Himpunan Hijau 2.0

Himpunan Hijau 2.0 diadakan pada hari Ahad, 26 Februari 2012 di padang MPK4 di Kuantan, Pahang .Kira-kira 20,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan tersebut untuk membantah loji nadir bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng. Antara penggeraknya ialah anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. Perhimpunan juga diadakan serentak di beberapa lokasi di seluruh negara seperti di Kuala Lumpur, Padang Kota dan Melbourne.

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memindahkan lokasi dari Padang MPK1 ke Padang MPK4. Padang ini dikenali juga sebagai 'Padang Kemunting' berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan di Jalan Kuantan-Gambang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau ialah Wong Tack mengingatkan bahawa , sebarang usaha sabotaj akan bermakna perhimpunan itu bukan setakat berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari tetapi "dari matahari terbit hingga matahari terbenam". AJK ,Clement Chin menyatakan bahawa pihak polis bersetuju untuk menyediakan bantuan, kawalan keselamatan dan lalulintas untuk perhimpunan tersebut, mengikut Akta Perhimpunan Awam yang baru . PDRM diwakili oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff.


Mulanya MPK bertindak memagar padang itu dengan alasan ia sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian sebagai persediaan untuk Sukan Malaysia 2012 (Sukma) yang diadakan pada bulan Jun 2012.

Tujuan perhimpunan sunting

Mereka bimbang projek Lynas Advance Material Plants (LAMP) di Gebeng memberikan kesan lebih teruk daripada Bukit Merah malah mampu menjejaskan persekitaran ke beberapa negara Asia Tenggara.

  1. Lee Chee Hong seorang jurutera kimia lulusan Universiti Manchester dan Pengurus Serantau Intech Ltd mendakwa Singapura dan Thailand mungkin terbabit sama sekiranya berlaku sebarang insiden. Berdasarkan hipotetikal, simulasi komputer dan analisis makmal, dakwaan tiada risiko dan radioaktif di tapak LAMP tidak realistik sama sekali.Kononnya penilaian keselamatan oleh Lynas tidak dibuat secara profesional, menggunakan tahap keselamatan antarabangsa tertinggi.

Keselamatan dan kebajikan 700,000 penduduk Kuantan dalam lingkungan 30km daripada tapak Lamp, kemungkinan berlakunya bencana alam sekitar tidak boleh diketepikan.[1]

Bantahan dari NGO pro Lynas sunting

26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Pahang membuat laporan polis membantah perhimpunan itu dengan alasan ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam.[2]

Syarat sunting

Pihak polis PDRM setuju mengeluarkan permit perhimpunan dengan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Yusoff dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0 setuju dengan syarat itu. Syarat ini dikatakan lebih lembut berbanding sewaktu perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di Kuala Lumpur

  1. Risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan.
  2. Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran.
  3. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam.
  4. Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita “bertape” dengan menggunakan alat- alat yang lazimnya digunakan.
  5. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4, Kemunting, Kuantan.
  6. Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
  7. Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan/diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
  8. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut.
  9. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
  10. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.

Aktiviti semasa perhimpunan sunting

  1. Nyanyian lagu Negaraku pada jam 9 pagi dan diikuti dengan bacaan doa.
  2. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan mendeklamasikan sebuah sajak sebelum sesi 20 minit yang dipanggil 'The Power of Silence'.
  3. Deklarasi yang dikenali sebagai 'Aspirasi Rakyat'.
  4. Sidang akhbar pada jam 1 tengah hari di sebuah hotel berdekatan.[3][4]

Kecederaan sunting

Semua perhimpunan berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

  • Wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew (29 tahun) mendakwa telah dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang. Beliau menerima lapan jahitan akibat dibelasah di tangan . Polis telah menyuraikan kumpulan 50 orang itu, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda UMNO dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA. Kumpulan penyokong Lynas itu mendakwa bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" , melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan".[5]
  • Petugas Kwong Wah - Lee Hong Chun (25 tahun) dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas dab mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di kepalanya.[6]

Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri mendakwa wartawan tersebut bertindak sebagai 'benteng' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng. Malah tidak memegang kamera atau video. Sementara itu, presiden NUJ Chin Sung Chew kesal dengan tindakan membelasah wartawan yang membuat liputan.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Kesan Gebeng mampu sampai ke Thai, S'pura
  2. ^ "Polis benar perhimpunan anti-Lynas di lokasi alternatif". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2012-02-25.
  3. ^ Polis tetapkan 12 syarat untuk Himpunan Hijau
  4. ^ MPK nafi perlawanan akhir ragbi di tapak Himpunan Hijau esok
  5. ^ Umno dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar
  6. ^ Wartawan di Himpunan Hijau kena 8 jahitan
  7. ^ NUJ bidas serangan, mahu polis bertindak