"Hidup Semula" merupakan lagu nyanyian Elizabeth Tan yang dikeluarkan pada 21 Februari 2019 oleh Warner Music Malaysia.[1][2] Ia merupakan runut bunyi untuk filem Misteri Dilaila lakonan beliau bersama Zul Ariffin arahan Syafiq Yusof.[3][4]

"Hidup Semula"
Single oleh Elizabeth Tan
daripada album OST Misteri Dilaila
Dilancarkan pada21 Februari 2019 (Digital)
Dirakamkan pada2019
GenreBalada
Panjang3:50 minit
SyarikatWarner Music Malaysia
PenulisAudi Mok, Shazee Ishak
Kronologi Kronologi single Elizabeth Tan
""Semua Sudah"
(2018)"
"Hidup Semula" ""Shh"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Inspirasi dan komposisi sunting

"Hidup Semula" digubah oleh Audi Mok bersama Shazee Ishak yang berkhidmat sebagai penulis lirik.[5]

Lagu ini juga disuntik dengan unsur-unsur seram. Sebagaimana lazimnya piano digunakan dalam runut bunyi filem seram, Audi turut mengambil konsep yang sama apabila petikan piano diberikan fokus dalam susunan muzik "Hidup Semula".[5]

Bunyi xilofon dan kesan khas bunyi juga digunakan bagi menbamah suasana seram. "Hidup Semula" berkisarkan tentang kesempatan kedua untuk memperbaiki kesilapan jika diberi peluang untuk bangkit dari kematian dan hidup semula.[5]

Muzik video sunting

Muzik video "Hidup Semula" diarahkan oleh Zalhilman Ismail yang sebelum ini pernah mengarahkan muzik video lagu "Menangislah" nyanyian Syamsul Yusof dan Mawi.[6]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[7]
  1. "Hidup Semula" – 3:50

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 21 Februari 2019 Muat turun digital[7]
Media penstriman[8]
Warner Music Malaysia

Tenaga kerja sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (21 Februari 2019). Elizabeth Tan nyanyi lagu berhantu Hidup Semula OST Misteri Dilaila Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Februari 2019.
  2. ^ Elizabeth Tan beraksi dalam Misteri Dilaila Malaysia Gazette (21 Februari 2019). Dicapai pada 26 Februari 2019.
  3. ^ Zaidin Albert (22 Februari 2019). Lagu Berhantu Elizabeth Tan Berkisarkan Kisah Kematian dan Hidup semula Hangat. Dicapai pada 24 Februari 2019.
  4. ^ "Selepas Semua Sudah, Elizabeth Tan Kini 'Hidup Semula'". XTRA. 22 Februari 2019. Dicapai pada 24 Februari 2019.
  5. ^ a b c Kamaruddin Razal (26 Februari 2019). Lizzy suntik elemen seram dalam Hidup Semula Astro Gempak. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  6. ^ Elizabeth Tan beraksi dalam filem Misteri Dilaila Malaysia Gazette (21 Februari 2019). Dicapai pada 24 Februari 2019.
  7. ^ a b "Hidup Semula - Single". iTunes Store (MY). Apple. 21 Februari 2019. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  8. ^ "Hidup Semula - Single by Elizabeth Tan". Spotify. 21 Februari 2019. Dicapai pada 6 Mac 2019.