Hidrokabon tepu ialah salah satu sebatian hidrokarbon dengan atom karbonnya terikat kepada atom yang lain melalui ikatan kovalen yang tunggal.

  • Hidrokarbon tepu terdiri daripada unsur karbon, C dan hidrogen, H sahaja.
  • Atom karbonnya terikat antara satu sama lain dengan ikatan kovalen sahaja.
Alkana teringkas iaitu Metana

Contoh hidrokarbon tepu ialah Alkana. Setiap atom karbon dalam molekul alkana terikat dengan empat ikatan kovalen tunggal manakala setiap atom hidrogen terikat dengan satu ikatan kovalen tunggal.

Secara ammnya, bagi membolehkan atom-atom bergabung membentuk molekul, prosesnya mestilah secara termodinamik. Tenaga yang terlibat di dalam langkah permulaan proses ini mestilah cukup untuk mengubah elektron yang berpasangan di dalam atom-atom karbon menjadi tidak berpasangan. Atom karbon pada keadaan asas mempunyai konfigurasi elektron seperti berikutĀ :

6C: 1s2 2s2 2p2

Atom karbon pada keadaan asas menerima sejumlah tenaga yang tertentu untuk mengujakan elektron dari orbital 2s ke orbital 2p yang kosong. Pada keadaan ini karbon dikatakan dalam keadaan teruja dengan mempunyai empat elektron yang tidak berpasangan. Keempat-empat orbital yang masing-masing mempunyai satu elektron yang tidak berpasangan ini terhibrid sesama sendiri bagi menghasilkan empat orbital hibrid sp3 yang bertenaga sama. Di sini kelihatan seolah-olah tiga elektron 2p mempunyai tenaga lebih besar daripada elektron 2s. Sebenarnya semua elektron tidak beerpasangan ini mempunyai tenaga yang sama, tidak dapat dibezakan yang mana satu elektron 2s atau 2p setelah terbentuknya hibrid.

Sebelum atom karbon ini dapat bergabung dengan atom-atom lain, terjadi penghibridan di antara satu orbital 2s dengan tiga orbital 2p yang menghasilkan empat orbital sp3. Orbital sp3 ini akhirnya membentuk tertrahedron.

Ahli yang terkecil dalam kumpulan/siri alkana iaitu metana,C2H6 mempunyai bentuk tetrahedron dengan atom karbon pusatnya yang terhibrid sp3. Keempat-empat ikatan C-H dalam molekulnya adalah setara.

Lihat jugaSunting