Hetty Sarlene Abdul Hamid (lahir 21 April 1984) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Singapura yang kini menetap di Malaysia. Selepas mengadakan persembahan di dua buah pertandingan antarabangsa pada 1999, pada tahun 2000 beliau kemudian mengikat kontrak bersama New Southern Records (NSR). Selepas menerbitkan dua album bersama mereka dan memenangi Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik, beliau beralih ke bidang lakonan. Setelah hampir 13 tahun menyepi daripada industri muzik, pada tahun 2018 beliau membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim ke-5, iaitu sebuah program realiti TV terbitan Astro yang menghimpunkan semula penyanyi-penyanyi lama yang sudah lama menyepi untuk kembali beraksi di pentas nyanyian.

Hetty Sarlene
Latar belakang
Nama lahirHetty Sarlene binti Abdul Hamid
Kelahiran (1984-04-21) 21 April 1984 (umur 39)
Singapura
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1999-kini
Syarikat rakaman
New Southern Records
(2000-2005)
Astro Entertainment (2018-kini)
Pengkarya berkait
Anuar Zain, Rem

Kehidupan awal sunting

Hetty dilahirkan pada 21 April 1984 kepada Abdul Hamid Abdul Rahman, juruteknik, dan isterinya Sariah Omar, seorang pengurus.[1][2] Beliau telah dinamakan sempena penyanyi wanita Indonesia Hetty Koes Endang. Pada usia tiga tahun, beliau menyanyi "hanya" lagu Endang dan akan menyanyi bersama-sama dengan penyanyi apabila beliau muncul di televisyen. Beliau mempunyai seorang adik perempuan.[1] Beliau mula membuat persembahan di acara keluarga pada usia lima tahun, sebelum memasuki pertandingan menyanyi di sekitar umur dua belas atau tiga belas.[1][3] Beliau juga mula menyanyi karaoke secara kerap.[4]

Kerjaya sunting

Sarlene mewakili Singapura dalam Festival Lagu Asia 1999, di mana beliau menduduki tempat keempat, serta pertandingan Asia Bagus di Bali, Indonesia, di mana menduduki tempat kelima. [1] Selepas itu, pada tahun 2000 Sarlene telah diberikan kad New Southern Records; pengurusnya, Iman Wan, telah mencungkil beliau selama beberapa tahun tetapi tidak menandatangani beliau kerana faktor usia.[3] Selepas mendaftar dengan NSR, Hetty mengeluarkan single sulung, "Rindu Aku Rindu", yang mendapat sambutan hangat. [5] Kejayaan ini membawa beliau untuk melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dalam bulan Julai tahun itu, [1] yang mengandungi lagu-lagu lain, duet dengan Anuar Zain bertajuk "Demi Cinta Kita". [3]

Satu lagi single, "Sangsi Asmara" telah dikeluarkan pada Oktober 2001 sebagai sebahagian daripada album kompilasi, Sutera 2. Album kedua Hetty, Tiada Lain, dilancarkan pada 15 Oktober. Ia termasuk lagu, "Kau Tetap Ku Cinta" ditulis oleh Hetty dan juga duet bersama Rem bertajuk "Hampa". [3] Beliau dikatakan terharu dengan hasilnya, [4] dan mengikuti keluaran dengan promosi selama beberapa bulan. [5] Bagaimanapun, album ini kurang berjaya di pasaran. [2] Pada 2002, Hetty memenagi Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik [6] dan telah berpindah ke Kuala Lumpur bersama ibunya, yang berkhidat sebagai pengurusnya. [7]

Pada 2003, Sarlene membuat kemunculan sulung dalam filem Iskandar menerusi watak utamanya. [8] Pada mulanya berat hati untuk mengambil peranan pada 2002 selepas mendapat tawaran ujibakat oleh sebuah syarikat penerbitan.[2] Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam drama adaptasi filem 1995 Sembilu sebagai Zetty, [9] yang bersiaran selama 5 musim. [10] Pada 2005, beliau membintangi filem Sembilu 2005, yang merupakan pembikinan semula daripada filem Sembilu, [11] pada 2008 Sarlene membintangi filem aksi Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof. [12]

Gegar Vaganza 5 sunting

Pada tahun 2018, Hetty telah menyertai Gegar Vaganza musim kelima namun perjuangan beliau dalam program tersebut hanya sampai konsert minggu 7 (separuh akhir) apabila beliau tersingkir berikutan beliau memperoleh markah terendah bersama Forteen. Berikut persembahan beliau sewaktu dalam Gegar Vaganza 5:

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal #
Minggu 1 Oh Dia Ke? "Sangsi Asmara" Hetty Sarlene Ke-7
Minggu 2 Dalam Diam Aku Mencintaimu "Ah! Rindu Lagi" Amelina Ke-4
Minggu 3 Lain Macam "Pawana" Search Ke-6
Minggu 4 Bergegar Bergabung "Aku Cinta Aku Rindu"

(duet Zarul Husin)

Ajai & Nurul Ke-7
Minggu 5 Lama Tak Dengar "Mawar Putih Untuk Mama" Dato' Sharifah Aini Ke-8
Minggu 6 (Suku Akhir) Terbaik, Bos! "Korban Cinta" Ziana Zain Ke-8
Minggu 7 (Separuh Akhir) Road To Final "Pencuri Hati" Ayda Jebat Tersingkir
"Kemaafan Dendam Terindah" Aishah

Muzik sunting

Jad Mahidin, penulis akhbar The Malay Mail menyifatkan vokal beliau sebagai lembut dan manis, sambil mengatakan ia mungkin “mengejutkan pendengar dengan alunan mendalam”.[1] Meor Shariman, penulis di akhbar sama berkata “beliau mungkin memberikan Siti Nurhaliza wangnya”. [3] Album pertamanya mengandungi pengaruh R&B dan Balada [1] sementara album keduanya lebih kepada Jazz. [3]

Pengaruh sunting

Hetty telah menjadikan penyanyi Malaysia Ziana Zain, Liza Hanim, Siti Nurhaliza dan Amy Mastura sebagai penyanyi idolanya sambil menyatakan mereka juga mempengaruhi gaya vokal beliau, sementara Hetty Koes Endang ialah penyanyi Indonesia yang diminatinya. Beliau juga memetik Whitney Houston dan Mariah Carey sebagai artis yang beliau kagumi dari segi vokal. [1]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan lelaki warga British, Daniel Oakes pada 2016.[13]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album kompilasi sunting

Single sunting

Tahun Lagu Album
2000 "Rindu Aku Rindu" Hetty Sarlene
"Demi Cinta Kita"
(feat Anuar Zain)
"Hasrat Terlindung"
2001 "Sangsi Asmara" Tiada Lain
"Hampa"
(feat Rem)
"Tiada Lain"
"Gadis Biasa"
"September Disember"
2005 "Siapa Diriku Disisimu" The Best of Hetty Sarlene
"Cerita Dalam Lagu"
"Satu Nama"

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
2003 Iskandar Alissa
2005 Sembilu 2005 Salina
2008 Evolusi KL Drift Vee
2010 Evolusi KL Drift 2 Vee
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Ati

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003–2005 Sembilu Zetty TV2 Drama pertama.
2005-2007 Sembilu Kasih TV3
2007-2008 Pasrah The Series Fiza
2009 Gerak Khas (Musim 11) Siti TV2 Episod: "Diburu Along"
2009–2011 Si Capik Mira

Televisyen sunting

Tahun Program Peranan Saluran TV Catatan
2018 Gegar Vaganza Musim 5 Peserta Astro Ria Tersingkir di konsert minggu ke-7 (separuh akhir)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya dicalonkan Keputusan
1999 Festival Lagu Asia Tempat Keempat
2001 Anugerah Planet Muzik 2001 Artis Serantau Wanita Paling Popular Tercalon
2002 Anugerah Planet Muzik 2002 Artis Terbaik Menang
2006 Anugerah Planet Muzik 2006
Artis Singapura Terbaik Tercalon
Artis Wanita Paling Popular Album The Best of Hetty Sarlene Tercalon
2018 Gegar Vaganza Musim 5 Tersingkir di Separuh Akhir

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

  • Ahmad, Azman (4 December 2002). "Across the Causeway". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Ahmad, Azman (30 January 2002). "Six awards for Malaysia". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Huong, Thomas (30 March 2008). "Drifting passion on the big screen". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-26. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Kadir, Zainal Alam (30 October 2001). "Hetty takes charge". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-18. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Mahidin, Jad (22 December 2000). "Hetty on her own". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Shariman, Meor (12 February 2012). "Azura suffers 'the remake curse'". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Shariman, Meor (7 December 2001). "Busy bee Hetty Sarlene". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Shariman, Meor (25 October 2001). "Hetty Sarlene: Star like no other". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Shariman, Meor (22 July 2002). "Moving into Movies". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Shariman, Meor (24 February 2003). "Out of Focus". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • Shariman, Meor (1 November 2003). "'Sembilu' on TV". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • "Yusof's sons to carry on legacy". The Malay Mail. 8 July 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 2012-05-06.
  • "Hetty Sarlene dah nikah! Sah jadi isteri kepada jejaka British, Daniel Oakes". Berita Mediacorp. 23 Julai 2016. Dicapai pada 2017-06-14.

Pautan luar sunting