Hishamuddin Abdul Karim
Yang Berhormat Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
YB Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Tepuh | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Muhammad Ramli Nuh |
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS | |
Memegang jawatan 15 Disember 2020 | |
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) | |
Dalam jawatan 8 Ogos 2018 – 1 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Wan Nawawi Wan Ismail |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hishamuddin bin Abdul Karim |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Syamilah Sulaiman |
Pekerjaan | Ahli politik |
Pada tahun 2020, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) [1].
Setelah dua tahun memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Hishamuddin mengambil keputusan meletak jawatan untuk menumpukan kerjanya sebagai wakil rakyat yang lebih utama[2][3].
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020.
- ^ Husaif Mamat (28 Disember 2020). "Hishamuddin Dedah Punca Letak Jawatan Dalam PBSNT". TRDI. Dicapai pada 29 Disember 2020.
- ^ Malik Muhamad (28 Disember 2020). "Hishamuddin letak jawatan Timbalan Presiden PBSNT". HMetro. Dicapai pada 29 Disember 2020.