Hingga Hujung Nyawa
Hingga Hujung Nyawa ialah sebuah filem drama Malaysia 2004 arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen. Dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU, filem ini ialah filem pertama yang menggunakan kesan khas solekan bagi menukarkan wajah pelakon (Erra Fazira) menjadi watak seorang tua berusia 78 tahun. Kos untuk kesan khas solekan menggunakan bahan silikon ialah sebanyak RM350,000. Filem ini ditayangkan pada 22 Julai 2004.
Hingga Hujung Nyawa | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen |
Penulis | Abdul Shukor Mohaideen |
Lakon layar | Azhari Zain |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Azhari Zain |
Muzik oleh | Edry KRU |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.8 juta |
Pecah panggung | RM 4 juta |
Sinopsis sunting
Nora, gadis yang berasal dari keluarga miskin diterima belajar di sebuah kolej. Di sana dia bertemu dengan Kamil, seorang pemuda anak orang kaya. Kerana malu dirinya miskin, Nora berlagak seperti anak orang kaya, untuk menunjuk-nunjuk dia juga ada banyak wang tetapi kerap diminta daripada ibunya. Nora terpengaruh dengan kemewahan dan enggan mengaku asal-usulnya sebagai anak orang miskin gara-gara takut kehilangan Kamil yang kaya raya. Nora dan Kamil ahirnya berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Aniq. Pada suatu hari, Kamil mendapat tahu rahsia mengenai keluarga Nora yang sebenarnya miskin. Kamil menghalau dan memisahkannya Nora dari anak mereka Aniq, kerana terkilan dengan sikap Nora yang tidak mengaku ibu-bapanya hanya kerana mereka miskin. Akibatnya Nora mengalami tekanan mental. Walaupun begitu, Nora tabah mengharungi hidup. 50 tahun kemudian, Nora masih hidup dalam penyesalan. Anak Nora dan Kamil kini bergelar Dr. Aniq. Bagaimanakah Nora menjelaskan semua perbuatannya yang lalu apabila dia bertemu anaknya Aniq yang telah terpisah sejak sekian lama, dan dapatkah Aniq menerima kenyataan itu.
Pelakon sunting
- Erra Fazira sebagai Nora
- Yusry KRU sebagai Kamil / Dr. Aniq
- Abu Bakar Omar sebagai Halim
- Khatijah Tan sebagai Maznah
- Vanida Imran sebagai Aliana
- Ismail Din sebagai Tok Penghulu
- Zahida Rafik sebagai Yati
- Serina Redzuawan sebagai Jururawat
- Farid Kamil sebagai Shawn
- Nasir Ali sebagai Ceti
- Tasya sebagai Batrisya
- Mak Jah
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2005 | Festival Filem Malaysia ke-18 | Pelakon Wanita Terbaik | Erra Fazira | Menang |
Pengarah Terbaik | Prof. Madya A. Razak Mohaideen | Tercalon | ||
Lakon Layar Terbaik | Prof. Madya A. Razak Mohaideen | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Abu Bakar Omar | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Khatijah Tan | Tercalon |