Hymni i Flamurit
Hymni i Flamurit adalah lagu kebangsaan Albania. Liriknya ditulis oleh penyair Albania Aleksander Stavre Drenova. Pada mulanya, ia dicetak sebagai puisi dalam Liri e Shqipërisë (Kebebasan Albania), akhbar Albania di Sofia, Bulgaria. Muzik lagu kebangsaan dikarang penggubah dari Romania Ciprian Porumbescu. Dalam perlembagaan Albania lagu kebangsaan adalah Rreth Flamurit të Përbashkuar (Terjemahan bahasa Inggeris: Persatuan sekeliling Bendera, walaupun sering diterjemah sebagai Bersatu di sekeliling Bendera Kita), yang merupakan rangkap pertama puisi. Kadangkala nama generik Hymni Kombëtar (Lagu kebangsaan) digunakan.
Lirik sunting
Lirik dalam bahasa Albania | Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA) | Terjemahan dalam bahasa Melayu |
---|---|---|
Rreth flamurit të përbashkuar, |
[rɛθ̟ flamuɾit tə pəɾbaʃku.aɾ] |
Bersatu sekeliling bendera, Hanya mereka yang dilahirkan pengkhianat Kami akan kekal berpegangan tangan, Kerana Tuhan telah berkata, |
Hymni i Flamurit juga merupakan puisi oleh Fan S. Noli.