Hitam Putih Kehidupan (album)

(Dilencongkan dari Hitam Putih Kehidupan)


Hitam Putih Kehidupan merupakan album kompilasi oleh penyanyi yang terkenal iaitu Sheila Majid, Sharifah Aini, Sudirman Haji Arshad, Azlina Aziz, Jay Jay dan ramai lagi. Album kompilasi ini merupakan terbitan EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. bersama Jawatankuasa Album Anti Dadah (ANDA) yang dikeluarkan pada tahun 1987. Album ini juga sebagai usaha untuk memerangi gejala dadah pada masa itu. Di samping itu, album ini turut mendapat sokongan daripada perdana menteri ketika itu, Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah Mohamad Ali.

Hitam Putih Kehidupan
Fail:Hitam Putih Kehidupan.jpg
Album himpunan oleh
pelbagai
Dilancarkan pada1987
Dirakamkan pada1987
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
Genrepop balad 80s
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatEMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Pemadam
PenerbitFauzi Marzuki & Adnan Abu Hassan
Kronologi pelbagai
Hitam Putih Kehidupan Edit the value on Wikidata mereka yang rebah NSR
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kontroversi sunting

Walaupun pembikinan album ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, telah tercetus sedikit kontroversi apabila kulit asal album ini telah dikatakan ditiru daripada kulit album sebuah kumpulan dari Barat dengan memaparkan tangan yang sedang memegang jeriji kandang penjara. Kemudiannya, gambar tersebut telah dipadamkan dan hanya berlatar belakangkan gambar hitam putih.[1]

Senarai Runut sunting

Muka Satu
No.TajukArtisMasa
1."Mereka Yang Rebah"Nyanyian ramai
2."Hitam Putih Kehidupan"Sheila Majid
3."Kekesalan"Jay Jay
4."Istana Pasir"Sharifah Aini
5."Kembalilah"Kumpulan Pelangi
Muka Dua
No.TajukArtisMasa
1."Hubungan Dua Hala"M. Shariff
2."Dulu, Kini Dan Selamanya"Azlina Aziz
3."Abang Jangan Cuba"Sudirman
4."Bunga Harapan"Nyanyian ramai
5."Mereka Yang Rebah"Nyanyian ramai


Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2012-07-09.