Herpetologi
Cabang Zoologi |
Sejarah |
Pasca-Darwin |
Herpetologi merupakan cabang zoologi yang berkenaan dengan kajian amfibia (katak, kodok, salamander, niut dsb.) dan reptilia ( ular, cicak, biawak, kura-kura, penyu, buaya, dsb.). Batrakologi merupakan satu cabang herpetologi yang berkenaan dengan kajian amfibia sahaja.
Herpetologi bermanfaat kepada manusia menerusi kajian terhadap peranan amfibia dan reptilia dalam ekologi sejagat, terutama sekali kerana amfibia lazimnya amat peka kepada perubahan dalam persekitaran, dan oleh itu memberi manusia amaran yang nyata akan sedang berlangsungnya perubahan besar. Sesetengah toksin dan bisa hasilan reptilia dan amfibia adalah berguna untuk perubatan manusia. Kini, sesetengah bisa ular telah digunakan untuk mencipta anti-pembeku untuk tujuan merawat pesakit angin ahmar dan serangan jantung.
Istilah "herpetologi" berasal dari bahasa Yunani: ἑρπετόν, herpeton, "binatang merangkak" dan -λογία , -logia..[1] Pada zaman dahulu, reptilia dan amfibia digolongkan dalam kelas yang sama iaitu "herpetilia" menurut pengelasan haiwan oleh Linnaeus. Terdapat lebih daripada 6700 spesies amfibia[2] dan lebih daripada 9000 spesies reptilia.[3] Biarpun tidak lagi relevan berdasarkan taksonomi moden, namun istilah "herpetilia" masih dikekalkan dalam istilah herpetologi dan herpetokultur iaitu penternakan dan pembiakbakaan reptilia dan amfibia.
Sub bidang
suntingBidang kajian herpetologi merangkumi pengkhususan mengikut kumpulan reptilia dan/atau amfibia.
- Batrakology, kajian mengenai amfibia (istilah lama, kerana reptilia dan amfibia biasanya dikaji bersama, namun istilah ini masih digunapakai oleh sesetengah pengkaji Perancis)[4]:9[5]
- Ophiologi (atau Ophidiologi), kajian mengenai ular.
- Saurologi, kajian mengenai cicak.
- Cheloniologi (juga dikenali sebagai chelonologi atau testudinologi), kajian mengenai kura-kura, penyu dan labi-labi (bercangkerang).
Rujukan
sunting- ^ "herpers - Community Profile". Community.livejournal.com. 2001-06-09. Dicapai pada 2012-08-13.
- ^ "AmphibiaWeb". AmphibiaWeb. Dicapai pada 2012-08-13.
- ^ "Species Statistics February 2012". Reptile-database.org. Dicapai pada 2012-08-13.
- ^ D.C. Wareham (2005). Elsevier's Dictionary of Herpetological and Related Terminology. Elsevier. ISBN 978-0-08-046017-8.
- ^ Francesco M. Angelici (2015). Problematic Wildlife: A Cross-Disciplinary Approach. Springer. m/s. 584–585. ISBN 978-3-319-22246-2.
Bacaan lanjut
sunting- Adler, Kraig (1989). Contributions to the History of Herpetology. Society for the Study of Amphibians and Reptiles.
- Eatherley, Dan (2015). Bushmaster: Raymond Ditmars and the Hunt for the World's Largest Viper. New York: Arcade. 320 pp. ISBN 978-1628725117.
- Goin, Coleman J.; Goin, Olive B.; Zug, George R. (1978). Introduction to Herpetology, Third Edition. San Francisco: W. H. Freeman and Company. xi + 378 pp. ISBN 0-7167-0020-4.
Pautan luar
suntingWikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Herpetologi |
- Iranian Herpetological Studies Institute (IHSI) Diarkibkan 2018-08-30 di Wayback Machine
- Field Herpetology Guide
- American Society of Ichthyologists and Herpetologists
- Herpetological Conservation and Biology
- Societas Europaea Herpetologica Distribution Maps for European Reptiles and Amphibians
- Center for North American Herpetology over 500 species of reptiles and amphibians
- European Field Herping Community
- New Zealand Herpetology Diarkibkan 2007-10-20 di Wayback Machine
- Chicago Herpetological Society
- Biology of the Reptilia is an online copy of the full text of a 22-volume 13,000-page summary of the state of research of reptiles.
- HerpMapper is a database of reptile and amphibian sightings
- Amphibian and Reptile Atlas of Peninsular California, San Diego Natural History Museum