Hijau (lagu Zainal Abidin)

"Hijau"[1] ialah lagu nyanyian Zainal Abidin. Ia dikeluarkan pada 30 Mei 1991 sebagai single pertama daripada album solo pertama Zainal yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Mukhlis Nor dan ianya cukup terkenal kerana mengangkat tema alam sekitar. Sejak daripada itu, lagu ini menjadi lagu tandatangan Zainal sekaligus melancarkan kerjaya muzik solonya selepas meninggalkan kumpulan Headwind.

"Hijau"
Single oleh Zainal Abidin
daripada album Zainal Abidin
Dilancarkan pada30 Mei 1991
Dirakamkan pada1990
GenrePop, muzik dunia
Panjang6:19
SyarikatRoslan Aziz Productions
PenulisMukhlis Nor
PenerbitRoslan Aziz
Kronologi single Zainal Abidin
"Hijau" ""Ikhlas Tapi Jauh"
(1991)"
Zainal Abidin - Hijau (muzik video) di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rakaman dan lirik sunting

Melodi dan lirik bagi lagu "Hijau" telah dikarang oleh Mukhlis Nor. Lirik lagu ini merupakan campuran bahasa Melayu dan loghat Kelantan.[1]

Korus lagu ini menampilkan nyanyian Zainal dalam loghat Kelantan, yang agak unik untuk rakaman arus perdana pada masa itu, kerana Zainal berkata mahukan sebuah lagu Malaysia.[1] Bagaimanapun, Zainal tidak tahu atau memahami loghat Kelantan, dan walaupun telah dilatih oleh seorang pakar bahasa dari Universiti Malaya, ia adalah jelas kepada sesiapa yang bercakap loghat yang penyanyi itu berkata ia semua salah.[1]

Selepas menyedari betapa teruknya loghat Kelantan beliau, Zainal mulanya mahu merakamkan semula dengan menggunakan penyanyi Kelantan sebenar, tetapi beliau dipujuk sebaliknya. Berikut ialah korus lagu "Hijau" seperti yang tertera di bawah.[1]

Loghat Kelantan

Oh anok-anok
Tok leh menghaso mandi laok
Besaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo umonya berjuto
Kito usoho
Jauhke daghi malapetako
Ozone lo ni ko ho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso we pakso manusio
Seghemo bendo-bendo di dunio tok leh tehe
Sapa bilo-bilo

Senarai runut sunting

  1. "Hijau" – 6:19

Keluaran dan sambutan sunting

"Hijau" dikeluarkan sebagai single pertama album Zainal Abidin dan mendapat sambutan.[1] Lagu ini menjadi salah satu lagu Melayu terbaik pada 1990-an serta menjadi lagu tandatangan Zainal Abidin dan terus menjadi siulan ramai sehingga kini.[1]

Lagu ini juga menjadi lagu pertama yang disiarkan di Era FM semasa stesen radio itu memulakan siarannya pada 1 Ogos 1998. "Hijau" juga digunakan dalam rancangan dokumentari Rimba Warisan Kita terbitan TV Pendidikan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Michael Chiang (18 August 2016). Hijau: The song that changed the Malaysian music industry Star2. Retrieved 26 November 2016.
  2. ^ TV Pendidikan. "EduwebTV: PENDIDIKAN MORAL - RIMBA WARISAN KITA". YouTube. Dicapai pada 4 Mac 2017.

Pautan luar sunting