Jagdpanzer 38 (Sd.Kfz. 138/2), kemudian dikenali sebagai Hetzer ("pengejar/pemburu"), merupakan pembinasa kereta kebal Jerman ringan semasa Perang Dunia Kedua berdasarkan chasis Panzer 38(t) Czechoslovakia yang diubah suai. Projek ini diilhamkan oleh pembinasa kereta kebal Mareşal Romania.[1][2][3]

Jagdpanzer 38
Jagdpanzer 38 in museum at Lešany, Czech Republic
JenisLight tank destroyer
Tempat asalNazi Germany
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1944–1945
Digunakan olehNazi Germany
Hungary
Czechoslovakia (ST-I)
Switzerland (G-13)
PerangWorld War II
Sejarah pengeluaran
PerekaBMM
Direka1943
PengeluarBöhmisch-Mährische Maschinenfabrik, Škoda
Dihasilkan4 March 1944 – 11 May 1945
Jumlah dibinaApprox. 2,827
AnekaSee Variants
Spesifikasi
Berat15.75 tonnes (34,722 lb)
Panjang6.38 m (20 ka 11 in)
Lebar2.63 m (8 ka 8 in)
Tinggi2.17 m (7 ka 1 in)
Krew4

Armor8-60 mm (0.31-2.36 in)
Senjata
pertama
1x 7.5 cm Pak 39 L/48
41 rounds
Senjata
kedua
7.92 mm Maschinengewehr 34
1,200 rounds
EnjinPraga 6-cylinder petrol, 7.8 litres
160 PS (158 hp, 118 kW) at 2,800 rpm
Kuasa/berat10.2 PS (7.5 kW) / tonne
Transmisi5 + 1 Praga-Wilson Typ CV
Sistem ampaianleaf spring
Kelegaan bumi40 cm (1 ka 4 in)
Kapasiti minyak320 liter (85 US gal)
Jarak
operasi
177 km (110 mi)
Kelajuan42 km/h (26 mph)

Nama sunting

Nama Hetzer pada masa itu tidak biasa digunakan bagi kenderaan ini. Ia merupakan nama bagi prototaip berkait, E-10. Kilang Škoda untuk tempoh yang singkat terkeliru antara kedua nama dalam dokumentasinya dan unit pertama yang dilengkapi dengan kenderaan tersebut untuk beberapa minggu pertama menggunakan nama yang silap sehingga masalah tersebut dijelaskan. Bagaimanapun, terdapat kertas pembentangan dari Heinz Guderian pada Hitler yang mendakwa bahawa nama tidak rasmi, Hetzer, telah dicipta secara spontan oleh tentera. Sejarahwan selepas perang mendasarkan diri mereka pada kenyataan ini yang menjadikan nama ini popular dalam karya mereka, sungguhpun kenderaan tersebut tidak pernah dinamakan sedemikian dalam dokumen rasmi.[4]

Pembangunan sunting

Jagdpanzer 38 bertujuan bagi lebih keberkesanan kos berbanding rekabentuk Jagdpanther dan Jagdtiger yang lebih bercita-cita tinggi pada tempoh yang sama. Dengan menggunakan chasis yang terbukti, ia mengelakkan masalah mekanikal kenderaan berperisai yang lebih besar.

Ia dibina di atas chasis Panzerkampfwagen 38(t) yang diperluas dan dipanjangkan dengan sistem gantungan yang diubah suai (roda jalan yang lebih besar berbanding kereta kebal prototaip Praga TNH n.) dan enjin yang dipertingkatkan. Enjin baru ini merupakan enjin enam-silinder 160 PS Praga AC/2 yang dikawal oleh kotak gear Praga-Wilson (5 kehadapan dan 1 gear undur). Chasisnya diubahsuai bagi memuatkan meriam yang lebih besar dan perisai yang lebih tebal berbanding kereta kebal Panzerkampfwagen 38(t) biasa. Berat tempurnya adalah 16 tan metrik (berbanding 9.8-tonnes bagi Pz 38(t)) dan ia mampu bergerak pada kelajuan maksima 42 km/h.

Ia memiliki perisai yang lebih baik berbanding Panzerjäger yang berperisai lebih nipis sebelumnya Marder[disambiguation needed] dan Nashorn dengan kepingan perisai hadapan condong 60 mm condong kebelakang pada 60 darjah dari sudut tegak (bersamaan perlindungan dengan sekitar 120 mm), membawa meriam 75 mm yang agak berkuasa, boleh diharap secara mekanikal, kecil dan mudah disembunyikan. Ia juga murah untuk dihasilkan.

Jagdpanzer 38 menggantikan Marder III yang terbuka di bahagian atas (berdasarkan chasis yang sama). Dalam pengeluaran dari April 1944; sekitar 2,584 telah dibina sehingga akhir perperangan. Siri Marder III Panzerjäger yang lebih awal, mengekalkan chasis sisi tegak sebagai Panzer 38(t). Bagi Jagdpanzer 38, sisi badan bawah condong pada 15 darjah keluar bagi menghasilkan bentuk kasar hexagonal apabila dilihat dari hadapan atau belakang. Ini meningkatkan ruang dalaman yang ada dan membolehkan ruang tempur tertutup sepenuhnya gaya-casemate. Disebabkan oleh perisai tertutup sepenuhnya, ia adalah 5 tonnes lebih berat berbanding Marder III. Bagi mengimbangi peningkatan berat, lebar trek ditingkatkan dari 293 mm pada 350 mm.[5]

Keluaran Jagdpanzer 38 awal tidak duduk sekata dengan permukaan tanah akibat berat meriam, transmisi dan perisai hadapan yang lebih menekan bahagian hadapan ke bawah. Pegas daun diperkukuhkan dari Jun 1944 yang mengimbangi dan meratakan kedudukan kenderaa tersebut. Sejak May–Julai 1944, laluan masuk dipertingkatkan lagi dari segi lebih banyak bukaan: bukaan komander yang lebih kecil terbuka kebelakang, kemudian sisi kanan belakang bagi capaian radiator, dan sisi belakang kiri bagi capaian tangki bahan bakar. Dari Ogos 1944 mantle dalaman dan luaran yang lebih ringan mengurangkan berat lebih 200 kg. Mantle ini kelihatan lebih berbentuk kon berbanding mantle awal berbentuk separa kon. Juga sejak Ogos 1944, roda belakang idler baru diperkenalkan. Ia memiliki lubang meringankan 8, 6, dan 4 (tidak semestinya dalam turutan tersebut) berbanding 12. Ini memudahkan proses pengilangan. Pada September 1944, 16 pegas daun hadapan ditingkatkan ketebalannya pada 9mm setiap pegas daun, 16 pegas daun belakang mengekalkan ketebalan merka pada 7mm setiap satu. Juga pada September sisi hadapan dan belakang Schurtzen dibengkokkan kedalam bagi mengelakkan ia menyangkut semak dan tercabut. Ia juga disedari bahawa periskop pemandu bertindak sebagai perangkap tembakan, menghalang peluru yang datang daripada melantun keluar dari glacis hadapan. Perumah yang menonjol disingkirkan, sebaliknya periskop diselitkan pada potongan menegak pada perisai hadapan sejak Oktober 1944. Juga dari Oktober 1944, perendam mengurangkan api diperkenalkan. Ini mengurangkan penglihatan dan api belakang. Kusyen kepala ditambah pada bukaan komander pada Oktober 1944. Pada masa yang sama rim roda jalan dipetri dan bukannya menggunakan skru. Bagi menangani bahagian hadapan yang berat, dan keperluan bagi menggerakkan kenderaan bagi membidik, kadar gear direndahkan pada 1:8 berbanding 1:7.33 bagi mengurangkan tekanan pada gear akhir dari Januari 1945. Jagdpanzer 38 tertutup adalah buta pada sisi kanannya. Oleh terana perisai sisi 20mm (sama dengan perisai sisi Panzer II model akhir) sekadar mencukupi bagi melindung krew dari meriam laras agak kecil, adalah penting bagi berhadapan dengan ancaman secara berhadapan. Dengan itu sudut pandangan komander dirancang untuk dipertingkatkan dengan memasang periskop berputar pada Jagdpanzer 38 Starr, sebagaimana Sturmgeschutz III dan Elefant telah berkembang dari satu pasang periskop kepada blok penglihatan sekeliling. Bagaimanapun, Jagdpanzer 38 Starr tiba terlalu lewat bagi beraksi di medan tempur.

 
G-13 Tentera Switzerland

Jagdpanzer 38 dibekalkan pada Panzerjägerabteilungen (batalion pembinasa kereta kebal division infantri, memberikan mereka keupayaan anti-perisai bergerak terhad. Selepas perang, Czechoslovakia terus membina jenis (versi ST-I dan ST-III sebagai versi latihan, sekitar 180 unit dibina) dan mengeksport 158 kenderaan (versi G-13) kepada Switzerland. Kebanyakan kenderaan dalam koleksi masa kini berasal dari Switzerland.

Dengan arahan dari Adolf Hitler pada November 1944, sejumlah Jagdpanzer 38s dilengkapi langsung dari kilang dengan penyembur api Keobe dan peralatan pengiring dan bukannya meriam biasa. Penyembur api, dilindungi dalam perisai besi menyerupai laras meriam, amat mudah rosak. Kurang dari 50 kenderaan ini, dinamakan Flammpanzer 38, disiapkan sebelum akhir perang, tetapi ia digunakan dalam operasi menentang pihak Berikat di Perbatasan Barat.

Variasi selanjutnya adalah Jagdpanzer 38 yang dilengkapi dengan sIG 33/2 Howitzer 150 mm, yang mana 30 unit telah dihasilkan sebelum akhir perang, dan Bergepanzer 38, kenderaan kembalik ringan yang 170 unit dihasilkan. Rancangan dibuat bagi menghasilkan variasi lain, termasuk versi meriam penyerang Jagdpanzer 38 yang memiliki meriam utama 105 mm StuH 42, satu versi yang membawa meriam 7.5 cm KwK 42 L/70 dari Panther, dan satu variasi anti-pesawat yang dipasang dengan turet Flak. Perperanga berakhir sebelum model yang dicadangkan ini sempat dikeluarkan. Prototaip turut dibangunkan bagi Jagdpanzer 38 Starr, ia merupakan versi ringkas Jagdpanzer 38 dan juga satu langkah ke arah E-10. Rekabentuk ini menyingkirkan penyerap hentaman daripada meriam utama 7.5 cm Pak 39, sebaliknya melekatkan meriam pada chasis, dan menggunakan jisim Jagdpanzer 38 dan sistem gantungannya bagi menyerap hentakan. 10 unit telah dibina, tetapi tidak pernah dikeluarkan. 9 darinya diubah kembali kepada Jagdpanzer 38 normal dan Hitler memerintahkan prototaip yang tinggal dibinasakan bagi menghalang ia daripada ditawan pada akhir perang.[6][7]

Variasi sunting

 
Jagdpanzer 38, dipameran Muzium Pasukan Tentera Texas di Austin, USA.
  • Befehlswagen 38 Variasi pemerintah. Dilengkapi dengan set radio 30W FuG 8.[6][7]
  • Flammpanzer 38 Jagdpanzer 38 diubah suai dengan penyembur api menggantikan meriam utama. Digunakan di Perbatasan Barat, dengan pertama kali diguna semasa Pertempuran Bulge (20 dalam 352nd dan 353rd Panzer-Flamm-Kompanies di bawah Army Group G). Kurang dari 50 unit dihasilkan.[7]
  • Panzerjaeger 38(t) mit 75mm L/70 Versi prototaip ujian dengan memasang meriam 7.5cm KwK 42 L/70 dari Panther. 3 prototaip dibina, tetapi dengan meriam panjang dan berat tambahan menyebatkan masalah lebih besar memandu kenderaan tersebut. Krupp membuat cadangan untuk mengubahsuai Jagdpanzer 38 dengan superstruktur pada bahagian belakang untuk memuatkan meriam, tetapi tiada lagi pembangunan dilakukan berdasarkan idea ini.[7]
  • Jagdpanzer 38 Starr Versi dipermudahkan bagi Jagdpanzer 38 yang meletakkan meriam 7.5cm Pak 39 pada chasis, dan dipasang dengan enjin disel Tatra. 10 buah dibina, 9 diubahsuai kembali pada Jagdpanzer 38 normal. Prototaip baki dibinasakan pada penghujung perang.[6][7]
  • Panzerjaeger 38(t) mit 105mm StuH 42/2 L/28 Versi dicadangkan bagi Jagdpanzer 38 Starr dilengkapi dengan howitzer 10.5 cm.[7]
  • ST-I Nama Czech selepas-perang bagi Jagdpanzer 38 keluaran baru atau diperbaiki. 249 dalam perkhidmatan, bersama dengan 50 kenderaan latihan memandu ST-III/CVP (chasis tanpa senjata, sesetengahnya dengan superstruktur). Pembangunan prototaip termasuk kenderaan kembalik berperisai Praga VT-III dan kereta kebal penyembur api PM-I.[7]
  • G13 Versi selepas perang Jagdpanzer 38 yang dibina untuk Switzerland, dilengkapi senjata meriam StuK 40.[7]

Rekabentuk berdasarkan chasis sunting

  • Bergepanzer 38 Kenderaan kembalik ringan, diberikan pada unit bersama dengan Jagdpanzer 38. 170 unit dihasilkan. Satu prototaip telah dibangunkan untu memuatkan Flak 38 2 cm.
  • 15 cm Schweres Infanteriegeschütz 33/2 (Sf) auf Jagdpanzer 38 Jagdpanzer 38 chasis dipasang satu sIG 33 15 cm dalam superstruktur. Bertujuan sebagai pengganti bagi Grille. 30 dibina, dari Disember 44.[7]
  • Vollkettenaufklärer 38(t) Kenderaan peninjau berdasarkan Bergepanzer 38. Beberapa prototaip diuji, dipasang satu atau sepasang Flak 38 2cm, dan dalam satu kes satu meriam 7.5 cm K51 L/24.[7]
  • Vollkettenaufklarer 38(t) Kätzchen Kenderaan peninjau bertrek sepenuhnya berdasarkan Jagdpanzer 38. Prototaip dibina oleh BMM dan ditempah untuk pengeluaran, tetapi tidak pernah dihasilkan. Prototaip dipercayai dibinasakan sebelum akhir perang.[7]
  • Flakpanzer 38(t) Kugelblitz Cadangan untuk memasang turet dari Flakpanzer IV Kugelblitz pada chasis Jagdpanzer 38. Tiada pengeluaran akibat keadaan perang.[7]
  • Panzerjäger 38(t) dengan turet Panzer IV Cadangan Krupp bagi memasang turet Panzer IV dengan meriam KwK 40 7.5 cm atau PAW 600 8 cm pada chasis Panzerjäger 38(t). Cadangan tersebut tidak diambil.[7]
  • Panzerjager 38 D versi lebih besar bagi prototaip Panzerjager 38 sahaja sungguhpun pengeluaran pukal dirancang.[8]

Prestasi sunting

 
Jagdpanzer 38 of 8th SS Cavalry Division Florian Geyer, Hungary, 1944

Jagdpanzer 38 masuk dalam kategori pembinasa kereta kebal Jerman ringan yang bermula dengan Panzerjäger I, diteruskan dengan siri Marder dan berakhir dengan Jagdpanzer 38. Meriam bagi Jagdpanzer 38 merupakan versi 75 mm Pak 39 L/48 yang diubahsuai dari meriam penyerang StuG III and StuG IV. Dengan meriam ini, Jagdpanzer 38 mampu membinasakan hampir kesemua jenis kereta kebal pihak Berikat dan Soviet pada jarak jauh (kecuali kereta kebal berat) dan perlindungan perisai menyeluruh menjadikannya satu kenderaan yang lebih selamat untuk dikendalikan berbanding siri Marder II atau Marder III yang terbuka pada bahagian atas.

Jagdpanzer 38 adalah salah satu daripada pemusnah kereta kebal Jerman akhir perperangan yang paling biasa terdapat. Ia boleh didapati dalam jumlah yang agak besar dan pada umumnya mekanikal yang boleh diharap. [9] Seperti beberapa SPG Jerman akhir perang yang lain, Jagdpanzer 38 dipasang dengan tenggekan mesingan kawalan jauh gunung yang boleh ditembak dari dalam kenderaan. Ini terbukti popular dengan krew, sungguhpun untuk mengisi semula senjata ahli krew perluk untuk mendedahkan dirinya kepada tembakan musuh.

Juga, saiznya yang kecil memudahkan untuk ia disembunyikan berbanding kenderaan yang lebih besar. Satu meriam gerak sendiri seperti ini tidak bertujuan untuk mudah alih, maju bertempur atau gaya perperangan blitzkrieg Wehrmacht yang biasa. Sebaliknya, meriam gerak sendiri ringan seperti Jagdpanzer 38 cemerlang apabila diletakkan sepanjang garis penglihatan yang telah ditetapkan di mana musuh dijangka mendekati dan apabila digunakan dalam kedudukan pertahanan untuk menyokong serangan hendap yang disediakan. Jagdpanzer 38 adalah sama dari segi dimensi dan profil menegak dengan Panzer II yang kecil dan meriam lemah, kereta kebal sebelum perang. Walau bagaimanapun, menjelang 1944 majoriti kereta kebal adalah jauh lebih besar dan lebih berat, menjadikan Jagdpanzer 38 menunggu kaku pada kedudukan serangan hendap, satu sasaran yang sangat kecil untuk dikesan, lebih sukar ditembak. Kelemahan utamanya adalah perisai sisi yang agak nipis, penyimpanan peluru terhad, gerakan meriam yang terhad, susun atur dalaman yang lemah membuat operasi kenderaan sukar, serta pegas daun dan roda pemanduan yang mudah rosak akibat peningkatan berat. [10] Menggunakan Jagdpanzer 38, dan kenderaan seumpamanya mengikut doktrin pertahanan dapat mengimbangi sebahagian daripada kelemahan perisai sisi dan pergerakan meriam yang terhad.

Sejarah operasi sunting

Jagdpanzer 38 mula memasuki perkhidmatan dengan Heeres Panzerjäger-Abteilung 731 pada Julai 1944. Unit ini dihantar pada Kumpulan Tentera Utara di Perbatasan Timur (Perang Dunia Kedua).[11] Satu laporan dari Perbatasan Timur menggambarkan bahawa satu kompenie Hetzers membinasakan 20 kereta kebal musuh tanpa mengalami sebarang kerugian.[12]

Kekal sunting

Disebabkan bilangan yang dihasilkan agak besar, Jagdpanzer 38 kemungkinannya pembinasa kereta kebal Jerman Perang Dunia Kedua yang paling banyak tinggal masa kini, sungguhpun kebanyakan yang masih ada sebenarnya merupakan variasi Swiss G-13 selepas perang. Tambahan pada sejumlah contoh dalam muzium, terdapat Jagdpanzer 38 dalam pelbagai keadaan dalam koleksi persendirian.

Pada tahun 2007, sebuah Jagdpanzer 38 dapat kembali dari Laut Baltic di Jurata, Poland. Ia kini sedang mengalami pemulihan di Gdansk.[13]

 
Jagdpanzer 38 on display at the Deutsches Panzermuseum Munster, Germany.

Rujukan sunting

  1. ^ Scafes, p.47-48
  2. ^ Axworthy, p.229
  3. ^ Steven J. Zaloga, Tanks of Hitler’s Eastern Allies 1941–45, p. 31
  4. ^ Jentz, Thomas; Doyle, Hilary (2001). Jagdpanzer 38t Hetzer, 1944-45. Osprey Publishing Ltd. m/s. 4–5. ISBN 1841761354.
  5. ^ Jagdpanzer 38(t) Hetzer at Achtung Panzer website
  6. ^ a b c Doyle 2001, [halaman diperlukan]
  7. ^ a b c d e f g h i j k l m "Jagdpanzer 38(t) Hetzer". Achtungpanzer.com. Dicapai pada 2012-06-03.
  8. ^ Militärfahrzeuge, Band 11 - Die Panzer-Kampfwagen 35(t) und 38(t) und ihre Abarten page 298
  9. ^ Spielberger, p.87
  10. ^ Spielberger [halaman diperlukan]
  11. ^ Doyle 2001, page 33
  12. ^ https://www.youtube.com/watch?v=6ZFPB0spgOw
  13. ^ Bocian. "Hetzer - wydobycie z morza w Juracie Bocian - Ogólnopolski miesięcznik ODKRYWCA" (dalam bahasa Polish). Odkrywca.pl. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2012-06-03.CS1 maint: unrecognized language (link)

Bibliografi sunting

  • Cristian Craciunoiu; Mark W. A. Axworthy; Cornel Scafes (1995). Third Axis Fourth Ally: Romanian Armed Forces in the European War, 1941-1945. London: Arms & Armour. m/s. 368. ISBN 1-85409-267-7.
  • Doyle, Hillary; Tom Jentz (2001). Jagdpanzer 38 'Hetzer' 1944-45. Oxford, UK: Osprey Publishing. ISBN 1-84176-135-4.
  • Scafes, Cornel I; Scafes, Ioan I; Serbanescu, Horia Vl (2005). Trupele Blindate din Armata Romana 1919-1947. Bucuresti: Editura Oscar Print. ISBN 973-668-084-3
  • Spielberger, Walter; Tom Jentz (2007). German Light Jagdpanzer: Development - Production - Operations. Pennsylvania, USA: Schiffer Publishing. ISBN 978-0-7643-2623-3.

Pautan luar sunting

Templat:WWIIGermanAFVs Templat:Weapons of Czechoslovakia