Hirah (Arab: الحيرة) merupakan sebuah bandar purba yang terletak di bahagian barat Sungai Furat di Iraq. Ia merupakan bandar yang penting dalam sejarah Arab sebelum Islam.

Manuskrip Parsi dari kurun ke-15 menggambarkan pembinaan istana kota Al-Khornaq di Hirah, ibu negeri Lakhmid

Kerana tempatnya yang berdekatan dengan Sungai Furat, sebuah kerajaan campuran ditubuhkan iaitu kerajaan Lakhmid yang merupakan wakil bagi Empayar Parsi Sasan.