Hydrolase ("enzim hidrolisis") ialah kelas enzim yang biasanya berfungsi sebagai pemangkin biokimia yang menggunakan molekul air untuk memecahkan ikatan kimia, dan biasanya membahagikan molekul besar kepada molekul yang lebih kecil. Beberapa contoh biasa enzim hidrolase ialah esterase, termasuk lipase, fosfatase, glikosidase, peptidase, dan nukleosidase.

Esterase membelahkan ikatan ester dalam lipid, dan fosfatase memutuskan kumpulan fosfat daripada molekul. Contoh esterase penting ialah asetilkolina esterase yang membantu dalam mengubah impuls neuron menjadi kumpulan asetat selepas hidrolase memecahkan asetilkolina kepada kolina dan asid asetik. Asid asetik ialah metabolit penting dalam badan, dan perantara kritikal bagi tindak balas lain seperti glikolisis. Lipase pula menghidrolisis gliserida. Glikosidase membelah molekul gula daripada karbohidrat dan peptidase menghidrolisis ikatan peptida. Nukleosidase menghidrolisis ikatan nukleotida.[1]

Enzim hidrolase penting dalam badan oleh kerana keupayaan penguraiannya. Dalam lipid, lipase menyumbang kepada pemecahan lemak dan lipoprotein serta molekul lain yang lebih besar kepada molekul yang lebih kecil seperti asid lemak dan gliserol. Asid lemak dan molekul kecil lain digunakan dalam sintesis molekul dan sumber tenaga.

Apa-apa enzim yang memangkingkan tindak balas di bawah boleh dikira sebagai hidrolase:

A–B + H2O → A–OH + B–H

dengan A–B mewakili ikatan kimia dalam mana-mana molekul.

Rujukan sunting

  1. ^ "hydrolase | class of enzymes | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). 9 April 2018. Dicapai pada 29 April 2017.