Hijabsta Ballet

Filem drama Malaysia 2017 arahan Syed Zulkifli

Hijabsta Ballet merupakan sebuah filem drama Malaysia 2017 arahan Syed Zulkifli yang mengisahkan tentang dua dunia yang bertembung apabila seorang balerina memilih hijab dan tidak akan memilih antara seni dan agama. Filem ini ditayangkan pada 3 Ogos 2017.[1]

Hijabsta Ballet
PengarahSyed Zulkifli Syed Masir
Penulis
  • Thorpe Ali
  • Rebecca Innes
  • Zylan Mohd Noor
  • Khalil Hj Saleh
  • Syed Zulkifli
Dihasilkan olehWan Sariah Wan Jaafar
DibintangiMaimun Puteh
Betty Banafe
Aman Graseka
Aida Khalida
SinematografiMohd Filus Ghazali
Disunting olehMohd. Hafiz Kamaruzaman
Muzik olehAzam Dungun
Nur Zaidi Abd Rahman
Syarikat
penerbitan
Explosive Magic
Persatuan Sutradara Malaysia
Tarikh tayangan
3 Ogos 2017
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
Australia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM1 juta
Pecah panggungRM13, 000

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Adele Shakiri. Luaran Adele jauh dari bangsanya. Namanya tidak menggambarkan Melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian balletnya bertentangan dengan pakaian bangsanya tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agama.

Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi balle ternama di Rusia tetapi kemudian tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab. Ibunya tak boleh nak larang, tapi hatinya remuk, patah, harapannya hancur bagai kaca yang berderai. Adele mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dalam dunia balet. Dia hilang kawan, rakan selatihan menolak, keluarga berantakan. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, ekstrimis mengancam mencederakannya. Oleh itu, dia telah membawa diri ke Perth, Australia namun tentangan yang dihadapinya lebih besar berbanding di negara sendiri.

Pelakon sunting

  • Maimun Puteh sebagai Adele
  • Betty Banafe sebagai Diana
  • Aman Graseka sebagai Shakiri
  • Aida Khalida sebagai Maimun
  • Rachel Tabithanya sebagai Farah
  • Alif Azeman sebagai Zubir
  • Afeerah Abd Rahman sebagai Betrisya
  • Sally Bruce sebagai Laura
  • Gemma Sharpe sebagai Michelle
  • Boston Hooper sebagai Donald
  • Syafizal-Syazlee sebagai Deni
  • Keena Mentor sebagai Hana
  • Kapten Mohd Nor Bon sebagai Ustaz Hafsham
  • Serena sebagai Farah Sulaiman
  • Ross Hassan sebagai Pengurus Dewan
  • Yank Kassim sebagai Pemandu Lori

Keluaran dan sambutan sunting

Hijabsta Ballet ditayangkan pada 3 Ogos 2017 dan menjadi kegagalan komersial.[2] Salah tafsir masyarakat dikatakan menjadi punca filem ini 'sejuk' di pawagam.[2] Filem ini menerima ulasan negatif dari pengkritik filem. Hatta Midy dari The Vocket menyifatkan filem ini bukan seprti filem Melayu biasa kerana ia menyentuh dua perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (30 Julai 2017). "Hijabsta Ballet melawan kelaziman". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  2. ^ a b Rozdan Mazalan (8 Ogos 2017). "Salah tafsir punca Hijabsta Ballet 'sejuk' di pawagam". Berita Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2017.
  3. ^ Hatta Midy (30 Julai 2017). "Hijabsta Ballet Bukan Macam Filem Melayu Biasa, Sentuh Dua Perkara Bertentangan". The Vocket. Dicapai pada 1 Ogos 2017.

Pautan luar sunting