Himitsu Sentai Goranger

Himitsu Sentai Goranger (秘密戦隊ゴレンジャー, Himitsu Sentai Gorenjā, Pasukan Rahsia Goranger) adalah siri Tokusatsu adiwira Jepun yang direka oleh Shotaro Ishinomori. Goranger merupakan siri pertama untuk siri panjang Super Sentai di dalam program Tokusatsu. Ianya disiarkan di saluran NET (sekarang dikenali TV Asahi) dari 6 April 1975 hingga 26 Mac 1977. Siri ini mempunyai 84 episod dan merupakan siri Super Sentai dengan episod yang paling banyak. Toei memberikan tajuknya sebagai (Five Stars).

Himitsu Sentai Goranger
Goranger250px.png
Logo untuk Himitsu Sentai Goranger
GenreTokusatsu
PenciptaToei
Shotaro Ishinomori
Ditulis olehShōzō Uehara
Susumu Takahisa
Hikaru Arai
Hirohisa Soda
Kimio Hirayama
Keisuke Fujikawa
PengarahKōichi Takemoto
Minoru Yamada
Katsuhito Taguchi
Hidetoshi Kitamura
Michio Konishi
Dibintangi oleh
Naoya Makoto
Hiroshi Miyauchi
Baku Hatakeyama
Lisa Komaki
Yukio Itō
Jirō Daruma
Pencerita suara latar
Nobuo Tanaka
Tōru Ōhira
Lagu pembukaan"Susume! Gorenger" oleh Isao Sasaki dan Mitsuko Horie
Lagu penutup"Himitsu Sentai Gorenger" oleh Isao Sasaki
"Mi Yo!! Gorenger" oleh Isao Sasaki, Koorogi '73 & Wilbees
PenggubahMichiaki Watanabe
Negara asalJepun
Bilangan episod84
Penerbitan
PenerbitTakafumi Hagino
Tōru Hirayama
Michihisa Yanagisawa
Susumu Yoshikawa
Tempoh siaran30 minit
Penyiaran
Saluran asalTV Asahi
Siaran asalApril 5, 1975 – March 26, 1977
Kronologi
Diikuti olehJ.A.K.Q. Dengekitai

Sebagai Super SentaiSunting

Nama "Super Sentai" sebenarnya berasal dari siri Battle Fever J pada tahun 1979. Goranger dan J.A.K.Q sebenarnya tidak disenaraikan sebagai Super Sentai kerana pada episod 1 Turboranger, Battle Fever J dianggap sebagai Super Sentai pertama. Sehinggalah pada tahun 1995 (Chouriki Sentai Ohranger) Goranger dan J.A.K.Q disenarai sebagai Super Sentai yang terawal.

Jalan CeritaSunting

Apabila dunia diancam oleh sebuah organisasi pengganas yang dikenali sebagai Black Cross Army telah muncul, sebuah organisasi rahsia EAGLE telah ditubuhkan untuk menghalang ancaman itu. Apabila Black Cross Army berasa terancam dengan pertubuhan itu, mereka telah melancarkan serangan mengejut ke atas pertubuhan EAGLE.

Di seluruh Jepun, Black Cross Army telah menghantar lima pegawai tingginya untuk memusnahkan cawangan-cawangan pertubuhan EAGLE, membunuh kesemuanya kecuali lima orang ejen yang terselamat. Ejen-ejen itu telah dipanggil untuk ke kedai snek "Gon" oleh Edogawa Gonpachi, Komander Pertubuhan EAGLE dan membawa ejen-ejen tersebut ke pusat kawalan bawah tanah di kedai snek tersebut. Kelima-lima ejen itu telah terpilih untuk menjadi Pasukan Rahsia Goranger dan mereka merupakan pilihan terakhir yang boleh menyelamatkan bumi menentang Black Cross Army. Mereka telah diberikan sut yang mempunyai kekuatan dan kelajuan luar biasa dan berjanji untuk memusnahkan Black Cros Army selamanya.

Watak ProtagonisSunting

EAGLESunting

Pertubuhan EAGLE International Secret Defense Organization EAGLE (国際秘密防衛機構イーグル, Kokusai Himitsu Bōei Kikō Īguru, Organisasi Pertahanan Rahsia Antarabangsa EAGLE) ialah sebuah pertubuhan yang ditugaskan untuk menentang Black Cross Army