Honda CR-Z adalah sebuah kereta padat hibrid keluaran Honda dan dijual sebagai sebuah "coupe sport hibrid"."[3] CR-Z menggabungkan unsur-unsur rangkaian kuasa hibrid petrol-elektrik dengan kereta sport tradisional.[4]. CR-Z dianggap sebagai pewaris kepada kereta Honda CR-X generasi kedua dari segi nama dan rekaan luaran.[5] [6] CR-Z kini merupakan satu-satunya model kereta hibrid yang dilengkapi transmisi manual.[7]

Honda CR-Z (ZF1)
2011 Honda CR-Z (AS)
Maklumat
PengilangHonda
Pengeluaran2010-sekarang
PemasanganSuzuka, Japan
PendahuluHonda CR-X
KelasSubpadat/supermini
Gaya badan3-door hatchback[1]
Reka letakFF
EnjinSistem Hibrid Honda
Petrol: 1.5 L LEA I4 1,496 cc (91.3 cu in) SOHC 16 injap i-VTEC
· (CVT) - 111 hp (83 kW) @ 6000rpm
106 lb·ft (144 N·m) @ 4800rpm
· (MT) - 112 hp (84 kW) @ 6000rpm
107 lb·ft (145 N·m) @ 4800rpm
Elektrik: Motor DC tanpa berus - Model MF6
14 hp (10 kW) @ 1500 rpm
58 lb·ft (79 N·m) @ 1000 rpm[2]
PenghantaranCVT
Manual 6 kelajuan
Jarak roda2,435 mm (95.9 in)
Panjang4,080 mm (160.6 in)
Lebar1,740 mm (68.5 in)
Tinggi1,395 mm (54.9 in)
Berat Curb1,236 kg (2,725 lb) (CVT)
1,211 kg (2,670 lb) (MT)
Muatan40 L (8.8 imp gal)
BerkaitHonda Insight
Honda Fit Hybrid

CR-Z mewakili versi unik keenam teknologi Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda sejak ia mula digunakan pada kereta hatchback 3 pintu Honda Insight generasi pertama.[3] Jualan CR-Z bermula di Jepun pada Februari 2010.[8] CR-Z mula dilancarkan bagi pasaran Malaysia pada 3 November 2011[9][10] susulan pembentangan Bajet 2012 yang menawarkan pengecualian duti import dan eksais sepenuhnya terhadap kereta-kereta hibrid.[11] Hanya model transmisi manual 6 kelajuan sahaja yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia.

Sejarah sunting

Rekaan serta pengeluaran model CR-Z adalah susulan daripada dua kereta konsep hibrid Honda: Honda Remix, diperkenalkan semasa Pameran Kereta Los Angeles 2006, dan Kereta Sport Hibrid Kecil Honda, diperkenalkan semasa Pameran Kereta Geneva 2007.[12]

Honda CR-Z mula diperkenalkan sebagai kereta konsep pada 23 Oktober 2007 semasa Pameran Kereta Tokyo 2007. Honda menerangkan bahawa nama "‘CR-Z’ adalah kependekan kepada ‘Compact Renaissance Zero’ (Pembaharuan Padat Sifar)— satu ekspresi bertujuan menampilkan idea pembaharuan reka bentuk kereta padat yang bermula dari asas."[13] Semasa pameran berkenaan, CEO Fukui menyatakan bahawa model pengeluaran "sedang dalam proses pembikinan" dan kereta tersebut direka untuk menjadi "sporty, sangat jimat minyak serta tidak mahal".[14]

CR-Z mula ditampilkan di Amerika semasa Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara Detroit 2008.[15] Semasa Pameran Kereta Tokyo 2009, Honda menampilkan "Konsep CR-Z 2009" yang diubah semula.[16] Pada Januari 2010, Honda mengumumkan pengeluaran CR-Z semasa Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara 2010 di Detroit.[17]

Automotive News melaporkan pada Jun 2010 bahawa sejak penampilan sulungnya semasa Pameran Kereta Detroit, laman web CR-Z sudah mencapai sejuta pengunjung.[18] Honda mempromosikan model 2011 dari permainan Facebook Car Town.[19]

Rangkaian kuasa sunting

 
Pandangan belakang Honda CR-Z.

CR-Z ditenagai enjin 1.5 L (92 cu in) i-VTEC SOHC 4 sebaris, dengan kod enjin LEA, dengan sistem hibrid elektrik Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda.[20] Hanya model transmisi manual 6 kelajuan sahaja yang boleh didapati di Malaysia, tetapi model transmisi boleh laras berterusan (CVT) juga boleh didapati di luar negara. Sistem tersebut menghasilkan keluaran kemuncak 122 bhp (91 kW; 124 PS) pada 6000 rpm dan 128 lb·ft (174 N·m) antara 1000 hingga 1500 rpm (123 lb·ft (167 N·m) pada model CVT). Enjin petrol sendiri sahaja mampu menghasilkan 111 bhp (83 kW; 113 PS) pada 6000 rpm dan 106 lb·ft (144 N·m) pada 4800 rpm.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  • Kereta Pilihan Tahun 2010-11 Jepun[21]
  • Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk 2010 daripada Pertubuhan Promosi Rekabentuk Industri Jepun[22]
  • Kereta Hijau Pilihan Tahunan 2010 oleh Top Gear[23]
  • Kereta Sport Hibrid Paling Ekonomi & Mesra Alam semasa Cabaran Kereta Masa Depan 2010 RAC Brighton ke London[24]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kwan, Michael (2008-02-20). "Europe Gets First Dibs On Honda CR-Z Hybrid Hatchback". Mobile Magazine. Dicapai pada 2008-02-22.
  2. ^ Honda Motor Company, Ltd. "Honda CR-Z Specifications". Dicapai pada 2010-07-09.
  3. ^ a b "Production Version of 2011 Honda CR-Z Sport Hybrid Coupe Makes Official Debut". Honda Motor (Siaran akhbar). 2010-01-11.
  4. ^ "Honda CR-Z Hybrid and FCX Clarity Fuel Cell Vehicle Introduce Detroit to Next-Generation Green Cars". World.honda.com. 2008-01-13. Dicapai pada 2011-01-09.
  5. ^ "2007 Tokyo Auto Show Preview: Honda CR-Z". Inside Line. edmunds. 2007-10-09. Dicapai pada 2008-02-22. Honda says the name of its sporty two-passenger concept for Tokyo — CR-Z — stands for "Compact Renaissance Zero."
  6. ^ Squatriglia, Chuck (2008-02-20). "Europe Gets Honda's CR-Z Hybrid Before The Rest of Us". Autopia. Wired. Dicapai pada 2008-02-22.
  7. ^ Brian Early. "Preview: 2011 Honda CR-Z". Canadian Driver.
  8. ^ "Honda CR-Z Hybrid Now On Sale in Japan; Targeting 1,000 Units Per Month". Green Car Congress. 2010-02-27. Dicapai pada 2010-03-13.
  9. ^ "Honda Malaysia Launches Award-Winning Hot-Hatch Hybrid – The All-New CR-Z". Honda Malaysia. 2011-11-03. Dicapai pada 2011-11-09.[pautan mati kekal]
  10. ^ "Honda CR-Z launched – RM115k OTR with insurance". Paul Tan. 2011-11-03. Dicapai pada 2011-11-10.
  11. ^ "Budget 2012: Hybrid car incentives extended till 2013!". Paul Tan. 2011-10-07. Dicapai pada 2011-11-10.
  12. ^ "Tokyo 2007: Honda CR-Z". channel4.com. Channel 4. 2007-10-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-11. Dicapai pada 2008-02-22.
  13. ^ "Honda Announces Automobiles to be Displayed at the 40th Tokyo Motor Show 2007". Honda Motor (Siaran akhbar). 2007-10-09.
  14. ^ Hellwig, Ed (2007-10-23). "2007 Tokyo Auto Show: Honda CR-Z". Inside Line. edmunds. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-26. Dicapai pada 2008-02-22. Today at the Tokyo auto show, Fukui presided over the introduction of the CR-Z concept.
  15. ^ http://automobiles.honda.com/cr-z/ Diarkibkan 2008-06-26 di Wayback Machine Honda Future Models+Concepts,
  16. ^ "Honda Announces Overview of Display for the 41st Tokyo Motor Show 2009" (Siaran akhbar). Honda Motor. 2009-09-30. Dicapai pada 2010-03-24.
  17. ^ Korzeniewski, Jeremy (2010-01-11). "Detroit 2010: Honda CR-Z promises to bring driving joy to the hybrid equation". Autoblog.com. Dicapai pada 2011-01-09.
  18. ^ Mark Rechtin (2010-06-21). "Honda creates fun, sporty hybrid with CR-Z". Automotive News.
  19. ^ Schweizer, Kristen (August 23, 2010). "Facebook's Car Town Gains Honda Ads in Games Shift" (Siaran akhbar). Bloomberg Businessweek. Dicapai pada November 28, 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  20. ^ JD Van Zyl (2010-11-04). "Honda CR-Z: The hatch electric". CoverCars. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada 2011-01-26.
  21. ^ "Honda CR-Z Is Award-Winner in Japan, Dissed in U.S." HybridCars. 2010-11-10.
  22. ^ Sebastian Blanco (2010-11-08). "CR-Z hybrid wins JIDPO's Good Design Award, third title in a row for Honda". Autoblog Green.
  23. ^ Geraldine Ashton Green. "Honda CR-Z is 'Green Car of the Year'". Motoring UK.
  24. ^ Geraldine Ashton Green. "Honda CR-Z wins three awards". Motoring UK.

Pautan luar sunting