Herbert Kilpin (24 Januari, 1870 – 22/10/1916) merupakan seorang pemain bola sepak Inggeris. Beliau mula bermain di tempat asalnya bersama Notts Olympic dan kemudian bersama Saint Andrews, sebelum berpindah ke Itali pada tahun 1891 di mana beliau menjadi salah seorang ahli piagam dan pemain Internazionale Torino. Pada tahun 1898 beliau berpindah ke Milan di mana, pada tahun berikutnya, mengasaskan A.C. Milan bersama Alfred Edwards. Kilpin menjadi kapten pertama Rossoneri, dan juga jurulatih pertama. Beliau bermain selama lapan musim bersama kelab tersebut dan memenangi tiga kejuaraan nasional (1901, 1906 dan 1907). Beliau menamatkan kareernya bersama Milan apabila pemain bukan Itali tidak dibenarkan bermain dalam liga. Sewaktu Perang Dunia I meletus, beliau kekal di Itali, di mana beliau meninggal pada tahun 1916. Beliau dikebumikan di Milan Municipal Cemetery. Pada 1990-an kubur beliau dipindahkan ke Monumental Graveyard dan AC Milan telah membayar batu nisan yang lebih baik.

Herbert Kilpin
Maklumat peribadi
Nama penuh Herbert Kilpin
Posisi permainan Pertahanan / Pemain tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
18??-??
18??-??
1891-99
1900-07
Notts Olympic
Saint Andrews
Internazionale Torino
AC Milan
 ? (?)
? (?)
? (?)
27 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.