Datuk Hoh Hee Lee ialah seorang ahli politik Malaysia, dan pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan N27 Balakong.

Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional/MCA dalam pilihan raya umum Malaysia 2004. Selepas itu, beliau juga bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 di peringkat kerusi parlimen Serdang, Selangor. Namun begitu, beliau tewas kepada saudari Teo Nie Ching (Pakatan Rakyat-DAP) dengan mendapat 47,444 undian. Datuk Hoh Hee Lee pula hanya mendapat 26,419 undi. Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004, parlimen Serdang dimenangi oleh Datuk Yap Pian Hong dari BN/MCA. [1]

Beliau merupakan seorang peguam dan pejabatnya terletak di Jalan Balakong, Cheras, Selangor.

Keputusan pilihan raya sunting

Tahun Kawasan Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2022 P102 Bangi, Selangor Syahredzan Johan (PH-DAP) 141,568 57.95% Muhammad Nazrul Hakim Md. Nazir (PN-PAS) 71,867 29.42% 244,291 69,701 80.51%
Hoh Hee Lee (BN-MCA) 25,685 10.51%
Annuar Salleh (PEJUANG) 3,148 1.29%
Chee Chee Meng (PRM) 752 0.31%
Jamal Hisham Hashim (Bebas) 676 0.28%
Muhammad Fauzi Hasim (Bebas) 401 0.16%
M Suthan (Bebas) 194 0.08%

Rujukan sunting

  1. ^ "Selangor P102, N26, N27, N28". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-04. Dicapai pada 2021-09-28.