Hermès International S.A atau ringkasnya Hermès adalah sebuah syarikat Perancis yang bekerja dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan produk mewah, terutama dalam bidang barangan kulit, siap pakai, minyak wangi, pembuatan jam tangan, rumah, seni hidup dan seni meja. Syarikat ini ditubuhkan di Paris pada tahun 1837.[3].

Hermès Paris
Nama asliHermès Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahSociété Anonyme[1]
Didagangkan sebagaiEuronext: RMS
Komponen CAC 40
ISINFR0000052292 Sunting ini di Wikidata
IndustriBarangan mewah
Ditubuhkan1837; 187 tahun yang lalu (1837)
PengasasThierry Hermès Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatParis, Perancis
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingAxel Dumas (Pengerusi Eksekutif), Henri-Louis Bauer (Pengurus Eksekutif dan Pengerusi Emile Hermès SARL), Éric de Seynes (Pemgerusi badan penasihat), Pierre-Alexis Dumas (Naib Presiden Eksekutif Seni)
KeluaranPakaian and aksesori
Hasil €8.982 bilion[2] (2021)
Pendapatan kendalian 3.530 bilion (2021)
Pendapatan bersih €2.445 bilion (2021)
Jumlah aset €13.847 bilion (2021)
Jumlah ekuiti €9.412 bilion (2021)
PemilikH51 Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan17,595 orang (2021)
Anak syarikatFondation d'entreprise Hermès‏ Sunting ini di Wikidata
Tapak webhermes.com
Facebook: hermes Twitter: Hermes_paris Instagram: hermes LinkedIn: hermes-group Youtube: UCmFOnqrNg-YHLXfdB3GexBg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kekayaan profesional keluarga dianggarkan bernilai 39,600 juta euro.

Sejarah sunting

Pembukaan syarikat sunting

Pada tahun 1837, Thierry Hermès membuka sebuah bengkel abah-abah dan tali kekang di Grands Boulevards, Paris bertukang untuk kuda-kuda tunggangan para bangsawan Eropah pada ketika itu.[4][5] Abah-abah ditukang Thierry diamati bermutu tinggi sehingga menjadi pilihan untuk kuda penarik kereta,[6] malah berhasil memenangkan banyak anugerah, termasuk juara pertama di kelasnya pada tahun 1855 dan kembali meraih tempat pertama pada tahun 1867 di suatu Pameran Sedunia (Expositions Universelles) yang diadakan di Paris.[6][7]

Seorang anak Thierry, Charles-Émile,[8] mengambil alih syarikat ini sebagai pengerusinya pada tahun 1880, serta memindahkan kedai mereka ke 24 rue du Faubourg Saint-Honoré. Dengan bantuan dua anaknya, Adolphe dan Émile-Maurice, Charles-Émile memperkenalkan produk pelana dan mulai serta mula menjual barangan tukangan mereka kepada khalayak ramai.[6] Perusahaan ini pun berhasil menarik perhatian masyarakat kelas atas di Eropah, Afrika Utara, Rusia, Asia, dan Amerika. Pada tahun 1900, perusahaan ini menawarkan beg tas Haut à Courroies, yang khusus dirancang untuk pengemudi kuda membawa barang mereka atas pelana mereka dengan lebih mudah.

Peluasan bidang dan pasaran sunting

Pada tahun 1918, Hermès mengeluarkan jaket golf kulit pertamanya dengan kemudahan zip (yang dipegang mereka secara eksklusif pada ketika itu)[6] untuk Edward, Putera Wales.[7]

Émile-Maurice memulakan penghasilan pakaian dan aksesori langsung dari syarikat ini sendiri pada dekad 1920-an.[4][5][9] Beliau juga melatih tiga anak tirinya (Robert Dumas, Jean-René Guerrand, dan Francis Puech) agar dapat menjadi rakan perniagaan. Pada tahun 1922, perusahaan ini memperkenalkan produk beg tangan kulit pertamanya atas permintaan isteri Émile-Maurice yang menginginkan barang sebegitu mengikuti seleranya.[8]

Pembahagian pengeluaran sunting

Syarikat ini membahagikan tumpuan pengeluarannya seperti berikut (setakat 2021):[10]

  • 50.2% barangan kulit dan pelana kuda;
  • 22.1% pakaian, kasut dan aksesori;
  • 13.4% lain-lain termasuk barangan kemas, gaya hidup dan kelengkapan meja;
  • 7.1% kain-kain termasuk sutera;
  • 4.1% minyak wangi;
  • 3.1% jam

Meskipun peranan kuda sebagai kaedah pengangkutan utama yang merupakan hala tuju asal syarikat telah lama menghilang seiring kemaraan teknologi, ia masih dapat beradaptasi melalui penjalinan huhungan dengan sukan yang berkaitan[11] termasuk penganjuran pertandingan sukan berkuda.

Rujukan sunting

  1. ^ setaraf syarikat berhad di Perancis
  2. ^ "Regulated information". finance.hermes.com.
  3. ^ (Perancis)Hermès, de Gaultier à Lemaire
  4. ^ a b "Hermès Watches". Worldtempus.com. WorldTempus. Dicapai pada 30 April 2018.
  5. ^ a b "Hermès". Dicapai pada 21 April 2008.
  6. ^ a b c d Martin, Richard (1995). Contemporary Fashion. London: St. James Press. m/s. 750. ISBN 1-55862-173-3.
  7. ^ a b "History of Hermès". History of Fashion. Dicapai pada 8 December 2014.
  8. ^ a b "View the Profilepage of Designer: Hermes". Fashion Model Directory. Dicapai pada 21 April 2008.
  9. ^ "The Story Behind Hermès". Styl.sh. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2014. Dicapai pada 7 September 2013.
  10. ^ "HERMÈS INTERNATIONAL : Actionnaires Dirigeants et Profil Société | RMS | FR0000052292". Zone Bourse (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 9 November 2021.
  11. ^ Blay, Jean-Pierre (Januari 2005). "La maison Hermès, du dernier siècle du cheval à l'ère de l'automobile : Une histoire sociale de la consommation urbaine à l'époque contemporaine". Histoire urbaine (dalam bahasa Perancis). No. 12. Société française d'histoire urbaine. doi:10.3917/rhu.012.0069. ISBN 9782914350129.

Pautan luar sunting