Hiruzen Sarutobi

(Dilencongkan dari Hokage Ketiga)

Hiruzen Sarutobi (猿飛ヒルゼン) atau dikenali sebagai Hokage Ketiga (三代目火影) ialah salah satu watak fiksyen dalam siri anime dan manga Naruto.

Fail:Sarutobi.jp1g
Sarutobi, Hokage Ketiga
Hiruzen Sarutobi
Watak Naruto
Kemunculan pertama

Naruto manga bab 1, volume 1
Naruto anime episod 1
Disuarakan oleh

Hidekatsu Shibata (Jepun)
Steve Kramer (Inggeris)
Tahap Shinobi

Bahagian I: Hokage
Tinggi

Bahagian I: 150.8 cm-153.2 cm
Bahagian II: 168 cm
Profil
JantinaLelaki Lelaki
SaudaraSasuke Sarutobi (ayah)
Biwako Sarutobi (isteri)
Asuma Sarutobi (anak)
Konohamaru Sarutobi (cucu)
Mirai Sarutobi (cucu)

Nama keluarganya yang diilhamkan daripada Sarutobi Sasuke, bermaksud "melompat seperti monyet", disokong dengan kebolehannya menyeru seekor monyet. Hokage Pertama dan Hokage Kedua memanggilnya dengan panggilan Saru (猿) yang bermaksud monyet. Masashi Kishimoto pada asalnya berhajat menjadikan binatang seruan Hokage Ketiga berupa seekor anjing tetapi idea itu akhirnya dibuang kerana dianggap "terlalu pelik".

Banyak aspek perwatakannya dipinjam daripada kesusasteraan Cina klasik Pengembaraan ke Barat; monyet yang diserunya mempunyai beberapa ciri ketara dengan watak utama cerita klasik ini iaitu Sun Wukong dan tongkat milik Sarutobi juga serupa dengan tongkat milik Sun Wukong.

Latar Belakang sunting

Templat:Spoiler

 
Pasukan Sarutobi

Hokage Ketiga ialah bekas pelajar kepada Yang Pertama dan Yang Kedua dan sepasukan dengan Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Apabila dewasa, beliau menjadi guru kepada Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade. Yang Ketiga ialah ayah kepada Sarutobi Asuma dan datuk kepada Konohamaru.

Selepas menjadi guru Orochimaru, beliau menyedari bakat semulajadi Orochimaru dan selalu menasihati Jiraiya agar mencontohi Orochimaru. Beliau juga menyedari kejahatan yang terpendam dalam jiwa Orochimaru dan berusaha untuk memimpin Orochimaru ke jalan yang benar. Selepas menjawat jawatan Hokage, Yang Ketiga mula mencari pengganti bagi tempatnya. Beliau berhajat untuk menyerahkan gelaran Hokage kepada Orochimaru tetapi kerana Orochimaru hanya memandang kepada kuasa, Yang Ketiga menyerahkan nama Hokage kepada salah satu pelajar Jiraiya.

Selepas bersara, Yang Ketiga menyiasat beberapa kes kehilangan diri yang berlaku di Konoha. Yang Ketiga akhirnya mendapati Orochimaru sebagai dalangnya. Setelah mengetahui bahawa Orochimaru menculik banyak orang untuk memperoleh kehidupan abadi, beliau bersedia untuk membunuh Orochimaru. Walaupun Orochimaru memberi peluang tersebut kepada Yang Ketiga, beliau tidak sampai hati mengambil nyawa anak murid kesayangannya. Orochimaru kemudiannya melarikan diri. Selepas itu, Kyubi menyerang Konoha dan Yang Keempat meninggal dunia selepas mengurung semangat Kyubi dalam badan Uzumaki Naruto. Maka, Yang Ketiga keluar daripada tempoh persaraan dan menjadi Hokage Konoha semula. Yang Ketiga juga digelar 'Profesor' kerana mempunyai bidang pengetahuan yang luas tentang jurus ninja dan khabarnya berjaya menguasai semua jurus dalam Konoha. Yang Ketiga juga dipaparkan sebagai seorang yang miang. Beliau pernah menawarkan diri untuk membantu Jiraiya menguji 'Tōton Jutsu, 透遁術' (Jurus Melenyapkan Diri) di kolam air panas. Dia juga tewas kepada 'Oiroke no Jutsu, おいろけの術' (Jurus Seksi) Naruto dan gemar berbual-bual dengan gadis muda pada masa lapang. Templat:Endspoiler

Sumber-sumber sunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.