Hipnosis ialah suatu keadaan kesedaran manusia yang melibatkan perhatian yang tertumpu dan pengurangan kesedaran periferal serta peningkatankebolehan untuk bertindak balas kepada suatu cadangan. Istilah mungkin juga merujuk kepada seni, kemahiran, atau tindakan mendorong keadaan sebegini.[1]

Individu yang berada dalam hipnosis dikatakan telah memuncak daya tumpuan dan konsentrasinya, yakni boleh menumpukan perhatian dengan kuatnya kepada suatu fikiran atau ingatan tertentu sambil menepis semua sumber gangguan yang lain.[2] Subjek yang mengalami keadaan ini dikatakan telah menunjukkan tindak balas yang meningkat terhadap cadangan.[3] Hipnosis biasanya disebabkan oleh suatu prosedur cetusan (hypnosis induction) yang melibatkan satu siri arahan dan cadangan awal. Hipnosis dibahagikan berdasarkan penggunaannya, sama ada untuk tujuan terapeutik - disebut sebagai hipnoterapi - mahupun untuk tujuan hiburan penonton (stage hypnosis).

Rujukan

sunting
  1. ^ Lynn, Steven Jay; Green, Joseph P.; Kirsch, Irving; Capafons, Antonio; Lilianfeld, Scott O.; Laurence, Jean-Roch; Montgomery, Guy (October 2015). "Grounding hypnosis in science: The 'new' APA Division 30 definition of hypnosis as a step backward". American Journal of Clinical Hypnosis. 57 (4): 390–401. doi:10.1080/00029157.2015.1011472. PMID 25928778.
  2. ^ Segi, S. (2012). "Hypnosis for pain management, anxiety and behavioral disorders". Factiva. Dicapai pada 7 Disember 2012.[pautan mati]
  3. ^ Lyda, Alex. "Hypnosis Gaining Ground in Medicine". Columbia News. Dicapai pada 1 Oktober 2011. Unknown parameter |webiste= ignored (bantuan)