Buka menu utama
Galahad, Bors and Percival menemui Holy Grail

Cangkir Suci (Bahasa Inggeris: Holy Grail, secara literal; Mangkuk Suci[1]) dalam mitologi Kristian merujuk kepada suatrru bekas minuman, cawan atau mangkuk yang digunakan Yesus Kristus semasa kejadian Santapan Terakhir beliau bersama Hawari-Hawarinya, di mana artifak ini dikatakan memiliki kuasa ajaib.

Hubungan di antara Joseph dari Arimathea dan lagenda ini bermula sejak Joseph d'Arimathie Robert de Boron (akhir kurun ke-12) di mana Joseph menerima objek ajaib tersebut daripada roh Jesus dan menghantarnya bersama-sama pengikutnya ke Great Britain; bermula dengan tema ini, para penulis kemudiannya menjejak semula kaedah Joseph menggunakan Holy Grail tersebut untuk menatang darah Jesus sewaktu menanamnya dan kemudian menubuhkan sekumpulan penjaga yang memastikan keselamatannya. Pengembaraan Holy Grail tersebut merupakan sebuah segmen yang penting dalam kitaran Raja Arthur, pertama kalinya muncul dalam karya-karya oleh Chrétien de Troyes.[2] Lagenda ini mungkin mencampur-adukkan mitologi Kristian bersama-sama mitologi Celtic yang membabitkan sebuah kawah dengan kuasa-kuasa ajaib.

Penyebaran lagenda ini telah dikaji-selidik oleh para sejarawan budaya: Ia merupakan sebuah lagenda yang mula-mula disatukan dalam bentuk penulisan romantis, mungkin sekali menerapkan beberapa bayangan budaya rakyat sebelum Kristian dan disatukan sebagai sebuah fabrik yang lebih umum.

Sesetengah daripada lagenda ini menjalinkan lagenda bersama-sama Holy Chalice.

RujukanSunting

  1. ^ "Penterjemahan Inggeris-Melayu Dalam Talian" (dalam bahasa Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). 16 Julai 2008.  Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Loomis, Roger Sherman (1991). The Grail: From Celtic Myth to Christian Symbol. Princeton. ISBN 0-691-02075-2 [1]

Pautan luarSunting