Hikayat Putera Shazlan

Hikayat Putera Shazlan ialah sebuah siri televisyen Malaysia yang diarahkan oleh P. Prem Anand Pillai. Ia diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd dan ditayangkan di Astro Ceria.[1] Siri televisyen ini bergenre fantasi kanak-kanak[2] dan mempunyai 3 musim, yang ditayangkan dari 2007 hingga 2010.[3] Ia menampilkan pelakon kanak-kanak sebagai pelakon utama, iaitu Fimie Don, Sweet Qismina, Zoey Rahman, Nasiruddin Nasir, Amira Aiyuni, Chee Ka Shong, selain pelakon dewasa seperti Abby Abadi dan Razak Ahmad.[2]

Hikayat Putera Shazlan
GenreKomedi
Fantasi
Dongeng
PengarahP. Prem Anand Pillai
Dibintangi oleh
Fimie Don
Sweet Qismina
Abby Abadi
Nasiruddin Nasir
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim3
Bilangan episod78
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran30 minit (per episod)
Penyiaran
Saluran asalAstro Ceria & Astro Prima
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal2007 – 2010

Sinopsis sunting

Hikayat Putera Shazlan merupakan tajuk kepada buku ajaib yang mengisahkan tentang kehidupan harian seorang budak lelaki bernama Shazlan yang sebenar di dunia nyata. Hidup Shazlan yang sukar bersama keluarga ibu saudaranya ditemani alat-alat seperti teko emas ajaib dan sepasang gunting ajaib yang diberikan oleh buku ajaib. Tetapi, objek-objek ini tidak dapat menyelesaikan segala masalahnya. Ini kerana sebagai seorang lelaki, dia masih perlu belajar untuk mendapatkan objek berkuasa yang diberikan oleh buku ini kepadanya. Inilah pengajaran yang dipaparkan oleh setiap episod; anda bertanggungjawab besar jika anda mempunyai kuasa yang hebat. Walau bagaimanapun, selepas peristiwa Shazlan terjatuh ke dalam perigi, buku ajaib itu telah menghasilkan personaliti kedua di mana setiap objek yang dikeluarkan oleh buku itu turut mempunyai kesan sampingan.

Pelakon dan watak sunting

Watak dan perwatakan sunting

Watak utama sunting

  • Shazlan seorang anak yatim piatu yang berasal dari sebuah kampung telah dihantar ke kota untuk tinggal bersama ibu saudaranya yang garang. Shazlan sering dilayan buruk oleh keluarga ibu saudaranya.
  • Bagus dan Ika ialah pari-pari yang dihantar kepada Shazlan. Mereka bertanggungjawab untuk menggantikan ibu bapa Shazlan yang tidak bertanggungjawab dan kurang pendidikan.
  • Mak Som ialah ibu saudara Shazlan. Seorang yang berhati busuk dan tidak mempunyai cita rasa dalam berfesyen walaupun mempunyai salun sendiri. Dia cuba sedaya upaya untuk bergaya tetapi sering kali tidak cantik dipandang.
  • Pak Tam ialah suami kepada Mak Som. Seorang yang pemalas dan tidak kisah dengan pemakaiannya. Seorang yang cuai dan mempunyai personaliti yang berbeza dengan Mak Som.
  • Fasha ialah anak kepada Mak Som dan Pak Tam. Seorang yang manja, tidak bertimbang rasa dan penuh dengan kerenah. Dia sukakan artis seperti Paris Hilton dan Britney Spears dan sering meniru gaya mereka.
  • Satiya merupakan sahabat Shazlan yang suka makan dan akan ambil peluang untuk makan di mana-mana saja asalkan ada makanan di kocek pakaiannya. Seorang yang ceria dan suka warna-warna cerah.
  • Lydia ialah seorang yang agak tomboy dan selalu bermain dan berbual bersama budak lelaki. Dia juga mempunyai ikatan persahabatan dengan Shazlan. Personalitinya sangat berlawanan dengan Fasha.
  • Aaron merupakan anak orang paling kaya di sekitar kawasan perumahan mereka. Seorang yang sangka dirinya sangat cool dan bergaya serta punya keyakinan diri yang tinggi.

Watak sampingan sunting

  • Rara seorang penjaga bayi yang berusia 16 tahun yang suka menyeksa Shazlan dan merupakan salah seorang musuh ketat Shazlan. Dia mempunyai kawan dan sukakan duit, menyeksa kanak-kanak dan menonton televisyen. Dia ialah ketua Babysitter Raging Against Twerps.
  • Nina merupakan sahabat Rara yang suka membantu menyeksa dan akan ambil peluang untuk menyeksa di mana-mana saja asalkan ada bunga di kocek pakaiannya. Seorang yang ceria dan suka warna-warna cerah. Dia ialah Anggota Babysitter Raging Against Twerps.
  • Chodijah merupakan sahabat Rara. Dia menjalankan misi pencarian koko yang dianggap oleh bangsanya sebagai komoditi berharga. Dia ialah Anggota Babysitter Raging Against Twerps
  • Dofa ialah seorang yang agak feminin dan selalu bermain dan berbual bersama budak perempuan. Dia juga mempunyai ikatan persahabatan dengan Rara. Personalitinya sangat sama dengan Chodijah. Dia ialah Anggota Babysitter Raging Against Twerps.
  • Tasya ialah sahabat kepada Rara dan Nina. Seorang yang mandiri, tidak bertimbang rasa dan penuh dengan kerenah. Dia sukakan artis seperti Maia Estianty dan Mey Chan dan sering meniru gaya mereka. Dia ialah Anggota Babysitter Raging Against Twerps.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Aksi Hikayat Putera Shazlan". Rock On 2011 (dalam bahasa Inggeris). 2008-01-05. Dicapai pada 2024-03-21.
  2. ^ a b "Dua Drama Kanak-Kanak Di Astro Ceria". Rock On 2011 (dalam bahasa Inggeris). 2008-11-18. Dicapai pada 2024-03-21.
  3. ^ ISA, MOHD HAIKAL (2023-02-15). "Tak kisah orang hanya ingat saya Putera Syazlan - Fimie Don". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-03-21.