Heo Sol-ji (lahir 10 Januari 1989), lebih dikenali sebagai Solji, ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau membuat kemunculan pertama pada tahun 2006 di dalam sebuah kumpulan duo balada, 2NB. Beliau bekerja sebagai seorang jurulatih vokal sebelum menjadi ahli EXID.[1]

Heo Sol-ji
허솔지
Kelahiran
Heo Sol-ji

(1989-01-10) 10 Januari 1989 (umur 35)
PendidikanInstitut Seni dan Media Dong-ah
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2006–sekarang
Syarikat rakaman
Banana Culture Entertainment
Pengkarya berkait
Heo Sol-ji
Hangul
Hanja
Perumian SemakanHeo Sol-ji
McCune–ReischauerHŏ Solchi

Kerjaya sunting

Solji merupakan bekas ahli kumpulan duo, 2NB bersama Gabin dari Blady dan mengeluarkan lagu solo pada tahun 2008. Kumpulan duo ini dibubarkan pada tahun 2012.[2] Beliau kemudiannya bekerja sebagai jurulatih vokal EXID sebelum menjadi ahli.[3] Pada bulan April 2012, AB Entertainment mengumumkan bahawa tiga ahli asal, Yuji, Dami dan Haeryeong akan meninggalkan kumpulan EXID. Solji kemudiannya menyertai EXID bersama Hyelin, seorang bekas peserta Superstar K3.[4] Pada bulan Februari 2013, EXID membentuk sebuah kumpulan unit, "Dasoni" yang terdiri daripada Solji dan Hani.[5] Kumpulan unit ini mengeluarkan lagu "Goodbye" pada 15 Februari 2013 yang juga mengandungi lagu "Said So Often".[6] Pada bulan Februari 2015, Solji mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian MBC, King of Mask Singer untuk episod pertama mereka. Beliau menjadi pemenang pertama rancangan ini serta berjaya memukau juri dan juga penonton. Ini berjaya menarik banyak perhatian kepada EXID dan meningkatkan reputasi Solji sebagai seorang penyanyi vokal yang berbakat.

Pada 8 Februari 2016, Solji dan Doo Jin-soo dijemput untuk menyertai rancangan Duet Song Festival untuk episod Istimewa Tahun Baru Korea. Mereka bersaing dengan Zico dari Block B dan Lee So-young. Solji dan pasangannya menyanyikan lagu Lee Seung-cheol, "The Sky in the West (서쪽하늘)". Mereka berjaya menang dengan skor 477. Pada 8 April 2016, Solji dan pasangannya dijemput sekali lagi untuk bertanding di dalam rancangan tersebut. Mereka merupakan penyanyi terakhir di dalam episod tersebut dan bersaing bersama Luna dari f(x) dan Goo Hyun-mo. Solji menyanyikan lagu Davichi, "8282". Solji sekali lagi menang dengan skor 439.[7] Pada 21 Disember 2016, Solji telah disahkan mengalami hipertiroidisme sekaligus menghentikan aktivitinya seketika manakala ahli-ahli lain meneruskan aktivit mereka semasa musim anugerah akhir tahun. Beliau membuat penampilan mengejut semasa Jelajah Asia EXID di Seoul pada 13 Ogos 2017.

Diskografi sunting

Album mini sunting

Tajuk Butiran album Lagu
Challenge
  • Dikeluarkan: 15 Januari 2008
  • Format: CD, muat turun digital
  • 미워서 (Feat. 수호)
  • 사랑했던 날
  • 미소
  • 말아요
In Jongno
  • Dikeluarkan: 22 Mei 2008
  • Format: CD, muat turun digital
  • 종로에서 (Feat. PK헤만)
  • 내게 남은 사랑을 드릴께요
  • 조금만 사랑했다면
  • 종로에서 (inst.)
  • 종로에서 (versi Cina)
As the First Feeling
  • Dikeluarkan: 22 Julai 2008
  • Format: CD, muat turun digital
  • 처음 그 느낌처럼 (remix)
  • 처음 그 느낌처럼
  • 종로에서 (feat. PK헤만)
  • 내게 남은 사랑을 드릴께요
  • 조금만 사랑했다면

Lagu single sunting

Tahun Lagu Artis Nota
2008 "The Day I Loved" Solji
"Love Shake" Solji Runut bunyi LOVE & LAW
2009 "If You Want to Give Up" Solji dan Sin-gun
"Goodbye, My Lover" Solji dan Hye-sung
"First Love" Solji, Ah-in dan Back Attack
2010 "You are Away from Me" Solji Runut bunyi Wife Returns
2011 "Be with You" Solji dan PK Heman
"Last Tango" Solji, Heo In-chang dan PK Heman
2012 "Unromantic" Solji, PK Heman, Kim Hyun-joo
2015 "Love Sweet" Solji Runut bunyi The Producers
"Shouldn't Have Treated You Well" Welldone Potato dan Solji
2016 "You And I" Solji Runut bunyi Sweet Stranger and Me

Filemografi sunting

Rancangan varieti sunting

Tahun Tajuk Saluran Nota
2015 King of Mask Singer MBC sebagai "Self-Luminous Mosaic"
EXID's Showtime MBC Every 1 bersama ahli EXID

Rujukan sunting

  1. ^ "EXID 솔지, 눈물 펑펑 '네 나이면 구하라처럼 생겨야…'". Asia Economy. 2015-05-07. Dicapai pada 2015-06-01.
  2. ^ "Solji (EXID) artist profile". Melon. LOEN Entertainment. Dicapai pada 2015-06-01.
  3. ^ "EXID 솔지, 눈물 펑펑 '네 나이면 구하라처럼 생겨야…'". Asia Economy. 2015-05-07. Dicapai pada 2015-06-01.
  4. ^ Park, Hyun-min (2012-07-31). "EXID Welcomes New Members Sol Ji and Hye Rin". CJ E&M enewsWorld. Kim, Erika. MWave. Dicapai pada 2014-12-06.
  5. ^ Mun, Wan-sik (2013-02-11). "EXID 솔지, 무보정 '애플힙' 몸매 공개". Star News. Dicapai pada 2014-12-06.
  6. ^ Park, Hyun-min (2013-02-15). "EXID debuts new unit, Dasoni". CJ E&M enewsWorld. Kim, Erika. Dicapai pada 2014-12-06.
  7. ^ "EXID's Solji cries emotionally on singing competitive program, 'Mask King'". www.allkpop.com. Dicapai pada 2015-12-06.

Pautan luar sunting