Hitz (stesen radio)

(Dilencongkan dari Hitz.fm)

Hitz (juga dikenali sebagai Hitz FM)[4] ialah sebuah stesen radio Malaysia dalam bahasa Inggeris tempatan yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc. Memainkan muzik hit antarabangsa terkini dan terbaik untuk pendengar berumur 10 tahun hingga 40 tahun, Hitz merupakan saluran berbahasa Inggeris yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar.[5]

Hitz
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia dan Singapura
SloganToday's Hit Music
(2001 - 2018)
Malaysia's #1 Hit Music Station
(1996 - kini)
All The Hitz, All The Time
(2018 - Julai 2021)
Tarikh siaran pertama
  • 1 Jun 1996; 27 tahun yang lalu (1996-06-01)
    (Saluran Astro 852)
  • 1 Januari 1997; 26 tahun yang lalu (1997-01-01)
    (HITZ Semenanjung)
  • 25 Oktober 2010; 13 tahun yang lalu (2010-10-25)
    (HITZ Sarawak)
  • 1 Disember 2010; 12 tahun yang lalu (2010-12-01)
    (HITZ Sabah)
Tarikh siaran terakhir
  • 1 Oktober 2023; 58 hari yang lalu (2023-10-01)
    (HITZ Sabah & HITZ Sarawak)[1]
BahasaBahasa Inggeris
Pengenal terdahulu
  • Hitz FM Semenanjung
    (1 Januari 1997 - 31 Disember 2017)
  • Hitz FM Sarawak
    (25 Oktober 2010 - 31 Disember 2017)
  • Hitz FM Sabah
    (1 Disember 2010 - 31 Disember 2017)
  • HITZ Sarawak
    (1 Januari 2018 - 30 September 2023)[2]
  • HITZ Sabah
    (1 Januari 2018 - 30 September 2023)[3]
PemilikAstro Radio
(Measat Radio Communications Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/hitz
Tapak webhitz.syok.my

Sejak Januari 1997, saluran ini dikenali sebagai HITZ FM. Kemudian pada Januari 2001, tanda noktah diletakkan & menjadikan hitz.fm, bukan saja merujuk kepada nama radio malah juga laman webnya www.hitz.fm (kini hitz.com.my). Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya, manakala akhiran FM digugurkan pada 1 Januari 2018 sepertimana stesen Astro Radio yang lain untuk menumpu kepada platform digital.[6]

Sejarah sunting

 
Logo Hitz FM (1 April 2001–31 Disember 2017)

Latar belakang sunting

HITZ, bersama-sama stesen kembar MIX dan LITE, merupakan antara stesen radio bahasa Inggeris yang pertama kali dimiliki swasta untuk disiarkan di Malaysia, setelah melancarkan gelombang udara pada Januari 1997 dan menjadi salah satu saluran audio Astro sejak pelancaran rangkaian satelit pada Oktober 1996. Negara ini hanya mempunyai satu stesen radio bahasa Inggeris sebelum ini, iaitu Radio Malaysia Saluran 4 (kini TraXX FM) milik kerajaan dari RTM.

Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis indie.

Pada April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai Hitz FM (dengan tanda titik) sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan penstriman yang serentak dengan siaran radio dan dijenamakan sekali lagi ke "hitz fm" pada tahun 2014 tanpa tanda titik.

Pada Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm (sebelum dijenamakan semula sebagai Astro hitz). Walau bagaimanapun, saluran ini telah ditamatkan siarannya pada 16 Mei 2016.

Pada tahun 2005, Anugerah hitz fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya bahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.

Pada tahun 2010, Hitz FM pernah melancarkan dua saluran radio khusus bagi pendengar Malaysia Timur iaitu Hitz FM Sabah dan Hitz FM Sarawak. Kedua-dua saluran tersebut bertahan sehingga tahun 2023.

Pada tahun 2013, Hitz FM memperluaskan siarannya ke Sandakan iaitu pada FM 99.8 MHz.

Pasukan jalanan bagi hitz fm ialah hitz fm Cruisers (Cruisers secara ringkas). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz fm.

Isu dan kontroversi sunting

Pada September 2017, sebuah isu berlaku apabila pihak Hitz memaparkan sebuah video yang dikatakan berunsur transfobia di laman Facebook rasmi; video tersebut memaparkan dua orang penyampai, Ryan De Alwis dan Arnold Loh berjalan melepasi seorang "wanita", tetapi muntah apabila mendapat tahu bahawa orang tersebut ialah seorang transgender. Video itu mendapat kecaman daripada sesetengah pihak seperti golongan pendokong transgender, dan pihak Hitz memohon maaf atas video tersebut lalu memadamkan video itu.[7]

Pada Februari 2021, Yusuf Shukri (DJ Yusuf), penyampai Hitz FM bagi kawasan Sarawak mendapat kecaman sejagat apabila memuat naik sebuah video di laman Tik Tok peribadinya yang memperlekehkan intonasi bahasa Inggeris seorang guru Sains, Rafidah Rahmat dalam saluran DidikTV KPM yang baru dilancarkan.[8][9] Susulan itu, DJ Yusuf digantung kerja oleh pihak Hitz, dan pihak pengurusan Astro serta Yusuf sendiri memohon maaf atas tindakan luar batas itu.[8]

Kembali semula kepada HITZ (2023-kini)[10] sunting

HITZ Sabah ditutup oleh Astro Radio bersama HITZ Sarawak pada 1 Oktober 2023 dan kembali semula kepada HITZ Semenanjung telah rasmi bersiaran sepenuhnya dari Astro Radio, Bukit Jalil, Kuala Lumpur memulakan penyiaran dan dipancarkan ke seluruh negara susulan penutupan ibu pejabat Astro Radio di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa pada 30 September 2023 disebabkan keputusan menghentikan operasi pejabat Astro Radio di Kota Kinabalu dan Kuching itu dicapai pada Ogos lalu. Di sebalik langkah ini, siaran radio untuk ERA Sabah dan ERA Sarawak akan diteruskan bersiaran sehingga 31 Disember 2023 sebelum siarannya akan dikembalikan semula kepada ERA Semenanjung pada 1 Januari 2024.[11]

Pada hari yang sama, frekuensi HITZ bagi kawasan di Sabah dan Sarawak iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Miri dan Sibu telah digantikan oleh HITZ Semenanjung telah rasmi dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula Astro Radio.

HITZ menjadi stesen radio 24 jam pada lima frekuensi FM di Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Miri dan Sibu buat kali pertama pada 1 Oktober 2023, mengalih keluar keseluruhan siaran HITZ Sabah dan HITZ Sarawak yang tidak bersiaran 24 jam. Sebelum ini, siaran HITZ pada waktu tersebut hanya tersedia melalui dalam talian menerusi aplikasi SYOK dan Saluran Astro 852.

Pergantian nombor sunting

Pada 1 Jun 1996, HITZ dapat boleh didengar melalui Astro di saluran 301.

Pada 1 November 1999, HITZ telah dinomborkan semula dari saluran 301 ke saluran 104.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, HITZ akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 852.

Penyampai sunting

Penyampai Harian sunting

  • Arnold Loh
  • Ean Nasrun
  • Calista Leah Liew
  • Zher Peen
  • Ili Ruzanna Iqbal
  • Keanu Azman

Penyampai Hujung Minggu sunting

  • Jannah
  • Sangeeta
  • Simon Lee And Alvin

Bekas penyampai sunting

Berikut adalah senarai bekas penyampai Hitz dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.

  • Ryan Matjeraie (2013-2016, berpindah ke Fly FM)
  • Juanita Ramayah (2013-2018, berpindah ke Fly FM)
  • Adam Izzy (2014-2017)
  • Sher Mohamed (2013-2016)
  • Ean Nasrun (2008-2016) - *(2018, Kembali lagi sebagai penyampai radio pada Oktober 2018)
  • Jin Lim (2007-2015)
  • Natalie Kniese (berpindah ke Fly FM)
  • Hunny Madu (2007–2008)
  • Jayaram Gopinath Nagaraj (2003–2008)
  • Rudy Sufian (2003–2008)
  • Azura Zainal (2006–2007)
  • Marion Caunter (2006—2007)
  • Brian Vinesh (2005—2007)
  • Jason Lo (2003–2007)
  • Pietro Ambrose Felix (2005—2006)
  • Serena Choong (2000—2006)
  • Phat Fabes (1999–2006) (berpindah ke Lite)
  • Johan Farid Khairuddin (2001—2004)
  • Li'l Kev (1997–2003)
  • FlyGuy (1997–2003)
  • Anushia Kanagasabai (1997–2002)
  • John Boy (1997–1999, 2001)
  • Mesh Nair (1997–2004)
  • Ross Yusof (1997–2004)
  • Farouk Khan (1997)
  • Adam Carruthers
  • Jay (2016-2018)
  • Ryan Augustine De Alwis (RD) (berpindah ke Mix)
  • Khalif Sultan (2016-2019)

Segmen sunting

Isnin - Jumaat sunting

Segmen Penyampai Masa
Back to Back Hitz 00:00 - 06:00
Hitz Morning Crew Arnold, Ean, Raj & Anne 06:00 - 10:00
Hitz Days Calista Leah Liew 10:00 - 15:00
Hitz Drive Zher 15:00 - 20:00
Hitz Tonight Ili & Keanu 20:00 - 00:00

Sabtu sunting

Segmen Masa Penyampai
Hitz Weekend 6am - 7am -
Best of Gotchas 7am - 8am Ean & Arnold
Best of Morning Crew 8am - 9am
Hitz 30 Chart 9am - 11am Ean & Arnold
Hitz Weekend 11am - 4pm Calista Leah Liew
Hitz Weekend 4pm - 9pm Melissa
Club Hitz 9pm - 4am Jakeman & Skeletor
Hardwell On Air 12am - 1am Hardwell
Bak2bak Hitz 4am - 6am -

Ahad sunting

Segmen Masa Penyampai
Club Hitz 12am-3am -
Back To Back Hitz 3am-6am -
Hitz Weekend Breakfast 6am-9am Ean & Arnold
Hitz Stripped 9am-11am -
Hitz RIM Chart Show (Repeat) 11am-1pm Zher
Hitz Tiktok 1pm-2pm Calista
Hitz Your Playlist 2pm-3pm Calista
Hitz Gayo 3pm-4pm Calista
Hitz Playlist Of My Life 4pm-5pm -
Hitz Weekend 5pm-8pm -
Hitz Flow 8pm-9pm -
Hitz Stage 9pm-11pm Keanu
Club Hitz 11pm-3am -

Frekuensi sunting

Radio sunting

HITZ Semenanjung (1997-kini) sunting

Frekuensi Kawasan Pemancar
92.9 MHz Shah Alam, Selangor Gunung Ulu Kali
92.8 MHz Alor Setar Kedah dan Perlis Gunung Jerai
Pulau Pinang
Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau
92.4 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya
93.6 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
92.7 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
95.0 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
93.0 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
97.6 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
93.2 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
94.8 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung
95.3 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
105.1 MHz Sibu, Sarawak Bukit Lima
105.8 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir
100.8 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
99.8 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig

Televisyen sunting

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 852

Radio internet sunting

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Bekas Frekuensi HITZ Sabah & HITZ Sarawak (2010-2023)[12] sunting

HITZ Sabah & HITZ Sarawak (2010-2023) sunting

Frekuensi radio HITZ Sabah dan HITZ Sarawak sekarang telah digunakan oleh HITZ Semenanjung sejak 1 Oktober 2023.[13]

Frekuensi Kawasan Pemancar
100.8 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
99.8 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig
95.3 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
105.1 MHz Sibu, Sarawak Bukit Lima
105.8 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir

Rujukan sunting

  1. ^ Astro Radio tutup operasi pejabat di Sabah
  2. ^ Hitz FM, MY FM henti operasi berpangkalan di Sabah
  3. ^ Hitz FM, MY FM henti operasi berpangkalan di Sabah
  4. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
  5. ^ "71% of Malaysians Listen to Astro Radio". Astro. 19 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 5 Mac 2016.
  6. ^ "With multiplatform the new reality, Astro Radio drops 'FM', refreshes 11 brands". Digital News Asia. Dicapai pada 13 January 2018.
  7. ^ Brown, Victoria (21 September 2017). "Hitz FM apologises for 'transphobic' video" [Hitz FM memohon maaf atas video berunsur 'transfobia']. The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Februari 2021.
  8. ^ a b Mahmud, Farihad Shalla (19 Februari 2021). "Sindir guru, deejay Hitz FM Sarawak bakal digantung tugas". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  9. ^ Musa, Nur Huda (19 Februari 2021). ""Saya bangga jadi cikgu" – Cikgu Rafidah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2021. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  10. ^ Keuntungan Astro susut, langganan merosot kini Astro Radio Sabah ditutup
  11. ^ Astro Radio Ceases Operation In Sabah & Sarawak, All Staff Given Voluntary Separation Scheme (VSS)
  12. ^ Astro Radio tutup operasi pejabat di Sabah
  13. ^ Astro Radio Ceases Operation In Sabah & Sarawak, All Staff Given Voluntary Separation Scheme (VSS)

Pautan luar sunting