Herbert Cecil Duncan

Brigedier Herbert Cecil Duncan (19 Ogos 1895 - 16 Januari 1942) adalah pemerintah Briged Ke-45 Infantri India semasa penaklukan Tanah Melayu oleh Tentera Jepun.

Duncan ditauliahkan sementara sebagai Leftenan Muda dalam tahun 1914 sebelum mendapat tauliah tetap dalam tahun 1918 sebagai Leftenan di dalam Tentera British India. Duncan berkhidmat dalam Perang Dunia I mendapat perakuan Mentioned in Despatches.

Duncan ditugaskan dengan batalion ke-13 Frontier Force Rifles tetapi mulai tahun 1931, Duncan ditugaskan sebagai pegawai turus di pelbagai formasi dan unit. Dalam tahun 1941, beliau mengambil alih pemerintahan Briged ke-45 Infantri India. 45 Briged ditubuhkan pada tahun 1941 sebagai salah satu daripada 3 briged di bawah Divisyen Ke-17 Infantri India, tetapi 45 Briged dan 46 briged dipindahkan ke Malaya untuk mengukuhkan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu untuk menghadapi serangan Jepun.

45 briged pimpinan Duncan diarahkan bertahan di Muar tetapi menerima tentangan hebat daripada Divisyen Pengawal Imperial Jepun semasa Pertempuran Muar dan terpaksa diberikan bantuan oleh pasukan pimpinan Charles Anderson. Duncan terbunuh semasa melakukan serangan balas ke atas pasukan Jepun dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun semasa pengunduran daripada Muar menuju ke Parit Sulong. Mayat Duncan disemadikan di Tanah Perkuburan Komanwel Kranji di Singapura.