Hero Seorang Cinderella (novel)

Hero Seorang Cinderella ialah sebuah novel 2016 oleh penulis novel Malaysia, Anjell terbitan Karya Seni. Ia telah dijadikan sebagai sebuah siri drama adaptasi dengan tajuk sama yang disiarkan di Astro Ria pada 2017.[1]

Hero Seorang Cinderella
Umum
PengarangAnjell
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
April 2016
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman704
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789674690076

Gambaran keseluruhan sunting

Hero Seorang Cinderella ialah novel keempat tulisan Anjell selepas Eksperimen Cinta (2013), Suamiku Paling Sweet (2014) dan Tundukkan Playboy Itu (2015). Novel ini dicetak dengan format kulit keras dan mengandungi 704 muka surat. Buku ini dikeluarkan pada April 2016 oleh Penerbitan Karya Seni.

Sinopsis sunting

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriler. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia. Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

Adaptasi televisyen sunting

Novel ini telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama televisyen bertajuk sama arahan Michael Ang dan Hadith Omar, dibintangi oleh Fattah Amin dan Fazura. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot MegaDrama Astro Ria pada 22 Mei 2017 hingga 29 Jun 2017.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Hero Seorang Cinderella oleh Anjell". Goodreads. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  2. ^ "Drama Hero Seorang Cinderella (Astro Ria)". My Infotaip. 17 Mei 2017. Dicapai pada 2 Julai 2017.