Buka menu utama

Hindustan Aeronautics Limited

Hindustan Aeronautics Limited (HAL), yang berpangkalan di Bangalore, India, adalah salah satu syarikat terbesar di Asia. Di bawah pengurusan Kementerian Pertahanan India, ia merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang aktif terlibat dalam industri aeroangkasa, yang mana termasuk pembuatan dan pemasangan pesawat, peralatan komunikasi serta pengendali lapangan terbang.

Hindustan Aeronautics Limited (HAL)
Awam (PSE)
IndustriAeroangkasa dan pertahanan
Ditubuhkan1940 (syarikat mendapat nama sekarang pada 1964), Bangalore
Ibu pejabatIndia Bangalore, Karnataka, India
Perancang utama
Ashok. K.Baweja (Pengerusi)
Fakruddin Mohammad (Pengarah-Perancangan dan Pemasaran Korporat)
D.Shivmurti (Pengarah-Kewangan)
KeluaranPeralatan aeroangkasa
Pesawat tentera
Peralatan navigasi dan komunikasi
Sistem angkasa
HasilAS$2.35 bilion (Tahun kewangan 2007)
Bilangan pekerja
30,000
Laman sesawangwww.hal-india.com

HAL telah membina pesawat tentera pertama di Asia Selatan dan pada masa sekarang terlibat dalam rekabentuk, pembuatan dan pemasangan pesawat, enjin jet, helikopter bersama-sama komponen dan alat gantinya. Ia memiliki beberapa kemudahan di seluruh India termasuk Nasik, Korwa, Kanpur, Koraput, Lucknow dan Hyderabad. Jurutera Jerman yang bernama Kurt Tank telah mereka pesawat pejuang-pengebom pertama yang dibina di India iaitu HF-24 Marut.

Hindustan Aeronautics memiliki sejarah kerjasama yang panjang dengan beberapa agensi tempatan dan antarabangsa lain seperti Airbus Industries, Boeing, Sukhoi Aviation Corporation, Israel Aircraft Industries, Mikoyan-Gurevich (kini Mikoyan), BAE Systems, Rolls-Royce plc, Dassault Aviation, Dornier Flugzeugwerke, Aeronautical Development Agency dan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting


Pautan luarSunting