Hoe (makanan)

(Dilencongkan dari Hoe)

Hoe (sebutan bahasa Korea: [ɸø] ~ [ɸe]) boleh merujuk kepada pelbagai hidangan makanan mentah dalam masakan Korea. Saengseon hoe[1] (생선회) atau "Hwareo hoe" (활어회) adalah ikan mentah atau makanan laut mentah lain dihiris nipis (sama dengan sashimi Jepun); yukhoe (육회) adalah hoe dibuat dengan daging lembu mentah[2] dan diperisakan dengan kicap, minyak bijan dan wain beras; dan gan hoe (간회) adalah hati lembu mentah dengan sos minyak bijan dan garam.

Hoe
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian Semakanhoe
McCune–Reischauerhoe

Hoe ikan biasanya dicelup dalam sos gochujang pedas dipanggil chogochujang (초고추장), sos Ssamjang (쌈장), atau wasabi, dan dibungkus dalam salad dan daun perilla Korea.

Apabila orang menghabiskan hidangan saengseon hoe di sebuah restoran, mereka adakalanya memesan maeuntang (gulai ikan pedas, dari baki daging dan kepala ikan) bersama-sama dengan pelbagai sayur-sayuran.

Sejarah sunting

Ia boleh dianggap bahawa tradisi memakan hoe diperkenalkan dari China ke Korea pada awal Zaman Tiga Kerajaan (57 SM-668 M), dimangkin oleh pertembungan kerap antara China dan Semenanjung Korea. Menurut Analekta Confucius, ditulis pada abad pertama SM, Confucius berkata "Jangan menolak beras yang bersih, jangan menolak kuai yang dihiris nipis" (食不厭精,膾不厭細).[3] Sementara istilah kuai () asalnya dirujuk kepada ikan mentah dihiris halus atau daging lain seperti daging lembu atau kambing, tetapi Dinasti Qin dan Han terutamanya telah merujuk kepada ikan mentah. Walau bagaimanapun, disebabkan agama Buddha berkembang di Korea dari pertengahan sehingga lewat era Dinasti Goryeo (918–1392), pembunuhan makhluk hidup telah dielakkan, maka tabiat makan daging secara umum hampir hilang bersama-sama dengan makan hoe. Apabila pengaruh dominan agama Buddha berkurangan pada era akhir Goryeo, pengambilan hoe telah dihidupkan semula. Semasa Dinasti Joseon, negeri ini mengamalkan Konfusianisme, dan, memandangkan Confucius diketahui telah menikmati makan daging mentah, memakan hoe telah diterima tanpa apa-apa tentangan pada masa itu.[4]

Sebaliknya, penggunaan daging mentah atau makanan laut adalaah jarang berlaku pada masakan Cina masa kini selain daripada beberapa kawasan, seperti hidangan yusheng di Chaozhou.

Lihat juga sunting

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "LX F&B Akamatsu (아까마쯔)". Korea Tourism Organization. Dicapai pada 2013-04-05.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Yukhweh". South China Morning Post. 2012-08-15. Dicapai pada 5 April 2013.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-27. Dicapai pada 2015-08-23.
  4. ^ Kim Hak-min (김학민) (2003-07-16). 공자 사모님 힘드셨겠네 (dalam bahasa Korean). The Hankyoreh. Dicapai pada 2008-08-23.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting