Highland Park
Highland Park terletak di Jalan Pahang dan merupakan antara taman perumahan yang paling awal dibina di bandar Tapah, negeri Perak. Dibina pada awal tahun 1960-an, kawasan ini pada asalnya merupakan ladang kelapa dan kemudian ditebus guna. Menariknya kawasan taman ini dihubungkan dengan sebuah jambatan kecil yang merentasi Sungai Cheroh. Taman Anson dan Melor juga berkongsi kawasan yang sama.