Pasukan kawalan tempatan (bahasa Inggeris: Home guard) ialah gelaran yang diberikan kepada pelbagai pertubuhan ketenteraan pada masa-masa tertentu, yang digunakan dalam sesebuah darurat atau sebagai pasukan simpanan yang digunakan untuk pertahanan dan keselamatan tempatan.

Seorang Zemessardze (Pasukan Kawalan Kebangsaan Latvia) mengawal pusat operasi ketumbukan taktikal semasa hari lawatan kehormat Strong Guard 2016.

Istilah "home guard" pada awalnya digunakan secara rasmi dalam Perang Saudara Amerika, dimulakan dengan penubuhan beberapa unit oleh pendatang Jerman di Missouri. Ia mungkin diperoleh daripada penggunaan istilah Heimwehr ("home guard") untuk menerangkan unit-unit yang secara rasminya dikenali sebagai Landwehr ("country guard"), atau terjemahan langsung untuk landwehr.

Rujukan sunting