Hironobu Sakaguchi

Hironobu Sakaguchi (Jepun: 坂口 博信, Hepburn: Sakaguchi Hironobu) (lahir pada 25 November, 1962) ialah seorang pereka permainan, pengarah permainan dan penerbit permainan video. Beliau terkenal sebagai pencipta siri Final Fantasy, dan mempunyai kerjaya yang lama di dalam industri permainan video; sejumlah 80 juta unit permainan video telah dijual di seluruh dunia.

Biografi sunting

Sakaguchi dilahirkan di Hitachi, Ibaraki, Jepun. Dia merupakan seorang graduan pelajar Mito Senior High School. Dia melanjutkan pelajaran di dalam bidang elektrik sambil menghadiri Universiti Yokohama Negara dalam bidang kejuruteraan, namun dia berhenti bersama-sama Hiromichi Tanaka pada pertengahan kursus pada tahun 1983.

Dalam peninggalannya, Sakaguchi telah membantu menubuhkan Square (kini dikenali sebagai Square Enix) bersama-sama Masafumi Miyamoto pada bulan September, 1993, yang merupakan cawangan baharu hasil penubuhan Syarikat Elektrik Denyūsha pada waktu itu. [perlu rujukan]. Kemudian, dia menjadi Pengarah Perancangan Dan Pembangunan di dalam syarikat tersebut, namun malangnya, judul permainan video mereka yang pertama kurang mendapat sambutan. Sakaguchi kemudian bertekad untuk mencipta sebuah lagi judul, iaitu judul permainan videonya yang terakhir menggunakan wang syarikat Square yang masih disimpannya, lalu memberinya nama Final Fantasy (Fantasi Terakhir). Permainan video ini dikeluarkan di Jepun untuk Famicom (juga dikenali dengan gelaran antarabangsa sebagai Nintendo Entertainment System pada 18 Disember, 1987. Final Fantasy, iaitu judul permainan video ciptaan syarikatnya, telah menjadi suatu kejayaan yang besar, dan telah menjadi sebuah kejutan terhadap Sakaguchi sendiri. Kejayaan ini telah membatalkan niatnya untuk keluar daripada bidang tersebut sama sekali.

Final Fantasy telah membesar menjadi sebuah francais yang berjaya di bawah pengawasan Sakaguchi, yang telah mengembangkan sirinya yang solo itu kepada sebuah siri-siri yang lain. Pada tahun 1991, selepas keluaran Final Fantasy IV untuk Super Famicom (Super Nintendo Entertainment System), dia telah diberi penghargaan dengan kedudukannya sebagai Eksekutif Naib Presiden[perlu rujukan]. Sakaguchi telah kurang terlibat di dalam penciptaan siri ini selepas keluaran Final Fantasy VI, yang dikeluarkan pada 2 April, 1994 (pada waktu itu dia merupakan pereka konsep judul tersebut, sebelum itu dia merupakan pengarah kepada setiap satu Final Fantasy sehingga Final Fantasy V) untuk Super Famicom dan setahun kemudian, iaitu pada tahun 1995, dia menjadi Presiden di Square USA, Inc[perlu rujukan]. Selepas ini, Sakaguchi telah menyumbang sebagai pengarah eksekutif siri tersebut, termasuklah kebanyakan judul=judul permainan video Square yang lain, antaranya seperti Vagrant Story, Parasite Eve dan Kingdom Hearts.

Hironobu Sakaguchi merupakan orang ketiga yang dilantik ke dalam Akademi Dewan Kemasyhuran Kesenian Dan Sains-sains Interaktif pada 5 April, 2000. Status ini diberikan kepadanya di atas jumlah permainan video yang telah berjaya dijual dan dicipta olehnya.

Pautan luar sunting