Home Alone 4: Taking Back the House

Home Alone 4: Taking Back the House ialah sebuah filem komedi keluarga Krismas yang dibuat untuk televisyen Amerika 2002 arahan Rod Daniel, yang pertama kali ditayangkan di ABC pada 3 November 2002.

Home Alone 4: Taking Back the House
Pengedar20th Century Fox
Disney-ABC Domestic Television
PengarahRod Daniel
PenerbitFrench Adens
PenulisDebra Frank
Steve L. Hayes
Berdasarkan
daripada
Watak oleh
John Hughes
PelakonMike Weinberg
French Stewart
Missi Pyle
Jason Beghe
Erick Avari
Barbara Babcock
Joanna Going
Clare Carey
MuzikTeddy Castellucci
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Saluran asalABC
Tarikh keluaran3 November 2002 (2002-11-03)
(tayangan perdana ABC)
29 Oktober 2003 (2003-10-29)
(keluaran video)
Tempoh masa89 minit

Filem ini ialah filem keempat dalam siri Home Alone. Filem ini membawakan semula beberapa watak utama dari dua film pertamanya termasuk Kevin McCallister, namun dengan semua watak yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang berbeza. Filem ini juga merupakan satu-satunya filem dalam siri ini yang difilemkan di luar Amerika Syarikat. Meskipun berlatar belakang di Chicago, filem ini sebenarnya menjalani penggambaran Afrika Selatan. Ia mengisahkan tentang Kevin McCallister (Mike Weinberg) yang berusaha untuk mempertahankan rumah seseorang yang kemudian menjadi ibu tirinya dari musuh-musuh lamanya Marv (French Stewart) dan isterinya Vera (Missi Pyle).

Kesinambungan sunting

Pada 15 Mac 2012, ABC Family mengumumkan bahawa Home Alone 5 dalam penerbitan, yang memulakan tayangan perdana di rangkaian tersebut pada musim Krismas 2012. Filem ini dibintangi oleh Christian Martyn sebagai watak utama yang berusia 10 tahun yang bernama Finn Baxter. Ia berkisarkan perpindahan keluarga tersebut dari California ke Maine. Ia juga dibintangi oleh Edward Asner, yang diterbitkan oleh Fox Television Studios, dan diarahkan oleh Peter Hewitt.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting