book and documentary, The Trial of Henry Kissinger), laid out his case that Kissinger should be brought up on charges 'for war crimes, for crimes against humanity, and for offenses against common or customary or international law, including conspiracy to commit murder, kidnap, and torture'. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ "The Best International Relations Schools in the World". Foreign Policy. 3 Februari 2015. Dicapai pada 8 Ogos 2015.

Pautan luar sunting