Jamaluddin bin Shahadan

(Dilencongkan dari Hj Jamaluddin bin Shahadan)

Allahyaraham Hj Jamaluddin Bin Shahdan dilahirkan pada 29hb Julai 1941 di Muar, Johor. Beliau mula belajar silat ketika berumur 11 tahun daripada datuknya, Dol Ghani. Silat yang dipelajarinya ialah aliran Kuntau Telok Mas Melaka. Beliau telah belajar dengan datuknya selama 3 tahun. Setelah itu, beliau berlatih pula selama setahun dengan Abd Rahman bin Hj Hamzah, adik kepada Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah, rakan sekelasnya di High School Muar yang kini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Muar. Setelah itu, barulah beliau berguru dengan Hj Abdul Hamid Hj Hamzah.

Ketika berumur 18 tahun, Hj Jamaluddin telah ditawarkan untuk melanjutkan pendidikannya di Malayan Teachers College Wolverhampton, England. Sekembalinya ke tanah air, beliau telah ditugaskan untuk menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Alor Gajah Melaka selama 2 tahun sebelum ditukarkan ke Sekolah Menengah Tanah Merah, Kelantan pada tahun 1965. Pada tahun 1966, beliau telah ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari di Bentong, Pahang lalu menetap di situ.

Semasa di Pahang, Hj Jamaluddin mula aktif mengajar Silat Sendeng dan mengajar kepada Kumpulan Pertama Unit Risik Rejimen Gerak Khas Komando di Bentong. Kemudiannya, beliau telah mengembangkan Silat Sendeng hingga ke Pulau Tioman, Genting Highlands, Jengka, Raub, Kuala Lipis dan Kuantan, Pahang.

Pada tahun 1991, Hj Jamaluddin telah dipilih untuk memegang jawatan Presiden bagi Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia sebuah persatuan yang ditubuhkan bagi menyatukan guru dan murid aliran Silat Sendeng yang diasaskan oleh Hj Abd Hamid yang kini dikenali sebagai Silat Sendeng Malaysia.

Selepas beliau pencen menjadi guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong pada tahun 1996. Selepas itu beliau tetap terus aktif dan memberi perhatian penuh untuk mengajar Silat Sendeng termasuk membuat dan meniaga senjata pedang.

Pada bulan Ogos 2007, beliau telah di temu oleh bintang seni mempertahankan diri dari Hollywood, Jason Scott Lee iaitu anak saudara kepada mendiang Bruce Lee dan juga sepupu mendiang Brandon Lee di Janda Baik Bentong Pahang. Hj Jamaluddin begitu teruja dan sangat menghargai pertemuannya dengan Scott Lee itu lalu beliau begitu bersungguh sekali menunjuk ajar Silat Sendeng, memperkenalkan senjata kerambit dan tekpi serta cara bermain dua alat senjata tersebut kepada Jason Lee. Video ringkas pertemuan antara mereka boleh di tonton di laman internet youtube 'Jason Scott Lee Learn Silat Sendeng part 1 & 2'.

Pada usia 73 tahun Hj Jamaluddin kembali ke rahmatullah pada Julai 2016 akibat lumpuh dan penyakit kronik yang lain.

Rujukan sunting