Hoki padang di Sukan Olimpik Musim Panas 2008

Acara hoki padang di Olimpik Beijing 2008 akan berlangsung dalam tempoh empat belas hari bermula pada 10 Ogos, dan tamat dengan perlawanan akhir yang menawarkan pingat pada 23 Ogos. Semua perlawanan akan dilangsungkan di padang hoki yang dibina dalam Padang Olimpik Hoki.

Acara sunting

Acara berikut akan menawarkan pingat:

  • Hoki lelaki
  • Hoki wanita

Format pertandingan sunting

Dua belas pasukan akan bersaing dalam kejohanan hoki lelaki dan wanita Olimpik, dan pertandingan ini terdiri daripada dua pusingan. Dalam pusingan pertama pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dan bermain mengikut format pusingan robin di mana setiap pasukan bermain dengan semua pasukan lain dalam kumpulan sekali. Selepas itu, empat pasukan teratas mara ke pusingan penyingkiran yang terdiri daripada dua perlawanan separuh akhir, dan perlawanan pingat emas dan gangsa.

Kelayakan sunting

Dua belas pasukan dalam pertandingan hoki Olimpik ini dipilih dari beberapa pertandingan. China, sebagai tuan rumah, dijamin satu tempat. Lima kejohanan benua digunakan untuk menentukan 8 pasukan lain (9 jika China merupakan johan benua Asia). Akhir sekali, tiga pertandingan kelayakan diadakan untuk memilih tiga lagi pasukan.

Lelaki sunting

Tarikh Acara Lokasi Layak
Tuan rumah   China
2–14 Disember 2006 Sukan Asia 2006   Doha, Qatar   Korea Selatan
  Pakistan
14–22 Julai 2007 Kelayakan Olimpik Afrika 2007   Nairobi, Kenya   Afrika Selatan
14–29 Julai 2007 Sukan Pan Amerika 2007   Rio de Janeiro, Brazil   Kanada
18–25 Ogos 2007 Kejuaraan Negara EuroHockey 2007   Manchester, England   Belanda
  Sepanyol
  Belgium
11–17 September 2007 Piala Oceania 2007   Buderim, Australia   Australia
2–10 Februari 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #1   Auckland, New Zealand   New Zealand
1–9 Mac 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #2   Santiago, Chile   Great Britain
5–13 April 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #3   Kakamigahara, Jepun   Jerman

Wanita sunting

Tarikh Acara Lokasi Layak
Tuan rumah   China
2–14 Disember 2006 Sukan Asia 2006   Doha, Qatar   Jepun
14–22 Julai 2007 Kelayakan Olimpik Afrika 2007   Nairobi, Kenya   Afrika Selatan
14–29 Julai 2007 Sukan Pan American 2007   Rio de Janeiro, Brazil   Argentina
18–25 Ogos 2007 Kejuaraan Negara EuroHockey 2007   Manchester, England   Jerman
  Belanda
  Great Britain
10–17 September 2007 Piala Oceania 2007   Buderim, Australia   New Zealand
  Australia
12–20 April 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #1   Baku, Azerbaijan   Sepanyol
19–27 April 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #2   Kazan, Rusia   Amerika Syarikat
26 April–4 Mei 2008 Kejohanan Kelayakan Olimpik #3   Victoria, Kanada   Korea Selatan

Penyertaan negara sunting

Lelaki sunting

Undian kumpulan telah dikeluarkan pada 18 April 2008 dan berdasarkan kepada ranking dunia.[1]

Pool A

Pool B

Juara sunting

  Emas

  Perak

  Gangsa

Wanita sunting

Undian kumpulan telah dikeluarkan pada 5 Mei 2008 dan berdasarkan kepada ranking dunia.[2]

Pool A

Pool B

Juara sunting

  Emas

  Perak

  Gangsa


Rujukan sunting

  1. ^ FIH releases pools for Men’s Olympic Hockey Tournament[pautan mati kekal]
  2. ^ "FIH releases pools for Women's Olympic Hockey Tournament". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2016-01-02.

Pautan luar sunting