Hidetaka Suehiro

penerbit permainan video Jepun

Hidetaka Suehiro (末弘 秀孝, Suehiro Hidetaka, lahir 14 April 1973), yang dikenali sebagai SWERY atau Swery65, ialah pengarah dan penulis permainan video Jepun. Beliau adalah salah seorang ahli pengasas studio pembangunan permainan bernama Access Games yang berpusat di Osaka. Peranannya dalam syarikat itu termasuk pengarah, pereka, dan penulis. Beliau adalah pengarah permainan video Spy Fiction, Deadly Premonition dan D4: Dark Dreams Don't Die. Beliau kemudian meninggalkan syarikat itu pada 2016, dan kemudian mendirikan studio baharu, bernama White Owls Inc.

Hidetaka Suehiro
Kelahiran (1973-04-14) 14 April 1973 (umur 51)
Osaka, Jepun[1]
WarganegaraJepun
Nama lainSWERY, Swery65
PekerjaanPresiden dan KPE White Owls Inc.[2]
Penerbit permainan video, penulis senario, pereka permainan
Terkenal keranaDeadly Premonition

Kerjaya sunting

Suehiro mendapat ijazah dalam iklan filem dan video di Universiti Seni Osaka.[3] Selepas tamat pengajian, beliau memutuskan untuk menyertai industri permainan dan bekerja di pelbagai syarikat permainan termasuk SNK. Pada Januari 2002, beliau adalah salah seorang ahli pengasas Access Games.[3]

Permainan pertama yang diarahkannya ialah permainan PlayStation 2 Spy Fiction yang dikeluarkan pada 2003.[3] Permainan ini adalah permainan selinap bertema ketenteraan diri-ketiga dan sasaran bagi permainan ini adalah pemain dari Barat berbanding pemain Jepun.[3]

Pengeluaran dimulakan pada 2004 pada permainan bertajuk Rainy Woods, yang kemudian dibatalkan pada 2007. Kerja dimulakan semula dengan tajuk baru Deadly Premonition dan ia dilancarkan pada 2010. Sebuah permainan seram mandiri, ia juga memberi penekanan pada pemain dari Barat berbanding pemain dari Jepun.[3] Permainan itu berjaya memasuki Edisi Pemain Rekod Dunia Guinness 2012 dengan tajuk "Permainan Seram Hidup Terpopuler Paling Kritikal" kerana ulasan permainan yang sangat pelbagai.[4]

Pada 2014 beliau bekerjasama dengan Microsoft untuk membangunkan permainan Xbox One bertajuk D4: Dark Dreams Don't Die, yang menggunakan alat pengesan gerakan Kinect. Permainan ini diserlahkan di GDC Next 2013 sebagai salah satu "GDC Next 10" mereka,[5] di mana pembangun terpilih memberikan ucapan mengenai inspirasi di sebalik permainan mereka yang akan datang.

Pada 2015, beliau memberi ucapan di Osaka dan di GDC 2015 mengenai input fizikal dalam permainan video dan peranti Kinect. Beliau juga membuka gerai bersama dengan Access Games di Penny Arcade Expo East 2015.

Pada November 2015, beliau mengumumkan bahawa beliau akan mengambil cuti yang berkaitan dengan kesihatan dari pembangunan permainan untuk fokus pada pemulihan dari hipoglikemia reaktif.[6]

Pada 31 Oktober 2016, beliau mengumumkan perpisahannya dari Access Games. Sebuah studio permainan video baharu kemudiannya diasaskan oleh Suehiro pada 1 November 2016 sebagai White Owls Inc. White Owls secara rasmi didedahkan kepada umum pada 15 Januari 2017.[7]

Karya sunting

Tajuk Platform Status keluaran Peranan
Kizuna Encounter[8] Neo Geo MVS Dikeluarkan di Jepun (1996) Senario
The Last Blade Neo Geo MVS Dikeluarkan di Jepun (1997) Senario
The Last Blade 2 Neo Geo MVS Dikeluarkan di Jepun (1998) Senario
Tomba! 2: The Evil Swine Return PlayStation Dikeluarkan di Jepun dan Amerika Utara (1999), Eropah (2000) Pereka
Extermination PlayStation 2 Dikeluarkan di Jepun, Amerika Utara dan Eropah (2001) Penulis/Perancang
Spy Fiction PlayStation 2 Dikeluarkan di Jepun (2003), Amerika Utara dan Eropah (2004) Penulis/Pengarah
Kidō Senshi Gundam: Senjō no Kizuna Portable PSP Dikeluarkan di Jepun (2009) Pengarah
Deadly Premonition Xbox 360, PlayStation 3, Microsoft Windows, Nintendo Switch Dikeluarkan di Jepun, Amerika Utara dan Eropah (2010 untuk 360 & PS3, 2013 bagi versi Director's Cut untuk Windows & PS3, 2019 bagi versi Origins untuk Switch) Penulis bersama/Pengarah/Pereka
Lord of Arcana PSP Dikeluarkan di Jepun (2010), Amerika Utara dan Eropah (2011) Pereka/Penulis bersama
Lord of Apocalypse PSP, PS Vita Dikeluarkan di Jepun (2012) Pereka/Penulis bersama
D4: Dark Dreams Don't Die Xbox One, Microsoft Windows Dikeluarkan di Jepun, Amerika Utara dan Eropah (2014 untuk Xbox One, 2015 untuk Microsoft Windows) Penulis/Pengarah
The Missing: J.J. Macfield and the Island of Memories PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, Microsoft Windows Dikeluarkan di Jepun, Amerika Utara dan Eropah (2018) Penulis/Pengarah
Deadly Premonition 2: A Blessing in Disguise[9] Nintendo Switch Dikeluarkan di Jepun, Amerika Utara dan Eropah, 10 Julai 2020 Penulis/Pengarah
The Good Life[10] PlayStation 4, Xbox One, Microsoft Windows, Nintendo Switch[11] Dalam pembangunan Penulis/Pengarah
Hotel Barcelona[12] Nintendo Switch, Android, iOS, Stadia[12] Dalam pembangunan Tidak diketahui. Bekerjasama dengan Goichi Suda and Keiichiro Toyama[12]

Rujukan sunting

  1. ^ Sheffield, Brandon. "Deadly Premonition director Swery becomes a Buddhist Monk. What does this mean for his games?". Gamasutra (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 April 2018.
  2. ^ "Greeting from the CEO" (dalam bahasa Inggeris). White Owls Inc. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  3. ^ a b c d e http://bitsummit.org/2015/?page_id=3388
  4. ^ Tach, Dave (17 Oktober 2012). "How Hideteka 'Swery' Suehiro aims to bring Deadly Premonition to a new audience". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Oktober 2016.
  5. ^ "GDC Next, App Developers Conference see nearly 4,000 in attendance - GDC News". GDC News (dalam bahasa Inggeris). 8 November 2013. Dicapai pada 11 Oktober 2016.
  6. ^ http://www.accessgames-blog.com/swery65/2015/11/post-8f7d.html#eng
  7. ^ Yoshimura, Mill. "『レッドシーズプロファイル』、『D4』などでカルト的な人気を誇るSWERY氏が新スタジオWhite Owlsを設立。インタビューでその経緯を聞いた". Famitsu (dalam bahasa Jepun). Kadokawa Duwango Corporation. Dicapai pada 16 Januari 2017.
  8. ^ https://www.gdcvault.com/play/1014594/Game-Design-in-the-Coffee
  9. ^ "Deadly Premonition 2: A Blessing in Disguise". Twitter (dalam bahasa Inggeris). 4 September 2019. Dicapai pada 4 September 2019.
  10. ^ "The Good Life". Kickstarter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mei 2018.
  11. ^ "Nintendo Switch - Indie World Showcase 3.17.20". YouTube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Mac 2020.
  12. ^ a b c "Hotel Barcelona". IGN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Julai 2020.

Pautan luar sunting