Ho Yuhang (lahir 11 April 1971) ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip Malaysia.[1]

Ho Yuhang
Kelahiran (1971-04-11) 11 April 1971 (umur 53)
Pusat pendidikanUniversiti Negeri Iowa
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit, ahli sinematografi
Tahun aktif1991–kini

Dilahirkan dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor, Yuhang mengambil jurusan kejuruteraan di Universiti Negeri Iowa di Amerika Syarikat, tetapi memilih kerjaya dalam penerbitan TV sebaik sahaja pulang ke Malaysia. Beliau dilatih sebagai jurutera tetapi menceburkan diri dalam pembikinan filem kerana minat dengan filem vintaj. Yuhang memulakan kerjaya dengan menerbitkan iklan pada pertengahan tahun 1990-an. Pada tahun 2000, beliau mengarahkan dokumentari Semangat Insan: Masters of Tradition yang menonjolkan keperluan untuk memelihara bentuk kesenian tradisional Malaysia. Beliau kemudian menduduki kerusi pengarah menerusi filem Min pada 2003.[2][3]

Beliau menerima pengiktirafan antarabangsa untuk filem Rain Dogs. Yuhang memenangi Anugerah Bakat Baru di Festival Filem Asia Hong Kong 2006 dan juga mengetuai pengarah terbaik di Festival Tiga Benua (acara tahunan yang diadakan di Nantes, Perancis, untuk meraikan panggung wayang Asia, Afrika dan Amerika Latin) pada tahun 2006. Pada tahun 2010, Ho mengambil bahagian dalam inisiatif IFFR Cinema Reloaded menerusi Untitled Project.

Pada tahun 2020, Yuhang mengarahkan sebuah filem pendek bertajuk Kita yang dirakamkan menggunakan telefon pintar Vivo X50 Pro mengikut perspektif beliau.[4][5]

Filemografi sunting

Pengarah sunting

  • 1999: Camera Degree Zero - filem pendek
  • 2000: Semangat Insan: Masters of Tradition - video
  • 2001: Good Friday at the Zoo - dokumentari pendek
  • 2002: Not Far from Here - filem pendek
  • 2003: Min
  • 2004: Visits: Hungry Ghost Anthology (segmen "Anybody Home?")
  • 2004: Mu
  • 2006: Rain Dogs
  • 2007: As I Lay Dying - filem pendek
  • 2008: Here in My Home - video pendek
  • 2009: 15Malaysia - dokumentari
  • 2009: At the End of Daybreak
  • 2011: Quattro Hongkong 2 (segmen "Open Verdict")
  • 2011: No One Is Illegal - filem pendek
  • 2011: Open Verdict - filem pendek
  • 2016: Day and Night - filem pendek (segmen "Trespassed")
  • 2016: Mrs K[6]
  • 2016: Tresspassed - filem pendek[7]
  • 2018: Folklore - siri TV, 1 episod
  • 2019: Food Lore - siri TV, 1 episod[8]
  • 2020: The Ghost Bride - siri TV, 3 episod[9]
  • 2020: Kita - filem pendek

Pelakon sunting

  • 2003: Rabun – Elvis
  • 2003: Min – sebagai Jurujual
  • 2004: Mei Li De Xi Yi Ji – Short Thug
  • 2004: Visits: Hungry Ghost Anthology (segmen "Anybody Home?")
  • 2004: Mu
  • 2006: Company of Mushrooms - filem pendek
  • 2007: Mukhsin - pembuang perabot
  • 2008: Here in My Home - video pendek
  • 2011: Nasi Lemak 2.0 - Guru Chef Huang
  • 2011: Petaling Street Warriors - Ketua Geng Tiga Pisau
  • 2012: Bunohan - Cina Burung
  • 2012: Kepong Gangster - pelanggan di kedai VCD haram
  • 2013: Kolumpo – Pelanggan Kedai Mamak 3
  • 2018: One Two Jaga - Pemilik Restoran
  • 2019: Motif - Lim
  • 2020: The Ghost Bride - Charlie Chan
  • 2024: Rain Town - Lim
  • TBA: Nur -

Penulis sunting

  • 2002: Not Far from Here
  • 2003: Min
  • 2004: Mu
  • 2006: Rain Dogs
  • 2007: As I Lay Dying
  • 2009: At the End of Daybreak
  • 2011: No One Is Illegal
  • 2016: Day and Night (segmen "Trespassed")
  • 2016: Mrs. K
  • 2016: Tresspassed - filem pendek

Penerbit sunting

  • 2006: Rain Dogs
  • 2007: As I Lay Dying
  • 2016: Mrs. K

Penyunting sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Azliee, Aizyl (18 Oktober 2015). "10 things about: Award-winning film-maker Ho Yuhang". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Oktober 2015.
  2. ^ Angelin Yeoh (9 Oktober 2015). "Director Ho Yuhang tells us why he doesn't want to do comedies". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Oktober 2015.
  3. ^ Noor Azam Shairi (13 Oktober 2004). "Yuhang - Cuba nasib di Pusan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2007. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (10 September 2020). "Merdeka dari perspektif Yuhang". Harian Metro. Dicapai pada 18 September 2020.
  5. ^ "Director shoots muhibbah film on smartphone" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 11 September 2020. Dicapai pada 18 September 2020.
  6. ^ Chiang, Michael (11 September 2017). "'Mrs K' got Malaysian director Ho Yuhang his first standing ovation". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 April 2018.
  7. ^ Dennis Chua (16 Oktober 2015). "Ho Yuhang bags international award with Trespassed". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 April 2016.
  8. ^ Lee Khang Yi (2 November 2019). "Malaysian film-maker Ho Yuhang makes 'sambal' a supporting actor in his episode of HBO's 'Food Lore'". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 April 2020.
  9. ^ Lee Khang Yi (17 Januari 2020). "#Showbiz: Hell breaks loose when you marry a ghost". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 April 2020.

Pautan luar sunting