Buka menu utama

Hipoglisemia (bahasa Inggeris: hypoglycemia, daripada istilah bahasa Yunani ὑπογλυκαιμία, hypo- "bawah", glykys "gula", haima "darah") berlaku apabila kandungan gula darah menurun ke tahap bawah normal.[1] Keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai simptom yang muncul dengan segera termasuk kecemerkapan, masalah percakapan, kekeliruan, pitam, sawan atau maut.[1] Rasa lapar, berpeluh, menggigil serta lemah badan juga boleh timbul daripada keadaan ini.[1]

Hipoglisemia
Glucose test.JPG
Meter glukosa
PakarEndokrinologi
GejalaKecemerkapan, masalah percakapan, kekeliruan, pitam, sawan[1]
Permulaan biasaSegera[1]
PuncaUbatan anti-diabetik (insulin dan sulfonilurea), sepsis, kegagalan buah pinggang, ketumbuhan tertentu, penyakit hati[2][3][1]
Kaedah diagnosisTahap gula darah tinggi < 3.9 mmol/L (70 mg/dL)[1]
RawatanPemakanan gula mudah, dekstrosa, glukagon yang tinggi[1]

SebabSunting

Satu sebab utama penyakit ini adalah pengambilan ubatan merawat diabetes mellitus seperti insulin dan sulfonilurea.[2][3] Penghidap kencing manis yang makan kurang daripada pengambilan seharian, bersenam lebih daripada yang biasa diamalkan, ataupun telah meminun alkohol lebih berisiko tinggi mengalami hipoglisemia.[1] Antara sebab-sebab lain hipoglisemia termasuk kegagalan buah pinggang, ketumbuhan tertentu seperti insulinoma, penyakit hati, hipotiroidisma, kebuluran, inborn error of metabolism, jangkitan parah, hipoglisemia reaktif dan beberapa jenis dadah termasuk alkohol.[1][3] Tahap gula darah yang rendah juga dapat dikesan pada bayi sihat yang tidak makan selepas beberapa jam.[4]

DiagnosisSunting

Tahap glukosa yang dikira dalam hipoglisemia berubah-ubah bergantung kepada lingkungan usia.[1] Mereka yang mempunyai tahap diabetes di bawah 3.9 mmol/L (70mg/dL) berdiagnosis.[1] Dalam kalangan orang dewasa yang sihat dan tidak menghidap kencing manis; simptom yang berkaitan dengan tahap gula darah yang rendah, tahap gula yang rendah sewaktu kemunculan simptom ini serta peningkatan selepas gula darah diseimbangkan semula mengesahkan diagnosis tersebut.[5] Tahap bawah 2.8 mmol/L (50 mg/dL) selepas makan atau menjalani aktiviti senaman boleh digunakan sebagai takat jika sebaliknya.[1] Tahap yang dinilai bagi bayi baru lahir pula adalah di bawah 2.2 mmol/L (40 mg/dL) atau kurang daripada 3.3 mmol/L (60 mg/dL) bersertakan dengan simptom-simptom yang sah.[4] Ujian lain yang juga berguna untuk menentukan sebab penyakit ini termasuk tahap kandungan insulin dan peptida C dalam darah.[3] Hiperglisemia adalah keadaan yang berlawanan bagi penyakit ini.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m "Hypoglycemia". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. October 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2015. Dicapai 28 June 2015. 
  2. ^ a b Yanai, H; Adachi, H; Katsuyama, H; Moriyama, S; Hamasaki, H; Sako, A (15 Februari 2015). "Causative anti-diabetic drugs and the underlying clinical factors for hypoglycemia in patients with diabetes". World journal of diabetes. 6 (1): 30–6. doi:10.4239/wjd.v6.i1.30. PMC 4317315 . PMID 25685276. 
  3. ^ a b c d Schrier, Robert W. (2007). The internal medicine casebook real patients, real answers (edisi 3rd). Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 119. ISBN 9780781765299. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2015. 
  4. ^ a b Perkin, Ronald M. (2008). Pediatric hospital medicine : textbook of inpatient management (edisi 2nd). Philadelphia: Wolters Kluwer Health/Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 105. ISBN 9780781770323. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2015. 
  5. ^ Cryer PE, Axelrod L, Grossman AB, Heller SR, Montori VM, Seaquist ER, Service FJ (Mac 2009). "Evaluation and management of adult hypoglycemic disorders: an Endocrine Society Clinical Practice Guideline". J. Clin. Endocrinol. Metab. 94 (3): 709–28. doi:10.1210/jc.2008-1410. PMID 19088155.