Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Hikayat Cinta Si Pematah Hati ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Shalini Balasundaram. Dibintangi oleh Alif Satar, dan Nabila Razali. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 24 April 2017 menggantikan Cik Serba Tahu. [1]

Hikayat Cinta Si Pematah Hati
GenreMelodrama
Cinta
Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahShalini Balasundaram
Dibintangi oleh
Alif Satar
Nabila Razali
Hafreez Adam
Nadiyah Shahab
Lagu pembukaan"Pematah Hati" oleh Nabila Razali
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Astro Ria HD. (Slot MegaDrama).
Siaran asal24 April 2017 – 18 Mei 2017
Kronologi
MengikutiCik Serba Tahu
Diikuti olehHero Seorang Cinderella

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler Mengisahkan Wafeen Wardah (Nabila Razali) mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan (Hafreez Adam). Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl (Alif Satar).

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya telah disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri kepada Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang menggemari kuih karipap pusing yang kerap dibuat oleh Wafeen. Mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya. Disitulah dia mulai mengenal pasti yang lelaki tersebut adalah Rayyan.

Sementara itu, Daniel pula dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn (Nadiyah Shahab) membuatkan Wafeen sangat kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen dan mencuba untuk merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu perkara tersebut lalu dia merancang sesuatu dengan Tengku Zarynn bagaimana cara untuk memenangi hati Wafeen agar menjadi isterinya.

Pelakon sunting

Runut Bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021