Hikayat Indera Putera

(Dilencongkan dari Hikayat Inderaputera)

Hikayat Indera Putera atau juga dikenali sebagai Hikayat Inderaputera, merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang ditulis sebelum 1700-an. Pengarangnya Tidak diketahui. Ia adalah antara yang masih terselamat sehingga hari ini. Satu salinan Hikayat Indera Putera terdapat dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Nombor Manuskripnya MS 37. Satu lagi salinan terdapat di Universiti Leiden, The Netherlands/Belanda (Or 53 (formerly HS. 542), Library of KITLV (Koninklijk Instituut van de Taal-, Land- en Volkenkunde), Leiden.) Seorang sarjana, Vladimir Braginsky mengatakan bahawa Hikayat Inderaputera ini mungkin dipengaruhi oleh sumber India(Gulshan-i `Ishq, dan kesusteraan Sufi) dan teks Melayu lain seperti Hikayat Cekel Waneng Pati dan Hikayat Amir Hamzah.[1]

Hikayat Inderaputera milik DBP (MSS1063), Diambil dari http://www.pnm.gov.my/manuskrip/melayu/03koleksi/mss1063.htm

Sifat manuskrip sunting

Keterangan fizikal MS 37 sunting

Salinan Hikayat Indera Putera DBP ini terdiri daripada 236 halaman dengan ukuran saiz 38 sm X 22 sm. Ia ditulis pada kertas tebal bewarna kekuningan dengan menggunakan dakwat hitam, dengan dakwat merah bagi perkataan tertentu, terutamanya pada permulaan ayat.

Hikayat Indera Putera ini ditulis dengan tulisan bersaiz besar yang terang dan mudah di baca. Pada setiap halaman, tulisan merangkumi ruang yang berukuran 25 sm X 15 sm. Pada halaman pertama ia dihiasi dengan rajah yang bewarna-warni dengan dakwat keemasan.

Salinan Leiden memiliki 278 ayat dengan 70,954 perkataan.

Maklumat engarang/penyalin serta tarikh sunting

Tarikh pada manuskrip Leiden menunjukkan penyalinan dilakukan pada 1700, tetapi manuskrip yang ada mungkin selepas darinya. (S.W.R. Mulyadi, Hikayat Indraputra: A Malay Romance, Dordrecht: Foris, 1983, for Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde, Leiden, in their series Bibliotheca Indonesica no.23.) Ia boleh dirujuk dari KITLV, Postbus 9505, 2300 RA Leiden, The Netherlands/Belanda.

Manuskrip Hikayat Indera Putera Leiden itu memiliki 70,954 perkataan, terdiri daripada 278 ayat.

Isi utama sunting

Petikan sunting
Hikayat tentang Indera Putera yang gagah perkasa, iaitu putera Bakarma Puspa, Raja Samantapura. Indera Putera telah di hantar ke Berma Sakti dengan menaiki merak emas untuk membunuh gergasi di Gunung Indera Kila dan akhirnya bertemu Puteri Kumala Ratna Sari di Tasik Samudera.
Ringkasan isi sunting

Hikayat Indera Putera mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat yang bergelimpangan tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar.

Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti.

Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.

Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Keadaan sunting

Manuskrip Hikayat Indera Putera milik DBP berada dalam keadaan kurang memuaskan dan tidak berjilid. Beberapa halamannya telah koyak dan dimakan serangga. Secara keseluruhannya manuskrip ini tidak lengkap.


Terbitan semula sunting

Buku Hikayat Indera Putera ini telah diterbitkan edisi remaja pada tahun 2004. Ia diselenggarakan oleh Mariyam Salim di bawah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dengan nombor KK: 899 1014261 / ISBN: 9836279075.[2]

Kehilangan kesusteraan Melayu sunting

Banyak hasil kesusteraan Melayu yang telah musnah ditelan zaman dan peperangan. Antara punca kemusnahan tulisan kesusteraan Melayu adalah seperti lenyapnya Kerajaan Seri Wijaya serta kedatangan agama Islam ke alam Melayu, yang membawa kepada lenyapnya segala naskah-naskah kesusasteraan Melayu yang berasal dari zaman Hindu dahulu.

Selain itu kerana istana raja ialah menjadi tempat perhimpunan buku-buku, kebanyakannya musnah binasa di makan api seperti dalam peristiwa kebakaran istana Sultan Mansor Shah seperti tersebut kesahnya di dalam buku Sejarah Melayu yang mengatakan bahawa dalam peristiwa itulah kerajaan daripada Sang Nila Utama telah dibakar.

Selain itu dengan kejatuhan kerajaan Melaka, banyak kehilangan naskah-naskah kesusasteraan lama Melayu apabila Kerajaan Melayu Melaka alah dilanggar oleh Feringgi banyak buku dan kitab yang musnah terbakar atau tenggelam bersama Flor De La Mar (Flower of the seas). Kapal laksamana Alfonso De Albuquerque dari Portugis yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh Tamiang dan Pasai pada Disember 1511 membawa banyak harta rampasan perang Melaka.

Selain itu berlaku juga kebakaran pada sebuah kapal yang bernama the Fame yang dalam pelayaran ke British. Dalam kebakaran itu turut musnah segala muatannya iaitu berbagai khazanah termasuklah perpustakaan lama Melayu yang telah di kumpulkan oleh Tuan Raffles.

Menurut keterangan Abdullah Abdul Kadir Munshi dalam hikayatnya, nyatalah amat banyak perpustakaan lama Melayu yang telah musnah dalam kebakaran kapal the Fame itu. Ada pun perpustakaan lama melayu, iaitu kitab-kitab, hikayat-hikayat dan syair-syair yang musnah itu menurut Hikayat Abdullah penuh berisi di dalam tiga buah peti kulit panjang-panjang sedepa, diantaranya ada kira-kira tiga ratus buah buku-buku yang telah dijilid, tiada termasuk naskah-naskah yang belum berjilid, yang bercerai-berai, bergulung dan yang berhelai-helai. Selain dari itu ada lagi duah buah peti penuh berisi dengan surat-surat dan kitab-kitab Jawa, Bali dan Bugis dan tulisan-tulisan di atas daun lontar.

Sesungguhnya adalah terbukti bahawa segala khazanah yang telah musnah didalam kebakaran kapal the Fame itu amat tinggi nilainya kepada tuan Raffles, kerana ade tersebut di dalam buku yang bernama “ Raffles “ of Singapore karangan Reginald Coupland, mengatakan bahawa berbagai khazanah yang telah dikumpulkan oleh Raffles sebanyak muatan lebih sebuah kapal telah sudah pun dihantarkan ke England beberapa lama terdahulu daripada peristiwa kebakaran kapal the Fame itu, tetapi segala khazanah yang terpilih dan lebih-lebih di hargainya telah dikemudiankan oleh Raffles dengan tujuan ia sendiri hendak memerhatikan keselamatan khazanah-khazanah itu dalam pelayaran. Malangnya semuanya itu telah musnah, termasuklah segala naskah buku-buku, surat-surat, tulisan di daun-daun lontar dan sebainya yang telah di simpan kedalam peti-peti oleh munshi Abdullah di Singapura itu serta beberapa banyak lagi khazanah-khazanah yang telah terkumpul dan dibawa daripada Bencoolen.

Pada masa kini Hikayat Indera Putera menjadi salah satu sumber penting pengkajian bahasa Melayu dan untuk penyelidikan ia boleh didapati di Hikayat Indera Putera [Microfilm: NL 10974]. (1981). [Berlin]: Orientabteilung, Preussisohe Kulturbesitz, Staatsbibliothek..

Rujukan sunting

  1. ^ malay concordance project.
  2. ^ "Siri Karya Sastera Klasik Untuk Remaja: Hikayat Inderaputera". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-30. Dicapai pada 2011-10-23.
  • Hikayat Indera Putera [Microfilm: NL 10974]. (1981). [Berlin]: Orientabteilung, Preussisohe Kulturbesitz, Staatsbibliothek.

Pautan luar sunting


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z