Carl Herman Vetterling (1849–1931), juga dikenali dengan nama samaran Tibet Philangi Dasa,[1] ialah seorang ahli falsafah Kristian Swedenborgianisme yang bertukar ke Buddhisme pada 1884 dan mengambil nama Tibet. Beliau ialah antara orang Amerika pertama yang memeluk agama Buddha secara rasmi.[1] Beliau mengasaskan The Buddhist Ray di Santa Cruz, California pada 1887, yang merupakan jurnal Buddhisme pertama di Amerika Syarikat.[2]

Karyanya yang paling terkenal ialah Swedenborg the Buddhist, or The Higher Swedenborgianism: Its Secrets and Thibetan Origin, diterbitkan pada 1887. Ia merupakan dialog rohaniah rekaan antara Swedenborg, seorang sami Buddha, seorang Brahmin, seorang Parsi, seorang Indian Aztek, seorang Iceland, seorang wanita tanpa nama, dan Vetterling sendiri. Enam tahun kemudian karya ini diterjemahkan ke bahasa Jepun.[3]

Nota sunting

  1. ^ a b Dodin, Thierry. Imagining Tibet : Perceptions, Projections, and Fantasies. Wisdom Publications. m/s. 171–172. ISBN 0-86171-191-2.
  2. ^ Loy, David (1995). "The Dharma of Emanuel Swedenborg: A Buddhist Perspective". The Swedenborg Association. Dicapai pada 2007-03-31.
  3. ^ "53. From Yoshinaga Shin'ichi (Nov. 24, 1999)". Dicapai pada 2007-03-31.