Ho Yip Kap adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau menang di kawasan DUN Tanah Rata, Pahang dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Beliau bertanding atas tiket Bebas. Beliau mengalahkan calon BN dan DAP dengan majoriti 575 undi. Beliau merupakan anak jati Cameron Highlands serta pernah berkhidmat sebagai Guru Besar di SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata. Beliau merupakan ahli seumur hidup MCA sebelum dipecat selepas bertanding atas tiket Bebas.

Menyertai Parti Gerakan sunting

Pada 3 Januari 2010, Pengerusi Jawatankuasa Badan Perhubungan Gerakan Pahang, Datuk Dr Ng Keong Chye mengesahkan Ho Yip Kap menyertai Gerakan. BN kini menguasai 38 daripada 42 kerusi di DUN Pahang. PAS dan DAP masing-masing dengan dua kerusi di Pahang.[1]

Rujukan sunting