Hoedeopbap adalah hidangan Korea yang terdiri daripada nasi kukus bercampur dengan hirisan atau potongan saengseon hoe (ikan mentah), pelbagai sayur-sayuran seperti salad, timun dan daun bijan, minyak bijan, dan chogochujang (sos yang dibuat dari cuka, gochujang, dan gula). Ikan yang selalu digunakan untuk membuat hoedeopbap secara umumnya sama ada halibut, ikan kakap laut, ikan batu, tuna, salmon, atau ikan putih.[1]

Hangul회덮밥
Hanja덮밥
Perumian Semakanhoedeopbap
McCune–Reischauerhoetŏpp'ap

Cara makan hoedeopbap adalah hampir sama seperti memakan bibimbap: dengan menggunakan sudu, semua bahan-bahan dicampur sebelum dimakan.[2]

Rumpai laut boleh digunakan sebagai topping untuk menambah kemasinannya
Gochujang biasanya ditambah ke bahagian atas hoedeopbap

Terdapat pelbagai jenis hoedeopbap mengikut bahan-bahan, seperti gul hoedeopbap (굴회덮밥) diperbuat daripada tiram mentah[3] dan gajami hoedeopbap (가자미 회덮밥) diperbuat daripada ikan sisa Nabi mentah, hidangan keistimewaan dari Gangneung dan kawasan-kawasan sekitarnya.[4]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ (Korea) 회덮밥 National Institute of the Korean Language Dictionary
  2. ^ (Korea) 회덮밥 Sisa Focus 2007-10-22
  3. ^ (Korea) Gul hoedeopbap Doosan Encyclopedia
  4. ^ Gajami hoedeopbap Digital Gangneung Culture Collection from The Academy of Korean Studies