Hetman
Hetman (Bahasa Ukraine: гетьман) adalah suatu gelaran politik diberikan kepada panglima tentera yang berkuasa di Eropah Tengah dan Timur. Peranan yang diberikan secara gandingan dengan gelaran ini pelbagai dari kerajaan ke kerajaan.
EtimologiSunting
Istilah hetman adalah mungkin dipengaruhi oleh gelaran ataman bahasa Turki yang sebanding (secara harfiah bermaksud 'bapa penunggang kuda').[1][2]
Kelaziman mengikut negaraSunting
UkraineSunting
Gelaran ini digunakan para panglima yang memimpin orang-orang Kozak Zaporizhia pada abad-abad ke-16 hingga 18.
Hetman merupakan ketua pemerintah sebuah negara Kozak dalam Ukraine Tengah iaitu Kehetmanan Kozak berikutan Kebangkitan Khmelnytsky 1648.
Republik CzechSunting
Hejtman itu merupakan gelaran pemerintah seakan gabenor untuk sesebuah kraj dalam Republik Czech (setaraf negeri di Malaysia atau provinsi di Indonesia).
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "The Cossacks: A super-ethnos in Russia's ribs". The Economist (dalam bahasa Inggeris). 21 Disember 1996.
- ^ "Ataman". Cossackweb.narod.ru. Dicapai pada 6 Julai 2012.